Kat FB Confident Cakap Suami Dia Setia. Aku Stalk FB Suami Dia Dan Try Chat. Ini Yang Aku Dapat !!!

| November 12, 2016 | 0 Comments

Kat FB Confident Cakap Suami Dia Setia. Aku Stalk FB Suami Dia Dan Try Chat. Ini Yang Aku Dapat !!! | Bila dibaca kisah kisah rumah tangga ni teringat satu perbuatan bodoh yang saya telah buat. Setiap manusia ada nasib masing masing. Al kisahnya bermula ada satu post yang mengisahkan suaminya curang. Biasalahkan komen komen yang memberi semangat kepada si pengadu dan ada juga sesetengah komen yang memaparkan kebahagiaan rumahtangganya sehingga membuatkan saya berasa jelik. “Suami seorang yang penyayang, setia, bertanggungjawab tidak akan curang bla…bla…”.

lp

Nak dijadikan cerita saya pun stalk la si pengomen ni dan kebetulan nama si suami terpapar bahagian married tu. Berbekalkan rupa yang boleh dikatakan cun Apa lagi saya pasang strategi la nak tengok sejauh mana kesetiaan si suami terhadap si isteri, Saya punya pun “HAI” la dalam masenger. Tak lama lepas tu dia balas, Saya pun chat la macam biasa tanya asal mana dll. Niat sampai di situ jer, Tapi ya Allah gatal rupanya siap ada miscall dari masengger ajak jumpa dll. Dalam masa 24 jam terus saya block.

Oleh itu saya hanya nak berpesan kepada warga isteri suami tunang girlfriend boyfriend untuk bahagian wall kita tu biarlah tulis married jer tidak perlu nama suami. Tidak perlu tag nama suami dalam komen yang umum macam beautiful nara, pen merah, makcik puasa ker dan page-page umum yg lain dan hide kan frendz list anda. Sebab ada mata yang memerhati. Begitu jugak kalau nak share biarlah buat only me sahaja. Ingat kebanyakkan kecurangan berpunca dari fb.

Kepada si pemberi komen mungkin dia baca komen ni nasihat saya jangan terlalu taksub dengan suami. Perkahwinan anda baru masuk 2 tahun dan seorang anak belum pun cukup setahun, kena curiga sedikit kepada si suami nya janganlah menggatal, pantang nampak perempuan hai hoi kat awak dalam masengger.

Kepada si pengadu saya doakan rumah tangga awak berbahagia selalu dengan komen yang membina. Maafkan saya kerana ganggu sekejap rumah tangga anda dalam masa 24 jam dengan niat nak tahu kesetiaan suami anda. Kepada suami yang setia tahniah. Itu adalah yang pertama dan terakhir saya buat kerja bodoh. Kredit:-KRT

P.S. 1 – ALLAH Sayangkan Aku. Baru Aku Tahu Kenapa Pakwe Beria Suruh Aku Pakai Baju Kurung Ke Bukit Tu !!!
P.S. 2 – Ramai Salah Faham Bila Bayi Anda Hisap Ibu Jari Kakinya, Inilah SEBAB Bayi Hisap Ibu Jari Kaki Yang Ramai TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Ramai TERPANA Melihat Gadis Cantik Ini…Namun, Anda Pasti TERKEJUT Lihat Dimana Dia Tinggal !!!
P.S. 4 – TERLOPONG Mamak Tu Bila Aku Cakap “Tolong Buang Botol Yang Kat Atas Tu Dan Perempuan Tu Sekali” !!!
P.S. 5 – 4 Tahun Suami Tak Bekerja. Namun Boleh Sara Keluarga Dan Rumah Mewah, Rupa-Rupanya Ini KERJA Suami !!!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *