Wanita DEDAHKAN Kelakuan PELIK Jirannya Semasa Kebakaran London Yang Pasti Buat Ramai BENGANG !!!

| June 15, 2017 | 0 Comments

Wanita DEDAHKAN Kelakuan PELIK Jirannya Semasa Kebakaran London Yang Pasti Buat Ramai BENGANG !!!  | Seorang penghuni di Menara Grenfell yang dipercayai memulakan kebakaran paling berbahaya di Britain dilihat sempat mengemas barang-barangnya ke dalam beg dan kemudian membunyikan penggera. Dakwa seorang jirannya yang hamil hari ini.

Maryam Adam, 41, berkata lelaki itu, yang dipercayai seorang lelaki Britain berkulit putih, mengetuk pintu rumahnya untuk memberi amaran kepadanya tentang kebakaran di dapur rumahnya pada  jam 12:50 semalam.
Pada 12:54, bomba telah dipanggil, dan pasukan pertama tiba dalam masa enam minit.

Ms Adam yang perasan lelaki itu sudah siap membungkus barang-barangnya ke dalam beg pakaian besar yang diletakkan di koridor belakangnya.
Dia berkata: “Dia mengetuk pintu rumah saya dan dia berkata, Ada kebakaran di rumahnya. Ianya tepat pada jam 12:50 kerana saya sedang tidur dan dia mengejutkan saya dari tidur.

‘Apabila kami bangun, saya ternampak di luar rumahnya terdapat beg besar pakaiannya.
‘Ini bermakna dia telah mengambil barang-barang dari rumahnya, dan kemudian baru memberitahu jiran-jiran tentang kebakaran yang berlaku.

“Hanya api kecil di dapur. Saya dapat melihatnya kerana pintu rumahnya terbuka. Tidak ada penggera.”
Saksi berkata bahawa api marak dengan begitu pantas seperti tisu yang dinyalakan api.
Samira Lamrani berkata: ‘Lelaki itu mengakui ia adalah rumahnya. Dia seorang yang kurus, tinggi, lelaki British berkulit putih.

“Sambil menunjukkan tempat kebakaran itu dari tingkat bawah dia berkata, ‘Itu rumah saya”. Katanya peti sejuknya telah meletup.

‘Ia terjadi begitu pantas. api yang marak dengan pantas sangat menakutkan. Ianya seperti tisu yang dibakar. begitu cepat. Selepas itu saya tidak melihatnya lagi.

Huru-hara melanda blok menara yang penduduknya telah dikejutkan dari tidur oleh siren, jeritan dan bau asap yang menusuk hidung.
Mrs Lamrani berkata: “suara kanak-kanak meminta bantuan kerana mereka terperangkap di tingkat atas adalah sesuatu yang saya tidak akan dapat melupakan.
‘Ia adalah satu jeritan sayu yang dahsyat untuk didengar. Ianya trauma – suara mereka, suara dengan nada yang tinggi – Saya boleh mendengar mereka menjerit untuk selamatkan diri mereka.

Seorang saksi berkata: “Orang ramai bergilir-gilir untuk mendapatkan udara dari tingkap, dan menggelipkan flash telefon mereka, dan kemudian api menyambar mereka. Anda boleh dengar orang menjerit dari atas, ‘tolong, ambil anak-anak saya keluar!’ dan kami hanya berdiri di sana, dan menonton orang mati, terbakar …

Mrs Lamrani berkata: “Seorang wanita menjerit ke bawah dengan penuh ketakutan untuk seseorang membantu anaknya. Seorang lelaki datang dengan selimut dan menunggu di bawah. Dia berjaya menyambut bayi itu yang keadaannya kelihatan baik. kanak-kanak itu berusia kira-kira 11 bulan.
Tetapi seorang lelaki pertengahan umur yang terjun dari tempat tinggi, dan mendarat di atas lantai dengan hentakan yang kuat. Saya tidak fikir paramedik boleh berbuat apa-apa untuk dia, dia jatuh dari tempat yang begitu tinggi. ‘

Adalah dipercayai 5 mangsa pertama yang disahkan mati adalah mereka yang telah terjun dari bangunan atau terjatuh.
Seorang penduduk menangis semasa menceritakan bagaimana mereka yang terperangkap ‘hanya melemparkan anak-anak mereka ke bawah dan menjerit ‘selamatkan anak-anak saya’. ‘Seorang saksi lagi berkata ibunya melangkah mayat untuk menyelamatkan diri.

Seorang lelaki mendakwa dia melihat seorang kanak-kanak yang sedang terbakar di tingkat 22, sambil menambah: “Dia berjalan ke arah tingkap, dan terus terjun ke bawah.

Seorang lagi saksi, Mahad Egal, berkata dia melihat kanak-kanak yang dibuang dari bangunan itu. Mahad Egal menangis teresak-esak sambil menunjukkan bagaimana kanak-kanak itu dibuang dari bangunan.


Angka kematian akibat dijangka meningkat dan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh selepas kebakaran besar yang memusnahkan Grenfell Tower di utara Kensington, di mana api masih boleh dilihat membakar lebih daripada satu hari.

Sumber:- DailyMail

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

Tags: , , , ,

Category: Luar Negara

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *