Berlaku Pergaduhan Dalam Kelas. Ini Yang Aku Buat Sehingga Budak-Budak TERPANA !!!

| October 12, 2016 | 0 Comments

Berlaku Pergaduhan Dalam Kelas. Ini Yang Aku Buat Sehingga Budak-Budak TERPANA !!! | “Cikgu, saya nak bai’ah!” Aku baru masuk kelas. Tingkatan lima. Memang antara kelas hujung. Disiplin memang masalah. Waktu aku sampai, pelajar lelaki sedang bergasak dengan pelajar kelas sebelah.

geng

Mereka nampak aku datang, henti gasak dan masuk kelas masing-masing. Lepas semua murid duduk, aku letak buku atas meja guru, tarik kerusi guru menghadap mereka. Aku duduk atas meja, kaki aku silang atas kerusi.

Aku tanya, apa pasalnya yang bergasak tadi? Jawab mereka, budak kelas sebelah cari pasal. Waktu inilah seorang budak lelaki Melayu bangkit dan kata,

“Cikgu, saya nak ikut abang saya. Nak bai’ah. Kawan abang saya ‘abang long’ di sini,” katanya dengan sedikit bunyi angkuh.

Dalam hati aku, satu benda sahaja yang terdetik “Celaka betul puak-puak ni. Budak sekolah pun nak direkrutnya.”

Aku kena fikir, macam mana nak hadapi situasi ini. Dapat akal maka timbullah perbualan ini, “Kamu bai’ah nak buat apa?”

“Saya nak jadi otai.”

“Kenapa nak jadi otai.”

“Nanti orang ikut cakap saya. Apa-apa hal, ada orang back up. Orang tak berani.”

Dapat point itu, aku mulakan cerita.

“Kamu tahu, apa beza gangster sebenar dengan yang poyo?” Mereka geleng.

“Otai yang paling otai, tak perlukan ‘kaum’. Dia seorang diri sahaja pun orang dah hormat. Dia jalan ke mana pun di tahu bawa diri. Dia pandai sesuaikan diri, garangnya hanya pada yang kurang ajar. Pada yang sopan, dilayan baik sekali,” leterku panjang.

Aku ambil nafas dan sambung. “Kalau setakat nak harap kaum, sikit-sikit panggil ‘abang long’ siapa sebenarnya yang hebat? Sekali kalau kamu keluar kawasan, budak lain dah tunggu, kaum kamu tak ada, siapa nak ‘back up’? Waktu itu, siapa yang hebat?”

Dan aku ambil keputusan untuk cabar mereka (nasiblah, asalkan anak murid aku selamat).

“Kamu kenal cikgu siapa? Kalau kawan abang kamu setakat pangkat ‘abang long’ minta dia hadap dulu cikgu sebelum berani ambil bai’ah kamu. Cikgu cabar dia, jumpa cikgu dahulu depan-depan kalau betul anak jantan. Tahulah cikgu nak buat apa dengan dia.”

Teringat kisah kawan aku, jadi aku kongsikan.

“Kawan cikgu, memang gangster. Ada hari dia pukul orang. Nama dia gah. Sekarang dia umur macam cikgu, kerja jual di pasar malam. Bukan sebab tak pandai, tapi sebab dulu sibuk berentap sana-sini.”

“Makin lama makin ramai musuh. Hari ini hidup ketakutan. Cikgu tanya rumah dia kat mana pun dia takut-takut nak jawab. Takut orang tahu. Takut orang serang,” leterku lagi.

Daripada ramai-ramai yang dalam kelas itu, aku tak pasti berapa ramai yang ambil pelajaran daripada ceramah pendek gaya gangster jadian.

Apa yang penting, sedang aku mengajar tiba-tiba budak kelas sebelah datang mengusik lagi. Aku perhati aja apa reaksi mereka.

Tiba-tiba yang kata, “Biar je lah cikgu. Itu gangster poyo semua. Ada geng baru berani.”

Ini kisah enam tahun lalu. Sampai sekarang tiada ‘abang long’ datang nak deal ambil bai’ah anak murid aku.

Puas. Aku puas. Ali Imran, Wartawan Awam bekas guru GSTT. Kredit:-Thevocket

 

P.S. 1 – ALLAH Sayangkan Aku. Baru Aku Tahu Kenapa Pakwe Beria Suruh Aku Pakai Baju Kurung Ke Bukit Tu !!!
P.S. 2 – Ramai Salah Faham Bila Bayi Anda Hisap Ibu Jari Kakinya, Inilah SEBAB Bayi Hisap Ibu Jari Kaki Yang Ramai TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Ramai TERPANA Melihat Gadis Cantik Ini…Namun, Anda Pasti TERKEJUT Lihat Dimana Dia Tinggal !!!
P.S. 4 – TERLOPONG Mamak Tu Bila Aku Cakap “Tolong Buang Botol Yang Kat Atas Tu Dan Perempuan Tu Sekali” !!!
P.S. 5 – 4 Tahun Suami Tak Bekerja. Namun Boleh Sara Keluarga Dan Rumah Mewah, Rupa-Rupanya Ini KERJA Suami !!!

Tags: , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *