Selepas Kaki Dipotong Ini Keadaan TERKINI Thaqif Yang Buat Ramai SIMPATI !!!

| April 22, 2017 | 0 Comments

Selepas Kaki Dipotong Ini Keadaan TERKINI Thaqif Yang Buat Ramai SIMPATI !!! | JOHOR BAHRU: Seorang pelajar lelaki, dari madrasah swasta yang kisah kedua kakinya hitam dipercayai akibat dipukul warden dan menjadi viral di media sosial sejak Jumaat, disahkan koma, Sabtu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffie, 11, dipotong kedua kakinya Jumaat kerana mahu mengelakkan jangkitan kuman naik ke atas.

“Terkini, murid itu koma dan tangan kanannya telah hitam kerana proses jangkitan kuman pada tisu dan sel darah,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini Sabtu. Mohamad Thaqif Amin, yang dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Rabu lepas, menjadi viral di media sosial dipercayai mengalami kesakitan di bahagian kaki sejak dua minggu lalu selepas dirotan oleh pembantu warden.

Ayub berkata pihak HSI sedang sedaya upaya memberikan perkhidmatan terbaik kepada Mohamad Thaqif Amin.
Ayub berkata keadaan pelajar terbabit amat kritikal dan pihak hospital juga sedang menyiasat sama ada dia mempunyai penyakit lain kerana keadaan penyakitnya tidak hanya terhad kepada tempat yang dikatakan dipukul.
“Untuk makluman, pesakit ini (Mohamad Thaqif Amin) dimasukkan ke wad di HSI selepas lebih dari dua minggu kejadian yang mengatakan dia dipukul oleh warden.

“Ibunya menyatakan yang mereka telah membawa pesakit berubat secara tradisional terlebih dahulu sebelum ke hospital,” kata beliau. Ayub berkata Mohamad Thaqif Amin mempunyai darah beku dan terkena jangkitan hingga melarat ke bahagian buah pinggang sehingga merosakkan fungsi buah pinggangnya.

Beliau berkata masalah pembekuan darah tersebut bukan sahaja di kaki iaitu bahagian yang dikatakan di pukul tetapi juga tangan.
“Dimaklumkan juga kaki pesakit telah dipotong dan dialisis sedang dilakukan manakala laporan polis juga telah dibuat berhubung kejadian terbabit,” katanya.
Sumber:-Mstar Online

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *