“Bangun !!! Apa Kau Tengah Buat Ni” Sejak Itu Aku Benci Sangat Tengok Muka Suami…

| November 10, 2016 | 0 Comments

“Bangun !!! Apa Kau Tengah Buat Ni” Sejak Itu Aku Benci Sangat Tengok Muka Suami… | Assalamu alaikum ! Akak nak cerita panjang sikit memandangkan zaman sekarang makin menjadi-jadi tapi lebih ramai tak sedar berbanding zaman akak dulu. Pertama sekali, akak nak ucap terima kasih kat suami tercinta dan anak-anak tersayang mama kerana setia bersama mama sehingga hari ni.

sih

Kisah ni berlaku lama dah. Masa tu adik-adik UIA kecik lagi. Akak bukan student UIA tapi kawan baik akak dulu belajar kat UIA. Selalu lah pergi lepak kat UIA. Kisah akak tak da kaitan dengan UIA tapi boleh jadi pengajaran buat orang ramai.

Kawan-kawan akak lepas SPM sambung study, akak sempat ambik sijil je. Lepas tu akak meniaga. Akak ni bukanlah rajin bab study ni. Akak suka meniaga. Rajin akak kat tempat lain. Mak bapak akak redha je lah. Umur 19 tahun akak dah kahwin. Rezeki dapat kahwin dengan Engineer. Masa zaman akak tu kira Engineer tu dah hotz lah.

5 tahun pertama meniaga, ok. Banyak belajar, ada jatuh bangun turun naik. Tapi tak sampai kena tutup kedai lagi lah. Sampai lah lepas akak dapat anak ke 3 dan umur dia masuk 2tahun. Suatu hari tiba-tiba akak sakit perut. Akak ni boleh tahan kesakitan. Kalau sakit betul-betul pun, macam nak bersalin tu, akak diam dan menitik lah setitis dua je air mata. So akak tahan je lah. Sakit tu berlarutan sampai 2-3 minggu.

Lepas tu tiba-tiba akak demam. Masa akak demam tu akak meracau-racau. Akak demam malam je. Suami akak pun bawak jumpa doktor. Doktor scan dekat perut yang sakit tu. Doktor kata nampak macam ada sesuatu tapi bukan ketulan. Macam air. Doktor terus refer ke pakar di hospital besar. Doktor suspek mungkin tibi atau tiroid daripada symptom yang ada. Tapi yang dalam perut tu tak pasti.

Dipendekkan cerita, 2minggu akak ditahan dihospital. Macam-macam test dibuat. Tibi tiroid negatif. Ada air dalam abdomen. Akak duduk selama tu diberi antibiotik dan ubat tahan sakit. Lama-lama lali lah dengan sakit tu. Sampai bila doktor dan misi tanya, akak tak tahu nak kata sakit tu level berapa. Kemudian discharge dan kena datang follow up setiap bulan dengan pakar.

Lepas balik daripada hospital, akak ingat semuanya kembali normal. Masa tu dah 2 minggu akak tinggal kedai dengan staf. Staf dah dekat 10 tahun kerja dengan akak, akak percaya lah. Suami tak bagi akak sentuh langsung hal kedai. Dia suruh akak rehat. Staf pun mengadu lah. Customer sepanjang 2minggu tu 2orang je! Lepas tu supplier ramai buat hal. Tak hantar barang, tak bayar balance payment, tak nak hantar lagi pun ada! Staf cerita ada benda pelik jadi. Kawan-kawan diorang yang biasa datang kedai tanya, kenapa dah lama kedai tak bukak? Sedangkan diorang bukak je setiap hari kecuali rabu. Pelik kan?

Dekat rumah pulak, akak jadi macam tak keruan. Akak tiba-tiba rasa benci dengan suami. Segala macam kekurangan suami akak ungkit. Dalam kepala akak ni, sentiasa cari kelemahan dia. Sentiasa nampak dia jelik. Suami akak ni lembut orangnya walaupun macho. Dia nampak akak lain macam tapi dia layankan aje. Katanya mungkin sebab lama sangat duduk hospital. Tapi semakin hari semakin akak menyampah dengan dia. Akak rasa dia hodoh sedangkan sejak akak kenal dia, sentiasa ada orang merisik kerusi no 2,3,4, kelebihan paras rupa Allah bagi kat dia. Mula-mula akak rasa, memang akak dah betul-betul hilang sayang kat dia. Semua ni berlaku dalam diri akak. Akak luahkan jugak dekat suami sampai dia menangis tanya akak, apa dia boleh buat nak dapat cinta akak balik?

Sebelum semua kejadian ni, akak selalu dilabel oleh adik-beradik sebagai Loving Mama. Alhamdulillah, akak jenis didik anak dengan tegas tetapi penuh kasih sayang. Anak-anak akak masa tu Along 7tahun, Angah 5tahun, Adik 2tahun. Semua anak-anak yang sangat baik, mendengar kata, tak pernah memberontak, akak boleh katakan mereka matang pada usia mereka. Lepas akak keluar hospital tu, akak bertukar jadi Mamonster. 100% berubah! Akak jadi mama yang garang, yang tak sabar. Sikit-sikit akak marah diorang. Dah lah papa diorang pun akak tak suka, anak-anak akak labelkan anak papa! Syukur Alhamdulillah. Mungkin kerana didikan peringkat awal, anak-anak akak sangat penyabar. Terutama Along yang selalu jaga dan tenangkan adik-adik selepas kena marah dan kena pukul dengan mama. Terima kasih Along!

Suatu hari, Along datang dekat akak. Masa tu akak baru bangun tidur. Sejak balik hospital tu, pukul 11 tengahari paling awal akak bangun! Kedai akak serah kat staf walaupun macam-macam masalah tengah melanda. Akak jadi alpa dengan tanggungjawab. Berbalik cerita Along, dia datang dekat akak di katil. Dia menangis. Lebih kurang macam ni dia cakap

“Mama, mama cepat-cepatlah sedar. Adik selalu kata ada ‘orang’ ikut mama. Mama bukan macam ni. Mama kuat. Mama kena lawan. Mama tak pernah pukul Along Angah Adik sebelum ni. Mama macam mana pun, Papa Along Angah Adik sayang mama.”

Masa tu, tak tahu nak kata, rasa marah membuak-buak! Akak ambik bantal campak kat Along dan dia lari keluar. Akak duduk menangis sorang-sorang atas katil. Baru akak sedar apa yang jadi kat akak ni. Akak tak jadi diri sendiri. Tapi dalam hati ni penuh kemarahan. Masa tu suami akak kerja halfday. Tengahari dia balik tengok Along Angah Adik menangis. Dia masuk bilik dan pertama kali dia mengamuk. Masa tu akak bergaduh dengan suami. Dia marah, akak melawan listkan semua kesalahan dia, kekurangan dia sampai akak mintak berpisah Nauzubillah! Anak-anak tengok sambil menangis. Masa tu handphone tak ada. Kalau ada mungkin diorang dah call siapa-siapa sebab telefon rumah kat tempat tinggi.

Tengah bergaduh tu, tiba-tiba dalam kepala akak terfikir,”BANGUN! SEDAR! APA KAU TENGAH BUAT NI?” Terus akak stop dan peluk suami. Akak cakap kat dia, akak mintak maaf. Akak mintak tolong bawak akak pergi jumpa doktor atau mana-mana perubatan traditional. Suami akak pun tenang, minta maaf dan janji akan bawak akak pergi berubat.

Orang pertama kami jumpa, seorang ustaz tak ingat nama. Masa tu memang akak ingat akak mengeram je. Tapi tak cakap apa-apa. Ustaz tu kata, kuat ‘benda’ yang dihantar ni. Dia bagi air yang dah dibaca ayat suci AlQuran. Dia nasihatkan suami dan anak-anak dan akak sendiri untuk kuat dan lawan.

Balik rumah, nak tahu apa jadi? Suami akak buang air tu! Bukan akak ye. Suami akak! Okey! Akak akui, sebelum tu, kami memang sangat bahagia luarannya, tetapi rohani kami sangat lemah. Kami datang daripada keluarga yang tak memberatkan agama. Bila dah tua-tua baru ingat nak solat 5 waktu. Macam-macam masalah dalam keluarga kami. Mungkin sebab akak dan suami anak yang sangat baik dengan mak bapak, kami diberi nikmat bahagia dengan anak-anak sampailah saat kami diuji. Sungguh susah kami nak lawan!

Dengan kekuatan yang ada, akak bertekad akak nak pulih dan nak keadaan yang asal. Akak cari lagi ustaz lain. Akak usaha cari sebab akak tahu, mungkin suami akak pun kena juga. Kami kena sama-sama melawan dan kami jumpa ustaz Abu (dah arwah dah sekarang). Masa sampai rumah ustaz Abu, tiba-tiba pintu kereta tak dapat bukak. Kunci macam child-lock tu. Daripada dalam tak dapat bukak. Tingkap pun rosak dah lama, rupanya suami akak tak hantar baiki lagi. Bergaduh dalam kereta. Anak-anak duduk seat belakang menangis. Ustaz Abu masa tu tengah merawat orang lain. Isteri dia keluar dan panggil anak lelaki mereka umur 9tahun, Ammar. Ammar pun pergi ke kereta dan azan di depan kereta. Suami akak tekan hon kuat-kuat dan tiba-tiba pintu kereta boleh bukak. Kami dalam kereta terdiam. Tapi suami akak terkeluar statement kelakar, ‘Oh.. kena tekan hon rupanya baru boleh bukak…’ Kehkehkeh… Masa keluar suami terus cek pintu, ingat anak-anak main child-lock tapi tak enable pun! Dua tiga kali dia tutup buka pintu elok je.

Kami pun masuk rumah Ustaz Abu. Bersalam dengan isteri dia. Masa tu nampak macam normal je kami sekeluarga. Anak-anak main buaian di depan rumah ustaz dan akak dengan suami bersembang dengan ustazah. Masa tu hati rasa tenang, suami pun akak rasa handsome semacam. Akak tanya suami, “Papa rasa tak apa mama rasa?” Suami akak terus cakap, “I love you, mama”. Masa tu rasa macam seperti bahagia yang sebelum ni.

Tiba-tiba ustaz Abu keluar daripada bilik tu dan suami akak tiba-tiba menangis. Ustaz Abu papah dia masuk bilik. Lalu bermulalah ustaz Abu membacakan beberapa ayat suci AlQuran. Kami suami isteri meraung dan menangis. Lepas tu akak tak ingat apa jadi. Sedar-sedar tengah baring atas katil di peha suami.

Ustaz Abu pun cerita. Katanya jin ni dihantar dengan tujuan untuk menghuru-harakan keluarga akak, perniagaan akak. Tambah pulak akak dan suami tak kuat iman. Memang susah sikit nak lawan tetapi kena yakin dengan kuasa Allah. Kena lawan juga. Ustaz Abu bagi semangat. Dia kata kena lawan dengan solat, AlQuran. Cara ustaz Abu sangat-sangat akak senang. Dia tak menampakkan betapa buruknya kami yang tak menjaga agama. Dia nampakkan macam mana indahnya agama seingga kami rasa nak mendekati. Ustaz lebih memberikan kaitan kehidupan kita dengan kebaikan beragama. Suami akak ni orang yang percaya dengan fakta. Penyampaian ustaz Abu sangat-sangat menarik perhatian dia. Balik tu, kami mula usaha sikit-sikit. Solat 5 waktu, baca AlQuran. Takde lah terus dapat solat awal waktu, kadang-kadang lompong juga tapi kami dah semakin sedar dan mula buat sehingga konsisten.

Selepas tu, sebenarnya semakin kuat ‘benda’ tu melawan. Staf akak mula bergaduh sesama sendiri. Mereka buruk-burukkan akak dan suami kepada customer. Kebetulan customer kawan kami, dia bercerita. Kami tak marah, sebab kami kenal staf kami dan kami tahu apa yang melanda kami mungkin menjadi penyebabnya. Jadi, kami bincang baik-baik dengan mereka dan kami decide untuk tutup kedai kami buat sementara. Kami carikan kerja siap-siap untuk staf kami. Kedai kami kena tutup. Kami bukan dalam keadaan mampu untuk teruskan dalam masa ni.

Kami mula konsisten dan terus berubat dengan ustaz Abu. Ustaz Abu kata, yang merawat memulihkan hanyalah Allah. Dia hanya pengantara menunjuk cara dengan ayat-ayat Allah. Kebetulan suatu hari di rumah Ustaz Abu, kami berkenalan dengan pasangan ustaz Halim dan ustazah Maryam. Mereka ni daripada keluarga yang kuat agama. Akak ingatkan bila orang rajin solat, rajin mengaji ni tak boleh kena gangguan ni. Kata-kata Ustaz Halim membuatkan akak sedar, “kita ni manusia. Manusia ni memang azalinya pelupa. AlQuran dan Hadith diturunkan untuk mengingatkan. Tetapi kita ni bukanlah sempurna. Kadangkala teralpa. Ibadah mungkin ok, hubungan dengan manusia pula tak ok. Mungkin riak timbul sehingga menyakiti manusia lain. Ujian untuk kami, suatu bentuk peringatan Allah juga”.

Selepas 3tahun, barulah kami pulih seperti biasa.

Antara perkara-perkara yang akak rasa boleh dijadikan pengajaran kepada mereka yang mengalami dan mungkin berhadapan dengan orang sekeliling yang menghadapi ujian ini:

– Sabar dan terus berusaha dan yakin dengan Allah.

– Apa yang kita lalui mungkin tidak difahami oleh orang yang tak pernah melalui. Tak apa. Ini bahagian kita. Kita tak perlu tambah dengan bahagian mereka (jaga diri dan keluarga kita dahulu).

– Ada perkara yang berlaku di luar jangkaan kita sehingga kita lupa bila Dia nak jadi, maka jadilah.

– Selalui perbaharui taubat. Walau dah cukup pun solat dan mengaji dan amalan lain, mungkin tertimbul dosa riak.

– Alam ghaib itu wujud tetapi kita hidup dalam alam nyata. Tak perlu nak bergantung kepada kekuatan ghaib untuk melaksanakan nafsu kita di alam nyata. Yakin pada Allah dan rezekiNya untuk kita.

– Amalan-amalan seperti sihir, pukau, pelaris, susuk, ni semua adalah perbuatan syirik. Kita maklum dah dosa melakukan syirik. Yang lebih arif mungkin boleh jelaskan.

– Apabila kita berhadapan dengan orang lain yang mengalaminya, kita kena faham yang untuk mereka pulih tidak semudah kita beritahu, “Solatlah. Istighfarlah. Mengajilah.”. Mereka mungkin bertarung dengan keadaan mereka. Kita kena teruskan beri galakan, beri semangat dan jangan cepat buat kesimpulan.

– Jangan cepat buat andaian. Akak paling belajar ni. Kita takkan faham selagi kita tak merasa.

– Waktu melawat dan menziarah. Bila kita tahu ada keluarga atau kawan-kawan dalam situasi ni, lawat atau ziarah dalam waktu yang singkat, macam orang yang sakit fizikal. Tak perlu ajukan soalan-soalan yang menimbulkan kekeliruan, kemarahan dan mengapikan keadaan. Kadang-kadang mereka nampak stabil tapi balik je tetamu, perang dunia ke 20. Kembali kepada tujuan asal syaitan yang nak memporakperandakan manusia.

Semoga belajar daripada kelemahan kami. Buat suami, dan anak-anak, mama sayang korang semua.

Assalamu alaikum Kredit:- Akak Maria

P.S. 1 – ALLAH Sayangkan Aku. Baru Aku Tahu Kenapa Pakwe Beria Suruh Aku Pakai Baju Kurung Ke Bukit Tu !!!
P.S. 2 – Ramai Salah Faham Bila Bayi Anda Hisap Ibu Jari Kakinya, Inilah SEBAB Bayi Hisap Ibu Jari Kaki Yang Ramai TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Ramai TERPANA Melihat Gadis Cantik Ini…Namun, Anda Pasti TERKEJUT Lihat Dimana Dia Tinggal !!!
P.S. 4 – TERLOPONG Mamak Tu Bila Aku Cakap “Tolong Buang Botol Yang Kat Atas Tu Dan Perempuan Tu Sekali” !!!
P.S. 5 – 4 Tahun Suami Tak Bekerja. Namun Boleh Sara Keluarga Dan Rumah Mewah, Rupa-Rupanya Ini KERJA Suami !!!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *