AWAS !!! IBU Jangan Suka-Suka TABUR Bedak Pada Si Kecil Anda Jika Tak Mahu Perkara Ini TERJADI !!!

| November 9, 2016 | 0 Comments

AWAS !!! IBU Jangan Suka-Suka TABUR Bedak Pada Si Kecil Anda Jika Tak Mahu Perkara Ini TERJADI !!! | Bila ibu-ibu buat senarai barang bayi yang hendak dibeli, bedak mesti akan termasuk dalam senarai. Bila dipakaikan pada bayi terutama selepas mandi, terasa segar dan wangi sahaja. Memakaikan anak bedak seolah-olah menjadi petunjuk yang si kecil baru sudah mandi.

bedak

“Eh, busuklah baby kalau kita tak pakaikan dia bedak. Tak macam bau baby nanti!” Kebanyakan ibu memang akan membedakkan anak mereka kerana suka dengan baunya yang wangi.

Kadang kala ada ibu yang suka memakaikan bedak pada bahagian punggung dan alat sulit anak setiap kali menukar lampin mereka. Bahkan ada ibu suka membiarkan anak bermain dengan bedak sehingga habis satu badan dilumuri bedak tabur. Rasa macam comel tengok anak buat gelagat itu.

Awas, ya ibu-ibu! Sebenarnya tanpa kita sedari, perbuatan tersebut memberi kesan bahaya kepada si manja. Apakah dia?

Kandungan utama bedak bayi adalah talc, iaitu mineral yang di dalamnya mengandungi silika magnesium yang sudah terhidrasi. Apabila partikel mineral dari talc ditaburkan pada permukaan badan, ada yang mengewap dan ada yang terserap. Bahagian yang terserap itu yang berbahaya hingga boleh meningkatkan risiko berikut.

  1. Punca pneumonia

Bila terlalu banyak menghidu bedak, ia boleh masuk ke dalam paru-paru bayi. Debu bedak tersebut akhirnya berkumpul di dalam paru-paru anak anda dan lama-kelamaan menjadi pneumonia.

  1. Risiko kanser ovari

Menurut kajian yang dilakukan oleh American Academy of Pediatrics kekerapan menyapu bedak pada bayi, berkemungkinan meningkatkan risiko terkena kanser ovari.

  1. Mengeringkan selaput lendir

Terlalu banyak menyedut bedak bayi secara tidak sengaja oleh menyebabkan selaput lendir menjadi kering. Selaput lendir berfungsi untuk menyaring kotoran di dalam tubuh badan manusia.

  1. Kesukaran bernafas

Kadang kala ada bayi pernah menghadapi masalah sukar bernafas tanpa sebab hingga terpaksa di bawa ke hopital. Setelah diperiksa doktor, kesukaran tersebut berpunca akibat terlalu banyak terdedah pada bedak bayi. Partikel keras di dalam bedak masuk ke dalam paru-paru dan menghalang sistem pernafasan bayi hingga menyebabkan oksigen tidak cukup sampai ke paru-paru.

  1. Risiko jangkitan baketria

Kekerapan menyapu bedak bayi pada sekitar kemaluan atau vagina (bagi bayi perempuan) mendedahkan mereka kepada jangkitan bekteria. Debu dari taburan bedak mampu sampai ke kawasan vagina menuju ke organ genital lebih dalam. Lama-kelamaan ia akan semakin banyak berkumpul di kawasan tersebut sehingga menimbulkan jangkitan bakteria kepada anak.

  1. Meningkatkan risiko pembengkakan

Bedak bayi juga boleh memberikan kesan pembengkakan kerana berlaku tindak balas pada sistem badan. Sistem badan beranggapan taburan bedak sebagai benda asing yang mesti dibasmi atau dikeluarkan. Oleh itu badan melakukan tindak balas dengan mengeluarkan pembengkakan.

Bukan bermaksud ibu tidak boleh langsung memakaikan bayi bedak tetapi perlu tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

* Pilih bedak yang dibuat daripada cornstarch.

* Jangan tabur terus bedak ke anggota badan bayi. Sebaiknya tuang di tapak tangan anda, kemudian baru disapu secara rata ke badannya.

* Elakkan taburan bedak pada kawasan muka bayi.

* Jangan tabur bedak di sekitar kemaluan bayi.

* Jauhkan bedak daripada capaian si kecil. Ramai ibu gemar memberikan sebotol bedak sebagai mainan bayi terutama ketika sedang memakaikan lampin atau baju. Anak anda mungkin tidak sengaja membuka bedak tersebut dan disapu di seluruh badan dan mukanya. Ia mendedahkan anak anda kepada bahaya yang disebutkan di atas.

Sumber: Pa & Ma

P.S. 1 – ALLAH Sayangkan Aku. Baru Aku Tahu Kenapa Pakwe Beria Suruh Aku Pakai Baju Kurung Ke Bukit Tu !!!
P.S. 2 – Ramai Salah Faham Bila Bayi Anda Hisap Ibu Jari Kakinya, Inilah SEBAB Bayi Hisap Ibu Jari Kaki Yang Ramai TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Ramai TERPANA Melihat Gadis Cantik Ini…Namun, Anda Pasti TERKEJUT Lihat Dimana Dia Tinggal !!!
P.S. 4 – TERLOPONG Mamak Tu Bila Aku Cakap “Tolong Buang Botol Yang Kat Atas Tu Dan Perempuan Tu Sekali” !!!
P.S. 5 – 4 Tahun Suami Tak Bekerja. Namun Boleh Sara Keluarga Dan Rumah Mewah, Rupa-Rupanya Ini KERJA Suami !!!

Tags: , , , ,

Category: Fakta dan Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *