[VIDEO] Kunci Patah Dlm Tombol, Ini 9 Langkah MUDAH Keluarkan Kunci Patah Yg Ramai TAK TAHU !!!

| July 27, 2017 | 0 Comments

[VIDEO] Kunci Patah Dlm Tombol, Ini 9 Langkah MUDAH Keluarkan Kunci Patah Yg Ramai TAK TAHU !!! | Anda pasti panik apabila kunci yang digunakan untuk membuka pintu rumah tiba-tiba patah dan sebahagian kunci tersebut tersangkut di dalam tombol. Takut, cemas, keliru dan kadang-kala sampai pada satu tahap sehingga mahu menangis dibuatnya.

Sekiranya perkara ini terjadi kepada anda, jangan risau kerana artikel ini akan mengajar anda 9 cara untuk mengeluarkan kunci yang telah patah tanpa perlu memanggil tukang kunci.

Sebelum melakukan apa-apa, anda diingatkan supaya tidak sesekali mencuba membuka pintu dengan menggunakan bahagian kunci yang telah patah tersebut. Hal ini akan menyebabkan anda menolak masuk separuh kunci yang telah patah ke dalam tombol dan akan menyukarkan lagi kerja-kerja untuk mengeluarkannya.

Cara yang paling mudah adalah dengan menyembur pelincir seperti WD-40 ke dalam lubang tombol tersebut bagi memudahkan ia dikeluarkan. Kemudian ambil playar untuk menarik bahagian kunci yang telah patah daripada tombol tersebut.

Namun, kadang-kala kaedah ini tidak begitu menjadi disebabkan oleh beberapa faktor seperti jenis tombol, ketiadaan playar dan sebagainya. Justeru, di bawah merupakan 9 kaedah yang lebih spesifik untuk anda.

1 Alat mengeluarkan kunci patah

Alat ini boleh didapati di kedai-kedai menjual perkakasan dan ianya tidaklah begitu mahal. Untuk menggunakannya, anda hanya perlu memasukkan alat tersebut ke dalam tombol dan pastikan bahagian hujungnya mencapai hujung kunci anda supaya anda boleh menarik kunci anda yang tersangkut di dalam tombol tersebut.

Mungkin anda perlu melakukannya berulang kali bagi mendapatkan posisi yang betul tetapi berkat kesabaran, kunci anda boleh dikeluarkan dengan mudah.

2 Mengetuk tombol atau mangga tersebut

 

Dalam sesetengah situasi, jika kunci anda tersekat dan patah di dalam mangga, anda boleh mengeluarkannya dengan menggunakan tenaga dan daya graviti.

Anda hanya perlu memegang mangga dan ketukkannya sehingga anda boleh menarik sebahagian kunci yang telah terkeluar dengan menggunakan playar.

3 Menggunakan bilah gergaji kecil

Kaedah yang sama digunakan pada alat untuk mengeluarkan kunci seperti yang telah dinyatakan pada kaedah #1. Masukkan bilah gergaji tersebut ke dalam mangga dan pastikan mata gergaji berada pada hujung kunci anda untuk membolehkan ianya ditarik keluar.

4 Menggunakan sebarang jenis pin

Kaedah ini sangat berguna sekiranya anda terkurung di dalam bilik dan tidak mempunyai akses untuk mendapatkan perkakasan. Ambil dua objek yang kecil dan boleh dilenturkan seperti wayar halus, pin peniti dan sebagainya untuk dimasukkan ke dalam tombol.

Teknik yang betul diperlukan bagi menjayakan kaedah ini. Masukkan kedua-dua objek ke dalam dan tarik kunci perlahan-lahan. Kunci tidak akan terus keluar tetapi dengan melakukannya berulang kali, kaedah tersebut akan mula menampakkan hasilnya.

5 Tolak kunci keluar daripada belakang mangga​

Anda bertuah sekiranya kunci anda patah di dalam mangga yang telah dibuka. Anda hanya perlu menolak semula silinder pada mangga tersebut. Tetapi, pastikan anda masukkan objek seperti pin di dalam lubang tersebut sebelum menolaknya ke dalam. Hasilnya, kunci anda akan terkeluar dengan mudah.

6 Gunting

Gunting adalah alatan yang paling sesuai digunakan sekiranya anda tidak mempunyai sebarang alat perkakasan.

Sama seperti kaedah #1 dan kaedah #3, gunakan bilah gunting yang nipis dan kecil untuk memudahkannya masuk ke dalam tombol. Selain itu, anda juga boleh menggunakan gunting untuk menarik keluar kunci tersebut.

7 Penyepit kecil

Penggunaan penyepit ini mungkin akan memburukkan lagi keadaan sekiranya anda tidak berhati-hati. Pastikan anda tidak menggunakan penyepit yang tebal bagi mengelakkan anda menolak kunci yang telah tersekat lebih dalam.

8 Gam

Teknik ini berkesan sekiranya sebahagian daripada kunci tersebut terkeluar daripada mangga atau tombol anda.

Dengan cara meletakkan sedikit gam gajah pada bahagian hujung kunci yang telah dikeluar, anda boleh lekatkan wayar atau pin peniti pada kunci tersebut. Setelah kering, anda boleh menarik kunci dengan perlahan-lahan.

9 Menggerudi

 

Kaedah menggerudi adalah kaedah yang terakhir boleh dilakukan sekiranya kesemua lapan kaedah di atas tidak menjadi untuk anda.

Namun harus diingatkan, kaedah ini boleh mengakibatkan kerosakan pada tombol atau mangga anda.

Gunakan alat gerudi dengan mata berukuran 1.5mm atau 2mm dan pastikan anda menggerudi dengan berhati-hati bagi meminimumkan kerosakan pada tombol anda.

2 tips lain untuk mengatasi masalah kunci tersekat di dalam tombol

1 Goyangkan kunci anda secara perlahan

2 Menggunakan ais

Jika dengan kaedah menggoncang tidak berjaya mengeluarkan kunci anda, anda boleh menggunakan ais. Ais boleh menyebabkan bahan logam mengecut jadi memudahkan kerja mengeluarkan kunci.

Sumber:- Era Baru

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

Tags: , , ,

Category: Fakta dan Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *