Inilah BAHAYA Jika Pesakit Darah Tinggi Tinggalkan Ubat. JANGAN Tinggalkan Ubat Walaupun Tekanan Darah Dah Normal !!!

| December 14, 2016 | 0 Comments

Inilah BAHAYA Jika Pesakit Darah Tinggi Tinggalkan Ubat. JANGAN Tinggalkan Ubat Walaupun Tekanan Darah Dah Normal !!! | “Tekanan darah makcik 170/100. Makcik sudah makan ubat darah tinggi pagi ini?” Pesakit itu terdiam seketika. Kelihatan seolah-olah serba salah untuk menjawab soalan yang diajukan. Dengan nada perlahan, makcik itu membuat pengakuan. “Sebenarnya doktor, makcik sudah sebulan tak makan ubat. Sebabnya, setiap kali makcik periksa tekanan darah, mesti normal. Jadi, makcik pun berhenti makan ubat.”

Teringat saya detik-detik sewaktu bertugas di jabatan kecemasan beberapa tahun yang lalu. Seringkali saya berhadapan dengan pesakit yang mendapat serangan strok akibat tekanan darah yang tidak terkawal. Kisah mereka lebih kurang sama macam makcik tersebut.

Sayangnya, nasib mereka tidak begitu baik. Akibat berhenti makan ubat, tekanan darah mereka naik melambung tinggi sehingga mengakibatkan pendarahan dalam otak.

Hati kecil saya mengucap kata-kata syukur ke hadrat Ilahi kerana melindungi makcik tersebut dari mendapat komplikasi dari tekanan darah yang tidak terkawal. Masih belum terlambat untuk mencegah perkara tersebut dari berlaku.

Seringkali saya bertemu pesakit kronik yang berhenti memakan ubat kerana konon-kononnya mereka sudah “sembuh” dari penyakit tersebut. Alasannya sama seperti makcik di atas. Mereka dapati tekanan darah sudah “normal”.

Hakikatnya, darah tinggi mereka terkawal kerana ubat yang dimakan. Bukan kerana mereka sudah “sembuh” dari penyakit tersebut. Dan untuk memastikan tekanan darah mereka kekal terkawal, ubat darah tinggi perlu diteruskan.

Sekiranya berhenti memakan ubat-ubatan tersebut, besar kemungkinan tekanan darah akan meningkat tinggi, sekaligus meningkatkan risiko untuk menerima nasib yang sama dengan pesakit-pesakit strok yang saya temui di zon kritikal wad kecemasan tempohari.

Saya menyeru kepada mereka yang mempunyai ibubapa yang menghidap penyakit darah tinggi. Bantu kami untuk memastikan tekanan darah mereka terkawal dengan sentiasa mengambil ubat yang ditetapkan.

Dan sekiranya mengalami sebarang masalah dengan pengambilan ubat tersebut, dapatkan nasihat dari mereka yang arif. Kami sedia membantu  🙂

Dr Saidatul Akmar
Pegawai Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia

 Sumber:-Medical Mythbusters Malaysia

P.S. 1 – ALLAH Sayangkan Aku. Baru Aku Tahu Kenapa Pakwe Beria Suruh Aku Pakai Baju Kurung Ke Bukit Tu !!!
P.S. 2 – Ramai Salah Faham Bila Bayi Anda Hisap Ibu Jari Kakinya, Inilah SEBAB Bayi Hisap Ibu Jari Kaki Yang Ramai TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Ramai TERPANA Melihat Gadis Cantik Ini…Namun, Anda Pasti TERKEJUT Lihat Dimana Dia Tinggal !!!
P.S. 4 – TERLOPONG Mamak Tu Bila Aku Cakap “Tolong Buang Botol Yang Kat Atas Tu Dan Perempuan Tu Sekali” !!!
P.S. 5 – 4 Tahun Suami Tak Bekerja. Namun Boleh Sara Keluarga Dan Rumah Mewah, Rupa-Rupanya Ini KERJA Suami !!!

Tags: , , , ,

Category: Fakta dan Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *