Waktu Bertunang Normal Jer Aku tengok, Lepas Hari Kedua Kahwin Dia Mengaku Yang Dia SEBENARNYA….!!!

| October 2, 2016 | 0 Comments

Waktu Bertunang Normal Jer Aku tengok, Lepas Hari Kedua Kahwin Dia Mengaku Yang Dia SEBENARNYA….!!! | Assalamualaikum. Sebelum aku mulakan tulisan ini, aku mohon dengan sangat para gadis di luar sana berhenti benci sesuatu secara melampau. Perkara yang kita akan diingatkan oleh cikgu, ustaz, ustazah dan tv sekalipun akan bercerita tentang keburukan rokok. Memang nak dijadikan cerita, aku memang tahap tak suka sangat-sangat dengan perokok.

u

Sampai aku pernah lihat arwah abah waktu tu, merokok di bulan puasa dan aku tanya mak kenapa abah merokok di bulan puasa. Mak tiada jawapan tentang tu.

Lagi pengalaman buruk aku dengan perokok. Adik aku pernah ditangkap polis sebab tak pergi sekolah gara-gara merokok. Punya menyusahkan waktu tu, mak telefon berkali-kali mengadu hal pasal adik. Begitu begini sampai aku menangis bila kenangkan mak ibu tunggal, dan terpaksa dipanggil pihak sekolah gara2 anak merokok. Kali kedua waktu adik di kolej, dapat surat amaran pasal merokok dan mak suruh aku tulis surat rayuan. Aku dah bengang waktu tu. Dah la orang lain buat salah, aku yang kena bertanggungjawab pulak.

Itu belum dikira, pernah naik bas dan orang laki yang duduk di sebelah waktu tu merokok dan hembus betul2 kat muka sampai pening2 lalat.

Oleh kerana ada pengalaman buruk dengan perokok, aku berdoa mudah2an berkahwin nanti aku tidak dijodohkan dengan perokok.

Sewaktu berkenalan dengan bakal suami(sekarang sudah jadi suami), aku memang tak jangkakan suami memang perokok. Waktu aku dan kakak2 berkunjung kat rumah dia memang tak nampak depan mata dia perokok.

Sampai waktu bertunang pun tak nampak yang dia tu perokok. Waktu beli barang hantaran dan keluar uruskan pasal dokumen nikah pun tak nampak si dia merokok.

Nak dijadikan cerita, waktu kali terakhir keluar sebagai tunangan tu, aku dah terhidu bau rokok. Masa tu dalam hati dah terdetik. “Ya Allah, betul ke dia ni perokok?” Sebab sampai seharian, tengok dia mampu bertahan dan tak ada bayang rokok pun kat poket seluar.

Tapi oleh kerana waktu tu sangka baik dan aku bukanlah keluar sangat macam pasangan lain, melainkan ada urusan sahaja, tak nak fikirkan yang bukan2. Tenang dan bernafas macam biasa.

Bila dah selamat akad nikah, pagi hari kedua kahwin dia berterus terang yang dia seorang perokok. Allah sahaja yang tau perasaan waktu tu. Malu, geram, ditipu dan semuanya. Masa tu macam nak kunyah2 suami semua ada.

Pagi sebelum balik rumah suami, dia ajak selfie. Aku waktu tu tak berapa hiraukan sangat sebab hati dah start bernanah. Aku waktu tu tengah habiskan nasi lemak, suami masa tu tangan kanan dah pegang rokok. Hembus asap pi balik sambil adik aku yang tangkap gambar kami berdua. Muka waktu tu dah rasa tebal sangat2, dah tak sanggup nak pandang keliling. Gambar selfie kami, dia hantar pada grup sepupu sepapat dia dalam keadaan asap rokok macam asap fogging.

Waktu bulan madu, dia mintak izin nak merokok dekat 2 jam dia keluar hotel. Terkontang-kanting waktu tu dalam bilik sorang2. Dalam hati dah rasa macam bermadu dengan rokok. Nak jerit semua ada.

Dekat 7 bulan kami kahwin ni, aku ada sarankan jugak dia check kesuburan. Macam biasa, laki memang ego tinggi. Saudara mara dah mula bunyi2 bila nak ada anak. Ada yang suruh aku makan jamu. Habaq la apa pun, semua dah telan. Tapi, urusan zuriat ni bukan usaha seorang diri. Sebab syak, punca rokok aku tak mampu hamil sampai sekarang. Sedangkan period aku teratur, tak ada senggugut.

Aku makan hati bila suruh dia berhenti tapi perkataan insyaallah tak berhenti di bibir. Kadang2 dia mengadu kepala dia sakit, pinggang sakit. Aku cakap kalau katakan abang sakit sebab rokok, aku tak nak jaga. Dan kami akan bermasam muka lepastu.

Dalam keadaan sekarang terpaksa PJJ, aku selalu berdoa supaya Allah bagi hidayah pada suami supaya berhenti rokok. Kadang2 menangis lepas solat, sebab hati dah terlampau geram sebab dia tak mahu berterus terang waktu kami belum kahwin yang dia perokok.

Kadang2 fikir jugak, silap aku sebab terlampau bercerita pada dia yang bencikan ahli keluarga yang merokok, dan semua perokok pada dia sebelum kahwin.

Nasihat aku kepada para gadis di luar sana, kalau boleh jangan terlampau bercerita yang kita benci pada sekian2 sikap. Boleh jadi, orang laki ni kadang2 dia terpaksa menipu dan tak berterus terang semata2 nak jaga hati kita kononnya.

Aku bagi peluang untuk dia sampai 3 tahun sahaja. Kalau dia tak mau berhenti rokok, dan kami tak ada zuriat rasanya dah tau kan apa akan jadi. Apa pun doakan yang terbaik untuk aku dan suami. Kredit:- IIUMC

P.S. 1 – ALLAH Sayangkan Aku. Baru Aku Tahu Kenapa Pakwe Beria Suruh Aku Pakai Baju Kurung Ke Bukit Tu !!!
P.S. 2 – Ramai Salah Faham Bila Bayi Anda Hisap Ibu Jari Kakinya, Inilah SEBAB Bayi Hisap Ibu Jari Kaki Yang Ramai TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Ramai TERPANA Melihat Gadis Cantik Ini…Namun, Anda Pasti TERKEJUT Lihat Dimana Dia Tinggal !!!
P.S. 4 – TERLOPONG Mamak Tu Bila Aku Cakap “Tolong Buang Botol Yang Kat Atas Tu Dan Perempuan Tu Sekali” !!!
P.S. 5 – 4 Tahun Suami Tak Bekerja. Namun Boleh Sara Keluarga Dan Rumah Mewah, Rupa-Rupanya Ini KERJA Suami !!!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *