PELIK Bila Jalan Sebelah Housemate Bau Wangi Semacam. Baru Aku Tahu Selama Ni HouseMate Aku….

| November 12, 2016 | 1 Comment

PELIK Bila Jalan Sebelah Housemate Bau Wangi Semacam. Baru Aku Tahu Selama Ni HouseMate Aku…. | Assalamualaikum. Pertama sekali terima kasih to admin sebab siarkan confession aku. By the way, aku budak uitm. Aku nak story sikit pasal housemate aku. Dia bukan la seorang yg psycho. Alhamdulillah. Tapi .. entah la. Korang nilai la sendiri ek.

rome

Kisah ni bermula bila aku ditakdirkan utk duduk rumah sewa. Dan nasib aku baik. Dapat housemate semua baik2, best2, layan perangai masuk air aku. Dan akhirnya kami serumah enam orang berkawan baik. Walaupun sebelum ni tak pernah kenal.

Enam bulan pertama, semuanya okay. Aku dah rasa seronok duduk dengan diorang. Happy2, gelak2, share semua benda. Best ar kan. Lagipun aku ada masalah dengan orang yang dipanggil “kawan baik”, tapi dengan diorg, aku rasa aku boleh panggil diorang kawan baik aku ar.

Krisis bermula pada enam bulan yang kedua. Aku mula syak benda yang tak baik dengan housemate aku. Sebenarnya aku tak suka perasaan macam ni, tapi, I just can’t help it. Aku start rasa sakit hati, marah, kecik hati. Tapi aku pendam je. Sebab style aku, aku susah nak marah, apatah lagi dengan benda2 kecik. Aku jenis ‘lantak ar’ ‘biar la dia’.

Korang tau kenapa aku sakit hati, marah dengan dia? Sebab aku dah syak yang dia guna barang aku. Takda hal kalau nak guna, guna je lah. Tapi yang aku tak berkenan, sekali pun tak pernah keluar dari mulut dia, dia minta izin atau bagitahu aku yang dia guna toiletries aku.

Okay la. Fasa pertama tu, aku syak je. Sebab lepas dia mandi, aku bau macam sabun mandi aku je dekat dia. Pelik. Sebab bau sabun mandi dia lain. Aku yakin. Aku cuba taknak buruk sangka. Tapi makin menjadi pulak. Hati aku terdetik nak sentuh barang dia, which is aku jenis yang pantang, kalau aku tak suka orang sentuh barang aku, aku pon takkan sentuh barang dia unless dia bagi permission. Tapi time tu mmg aku beranikan diri jugak. Aku cuba angkat sabun mandi dia yg jenis picit picit tu kan, ringan. Aku try picit pulak, aik sikit pon tak keluar. Maknanya? Hmm

Fasa kedua, aku beranikan diri ambil step yg lagi dasyat. Aku pegi dekat pintu bilik air time dia mandi. Bukan pervert okay. Aku nak pastikan je betul ke tak dia guna sabun mandi aku. Ternyata, bau sabun mandi aku menyucuk ke dalam lobang hidung aku. Wangi nyaa. Wangi lagi bila orang lain yang guna, tanpa pengetahuan aku! Ewah! Mentang lah sabun aku picit picit, sedap pulak kau picit kan.

Seminggu lebih lepas tu, aku ajak dia pergi beli barang. Niat aku nak pancing dia suruh dia topup sabun mandi dia lah. Gila kau, seminggu lebih dia guna sabun aku. Tu belum masuk sebelum2 ni yang aku tak tahu lagi. Huh! So lepas habis beli barang, aku usha lah barang ape yang dia beli. Takda sabun mandi pon? Alamakkk

Ohya, selain sabun mandi. Aku syak dia guna ubat gigi aku jugak. Sebab ubat gigi dia pon dah habis. Aku tengok. Tapi takat ubat gigi tu aku tak kisah sangat. Tapi sabun mandi tu macam melampau sikit. Kau ingat aku beli guna daun?

Fasa ketiga bermula bila aku beli sabun mandi yang ke-3 untuk sem tu. Pecah rekod bebb. Selalunya aku beli dua kali je dalam satu semester. Sebab aku jenis cermat guna barang sendiri. Tapi yelah kan, sem ni aku dah share dengan orang lain, mmg la cepat habis. Celaka. Kali ni, aku lagi berani. Aku cakap depan dia teros.

“Ni dah botol ketiga aku beli sem ni. Taktahu kenapa kali ni sabun cepat sangat habis. Tak pernah jadi camni lg. Kalau yg ni pon habis sebelum habis semester nanti, mmg tak tahu ar.” Dia diam je. Senyum senyum.

Alhamdulillah. Lepas tu aku rasa dia dah tak guna sabun aku. Lagipun sebab dia dah beli baru. Ohya, pernah sekali tu. Aku perasan ubat gigi dia dah habis. Kebetulan aku pon baru buka ubat gigi yang baru. Aku tunggu je dia nak bukak yang baru jugak. Guess what. Sampai habis ubat gigi baru aku tu, yang besar eh bukan yang kecil, baru dia bukak dia punya. Aku macam, whyyyy whyyy whyyyy. Kau ade je yang baru tapi kenapa guna aku punya jugak? Kau tunggu sampai aku punya habis pulak tu, baru kau guna kau punya sendiri.

Aku bukan kedekut weh. Tapi agak lah kan. Aku bukan anak orang senang. Kalau kau nak share, kau bagitahu je aku. Kita share duit beli. Duit aku habis dekat toiletries je, dah la mahal, padahal benda tu boleh gune lame kot, dah la mahal. Dah satu hal aku kena tambah duit beli yang baru. Arghhh stress aku.

Serious, bab duit jangan buat main weh. Kalau bapak aku tokey balak takpe. Huh

Yang latest, paling paling aku geram dan membuatkan aku terus nak confess kat sini. Alkisah nya aku beli pencuci muka baru, mahal lah RM200++ untuk satu. Tu pun aku beli lepas kumpul duit gaji dua bulan aku kerja part time kt kedai makan masa cuti. Memang dah lama aku teringin nak beli benda alah tu.

Aku ingatkan dia dah insaf. Tapi tak. Tapi kali ni aku tak sure lah betul atau tak. Aku syak je. Aku dah try untuk bersangka baik, tp disebabkan dia dah pernah buat sebelum ni, tak mustahil kali ni dia buat jugak.

Aku start perasan bila penutup pencuci muka aku tu berapa kali dalam keadaan terbuka. Padahal lepas aku guna aku tak pernah tak tutup. Yalah benda mahal wei. Mesti ar aku jage. Aku gune pon sikit2 je sbb sayang kan kalau cepat habis. Nak kate penutup die loose, tak. Aku yakin tak. Aku buat tak tahu lagi. Tapi ada satu masa ni, aku masuk bilik air. Saje la ambik pencuci muka aku tu nak tengok. Eh, asal kembung semacam? Sebab start aku beli, pencuci tu macam dalam keadaan agak kempis. Selama aku guna mmg dia kempis je. Tapi tetiba kembung plak apehal? Then aku try picit, tak keluar lgsg. Sudahhhh. Jangan la kate dah habis. Sepatutnya cukup lagi utk guna 3 hingga 4 bulan lagi. Takkan dah habis? Tak ke pelik? Pagi tu aku guna ok je. Nampak sangat macam bekas org dah guna. Memang aku hangin. Weh, aku beli mahal benda tu. Takkan yang tu pun kau nak guna jugak? Aduh. Dah tu, berapa banyak kau picit setiap kali kau guna? Aku pun berjimat jimat guna. Picit secoet je. Arghhhhh

Makanan pun ada je dia ambil tanpa bagitahu aku. Tapi aku tak kisah. Bab makanan mmg aku tak kisah. Jadi darah daging kau kot. Aku halalkan je. Lagi pun kitorang dah final year, takpe lah.

Tapi.. Kau ni ape sebenarnye? Nak kate psycho, tak. Hmm tah la. Aku dah penat. Tolong la jangan guna barang aku tanpa bagitahu aku. Sampai skrg kau tak tahu kan yang aku tahu kau gune barang aku. Dan sampai skrg kau tak pernah bagitahu aku kau gune barang aku. Jangan buat kat orang lain sudah. Aku takpe, aku boleh hadam lagi. Takpe, aku okay. Kredit:- Nora

P.S. 1 – ALLAH Sayangkan Aku. Baru Aku Tahu Kenapa Pakwe Beria Suruh Aku Pakai Baju Kurung Ke Bukit Tu !!!
P.S. 2 – Ramai Salah Faham Bila Bayi Anda Hisap Ibu Jari Kakinya, Inilah SEBAB Bayi Hisap Ibu Jari Kaki Yang Ramai TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Ramai TERPANA Melihat Gadis Cantik Ini…Namun, Anda Pasti TERKEJUT Lihat Dimana Dia Tinggal !!!
P.S. 4 – TERLOPONG Mamak Tu Bila Aku Cakap “Tolong Buang Botol Yang Kat Atas Tu Dan Perempuan Tu Sekali” !!!
P.S. 5 – 4 Tahun Suami Tak Bekerja. Namun Boleh Sara Keluarga Dan Rumah Mewah, Rupa-Rupanya Ini KERJA Suami !!!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Semasa

About the Author ()

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. jebon says:

    Penulis ni pompuan aku rase…sebab kalau laki..dah kene tibai dah..hahah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *