PELIK Jiran Selalu Letak Makanan Kucing Bersepah Depan Rumah Aku, Rupa²nya Bersebab…

| April 12, 2017 | 0 Comments

PELIK Jiran Selalu Letak Makanan Kucing Bersepah Depan Rumah Aku, Rupa²nya Bersebab…| Hi pembaca.. Selamat sejahtera admin.. Ini kisah jiran pelik. Kami pindah duduk rumah baru baru dua bulan. Jiran setingkat kami ni ada 8 pintu. Yang hujung sekali memang orang tak nak dekat. Sebab dia meroyan. Tapi masih menjalani rawatan.

Yang sebelah pintu saya ni yang pelik. Rumah dia dengan saya adalah dalam empat langkah macam tu. Tapi tiap hari dia letakkan makanan kucing depan pintu rumah saya. Kadang antara selipar kami tu dia letak makanan kucing dia. Geram jangan cakap la. Kalau iye pun nak letak makanan kucing, alaslah dengan surat khabar ke apa. Ni dia tuang atas simen. Kadang nasi dengan tulang ikan.

Ada satu hari tu suami tengok tv. Dia buka pintu tapi gate kunci. Slamber je dia datang letak lebihan lauk betol² depan pintu. Suami punyalah naik hantu. Suami marahkan dia. Malam tu, jadi kisah. Suami jiran tu datang gegar rumah katanya kenapa tengking bini dia sampai menangis. Suami jawab la hal yang betol.

Geram punya pasal, suami nak tak nak beli air bateri. Selipar kami letak dalam kotak letak dalam rumah. Suami jirus je air bateri kat luar. Dia tetap letak makanan tak peduli. Tapi kucing dia tak nak datang makan dah. Kami biar je. Satu hari tu kami pergi beli barang dapur. Balik tu nampak macam basah kat depan rumah kami. Dia cuci bersih guna sabun depan rumah kami. Suami cepat² tuang lagi air bateri. Tak nak kalah. Geram kot diorang buat macam tu.

Depan rumah dia bersih, rumah kita pulak dia nak kotorkan. Dia jaja cerita kata kami jiran yang tak elok. Masa tu teman anak turun main taman. Ada orang tegur duduk mana. Bila bagitahu tingkat apa semua, orang tu cakap. Akak tu kuat sembahyang. Cuba tanya dia elok² kenapa dia buat macam tu. Kami ni dah la panas hati. Rasa geram, lagi nak suruh kami tanya elok2. Memang tak la.

Sejak tu dia tak letak makanan kucing dah kat depan rumah. Anehnya dalam rumah kami pulak ada kesan tapak kaki kucing. Meggie atas rak macam kene cakar. Makin geram la kami. Tapi suami macam aneh. Dia pulak letak makanan kat depan pintu. Sakit hati lagi saya. Dulu jiran sekarang suami. Nak meletop rasa api kemarahan. Suami senyap je. Dia pasang kamera.

Esoknya suami cakap. Tegur lah akak sebelah. Mintak maaf kat dia. Dah naik hantu saya masa tu. Memang saya baling bantal kat dia. Apahal pulak kita yang nak mintak maaf. Suami suruh saya tengok kamera dia rakam. Terkejut saya masa tu. Itu bukan benda biasa. ” tak boleh taip atau sebut.” sebab kata ustaz yang datang rumah saya tu cakap. Jangan sebut dan sebar. Benda tu datang dan duduk dengan kita. Macam² dah buat tapi tak dapat. Kami pun ikut je la letak lebihan makanan kat luar janji anak tak kene cakar, barang rumah ok.

Kami buat sampai sekarang dan dah ramai ustaz cuba buat benda tu tapi tetap tak berhasil. “tempat milik dia.” sampai sekarang saya tak tahu macam mana nak mulakan hubungan dengan akak sebelah. Korang ada idea tak.. Meh park idea korang. Yang bernas sikit la ye. Dah la saya dah salah..kene la idea yg elok sikit.

Sumber:-KRT

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *