HAIRAN Seharian Suami Asyik Cari gaduh, Then Keluar Rumah. Tiba² Aku Dengar Bunyi Motor. Rupa²NYA…

| June 21, 2017 | 0 Comments

HAIRAN Seharian Suami Asyik Cari gaduh, Then Keluar Rumah. Tiba² Aku Dengar Bunyi Motor. Rupa²NYA…| Salam admin.. nak share hari bahagia saya. Harap sangat admin post ya. Semalam seharian suntuk suami ajak bergaduh je. Saya tanya elok-elok mesti dia cari point nak buat saya marah. Tengah memasak untuk juadah berbuka, dia halau saya ke depan sebab tak suka saya kacau dia buat murtabak maggie dia tu. Geram saya diam je. Dia tinggalkan murtabak dia kat kuali, sengaja saya kuatkan sikit api dia. Biar rentung murtabak dia tu. Terus saya lari ke depan.

Tak lama, dia mengomel pasal murtabak pastu jerit-jerit suruh buat air sirap dia. Ok saya buat, tapi tak cakap pape. Tu pon ada lagi tak puas ati, mengarah suruh itu ini. Geram sangat, saya bebel sorang2. Siap hidang, dia cubit suruh makan sekali. Saya taknak. Saya tak puasa. Dia boleh buat tak tahu.

Lepas isyak dia angkut anak keluar macam tu je. Tak ajak pon saya. Biasa dia bawak saya sekali. Lagi lah geram. Saya mesej dia. Marah-marah lagi. Dia buat tak tahu jugak. Nak menangis rasa. Apa salah saya? 😕😔

Pukul 10.30 pm dah. Tengah saya layan tv3 Andainya Takdir, dengar motor dia. Automatik rasa nak marah! 😠😡 sekali tau tak apa admin, dia sampai dan cakap “happy birthday ummi! Suprise!” Jerit kat pintu. Tergamam saya admin. Allahu… terharu sangat. Menangis saya. Saya peluk dia. Cium dahi. “Terima kasih abah” menangis lagi.

Bila saya buka, Allahuakbar.. al-Qur’an yang coulourfull yang saya nak sangat. Sebelum ni saya pernah pegi tengok dengan dia dulu. Dia masih ingat lagi.. tak sangka sangat. Dia senyum tanya saya suka tak? Tentu-tentunya saya suka.. abah.. terima kasih ya… pandai betul buat suprise.. walau sederhana sudah memadai bagi saya.. pembaca.. ok tu saja nak kongsi.. :* terima kasih dah luangkan masa. Selamat hari raya ya..

Sumber:-KRT

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *