Kecanggihan SEBENAR Teknologi KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Ramai TAK TAHU !!!

| December 7, 2016 | 0 Comments

Kecanggihan SEBENAR Teknologi KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Ramai TAK TAHU !!! | Kuala Lumpur: Kepincangan fakta di dalam buku teks sejarah yang digunapakai dalam pembelajaran sekolah perlu diteliti semula sekali gus diperbetulkan supaya catatan sejarah sebenar dapat disampaikan kepada generasi muda.

small-sb-8-003

Catatan sejarah Melaka kononnya empayar itu tumpas ketika menentang Portugis akibat kemunduran teknologi serta organisasi tentera yang tidak berstruktur satu pendapat salah.

mela

Pengarah Muzium Warisan Melayu Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Muhammad Pauzi Abdul Latif menegaskan penggubal buku teks perlu melaksanakan kajian yang lebih mendalam supaya fakta yang tertulis adalah hakikat sebenar.

“Berdasarkan pemerhatian saya, kita sering menyebut faktor kekalahan Melaka adalah kemunduran teknologi dan tentera tidak berstruktur. Tetapi kita kurang memberi penekanan berhubung pengkhianatan daripada pedagang dari China dan India.

“Kenyataan yang tertulis di dalam buku teks berkenaan adalah tidak benar. Melaka mempunyai organisasi tentera sistematik serta kecanggihan persenjataan zaman itu.

“Ketika serangan 1511, kita sudah mempunyai teknologi busur silang (Crossbow), ini adalah fakta yang tertulis dalam catatan Portugis. Ini jelas memperlihatkan kemampuan Melaka ketika itu melebihi Portugis,” katanya.

Kelmarin, Metro Ahad menerusi laporan khas infografik memaparkan kecanggihan senjata api sudah wujud pada zaman Melaka terutamanya ketika serangan Portugis 1511.

Ia dibuktikan menerusi catatan seorang ahli sejarah Portugis, Joao de Barros yang menjumpai 8,000 senjata api, panah silang dan artileri ketika Portugis menawan Melaka.

Muhammad Pauzi berkata, beliau turut melihat sendiri fakta yang dinyatakan di dalam buku teks itu dan mencadangkan penelitian semula perlu dilaksanakan.

“Fakta sejarah tidak boleh berdasarkan andaian semata-mata. Sejarah adalah fakta. Kepincangan fakta di dalam buku teks itu perlu diperbetulkan.

“Penggubal buku teks perlu lebih berani dalam membicarakan soal fakta, biarpun kadangkala ia menyentuh sensitiviti masyarakat,” katanya.

Namun, ini adalah fakta, sejarah tetap sejarah,” katanya. Sumber:-HarianMetro

P.S. 1 – ALLAH Sayangkan Aku. Baru Aku Tahu Kenapa Pakwe Beria Suruh Aku Pakai Baju Kurung Ke Bukit Tu !!!
P.S. 2 – Ramai Salah Faham Bila Bayi Anda Hisap Ibu Jari Kakinya, Inilah SEBAB Bayi Hisap Ibu Jari Kaki Yang Ramai TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Ramai TERPANA Melihat Gadis Cantik Ini…Namun, Anda Pasti TERKEJUT Lihat Dimana Dia Tinggal !!!
P.S. 4 – TERLOPONG Mamak Tu Bila Aku Cakap “Tolong Buang Botol Yang Kat Atas Tu Dan Perempuan Tu Sekali” !!!
P.S. 5 – 4 Tahun Suami Tak Bekerja. Namun Boleh Sara Keluarga Dan Rumah Mewah, Rupa-Rupanya Ini KERJA Suami !!!

Tags: , , , ,

Category: Fakta dan Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *