Selepas Peguam Ini Ditanya Sesuatu Yang PELIK, Kecoh Diluar Mahkamah Rupa-Rupanya Lelaki Yang Bertanya Tadi…

| February 10, 2017 | 0 Comments

Selepas Peguam Ini Ditanya Sesuatu Yang PELIK, Kecoh Diluar Mahkamah Rupa-Rupanya Lelaki Yang Bertanya Tadi…| Satu pagi ketika saya ingin memasuki dewan bicara mahkamah, seorang pemuda dalam usia awal 30-an menyapa dan memberi salam kepada saya.

“Boleh saya tanya tuan mengenai kes tampar orang. Kalau tampar orang, berapa denda yang mahkamah biasa bagi?” soalnya.

Saya yang penuh ‘suci hati’ membuat telahan mungkin beliau ada kes tampar di mahkamah pagi ini.

Tampar ini di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“Kalau ada RM1,000, cukup ke untuk bayar denda?” soalnya lagi.

“Mungkin cukup pada kelaziman tetapi secara jujur saya tidak tahu,” balas saya.

Saya juga berteka teki atas hukuman oleh Tuan Majistret. Saya sekali lagi berfikir tentu beliau telah membawa wang RM1,000 bagi tujuan membayar denda. Akhir sekali dia mengucapkan terima kasih kepada saya.

Saya terus masuk ke dalam bilik bicara mahkamah. Perbicaraan dimulakan dan kes-kes dipanggil oleh jurubahasa.

Dalam setengah jam perbicaraan di mahkamah bermula, tiba-tiba saya mendengar bunyi bising di luar mahkamah menyebabkan mahkamah terpaksa ditangguhkan seketika. Terdengar polis pengiring memaklumkan ada pergaduhan di luar dewan bicara.

Saya keluar dan melihat pemuda tadi telah dipegang oleh orang awam dan seorang lelaki lain dilihat memegang muka. Saya terkejut apabila orang ramai memaklumkan yang dia baru sahaja menampar seseorang.

Alahai, saya sudah bagi ‘wrong advice’ pada beliau. Menyesal pun ada, kelakar pun ada. Ini sah ‘cukup bajet’ baru nak tampar orang bisik saya dalam hati.

Manalah saya tahu dia nak tampar orang, kan? Kalau saya tahu apa yang nak terjadi, confirm saya tak layan pertanyaan dia.

Selepas kejadian itu, saya pula yang ‘insaf’. Jika ada yang bertanya mengenai hukuman, confirm saya kena selidik dulu. Tak nak dah saya, legal advice menjadi illegal advice. Bukan apa, tak nak pisang berbuah dua kali.

Sumber:-Hasif Hasan via MyMediaHub

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *