Bengang Anak Gadis Banyak Habiskan Masa Dengan FB. Bapa Nekad KELAR Leher Anaknya !!!

| April 22, 2017 | 0 Comments

Bengang Anak Gadis Banyak Habiskan Masa Dengan FB. Bapa Nekad KELAR Leher Anaknya !!! | Seorang lelaki berusia 41 tahun berasal dari Phatthalung, Thailand bertindak menoreh tekak anak perempuannya sendiri kerana tidak berpuas hati dengan anaknya yang banyak menghabiskan masa melayari Facebook, lapor Pattaya One News hari ini.

Pada mulanya, mereka hanya bertekak dan keadaan menjadi lebih teruk apabila ayahnya tidak dapat mengawal kemarahan terhadap anaknya sendiri dan telah menoreh tekak anaknya.

Bukan itu sahaja, mangsa kemudiannya dikunci di dalam rumahnya sewaktu darah mula mengalir di atas lantai rumah mereka. Dengan rasa tidak bersalah, ayahnya melarikan diri membawa anak perempuan bersamanya yang masih berusia 3 tahun.

Mengikut laporan media tempatan, jiran mereka mendengar jeritan suara gadis berusia 13 tahun itu lalu bergegas memecah pintu yang dikunci itu dan mendapati remaja itu masih hidup dalam keadaan berlumuran darah. Gadis remaja itu mengalami 5 inci torehan di sebelah leher kirinya manakala lebam pada mukanya.

Ayahnya berjaya ditemui bersama anaknya paling bongsu setelah dicari. Ramai yang memberi spekulasi kejadian itu merupakan gangguan seksual namun ibu mangsa menafikan kenyataan itu dengan berkata ayah mangsa memang tidak menyukai perbuatan anak perempuannya yang terlalu lama menghabiskan masa melayari laman sosial kerana menyebabkan kerja sekolahnya terabai.

Isterinya juga mendedahkan suaminya sebelum ini pernah mengugut untuk membunuh semua ahli keluarga mereka kerana cemburu, takut isterinya pulang semula kepada bekas kekasihnya. Mangsa kini sedang menerima rawatan di hospital.

Menurut polis, tertuduh pernah mempunyai rekod jenayah dan berada dalam senarai dikehendaki polis berkaitan kes bunuh di daerah Trang’s Maung 10 tahun yang lalu pada Ogos 2007.

Sumber:- Malaysiastream

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *