“Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!

| September 25, 2016 | 21 Comments

“Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!| KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

cin

“SAYA anak tunggal. Ayah dan ibu berpisah ketika saya berusia lima tahun dan sejak itu saya tidak pernah berjumpa ibu. Menurut nenek, ibu berlaku curang, menyebabkan hak penjagaan saya diserahkan kepada ayah.

Saya juga diberitahu, ibu berkahwin lain dan ada keluarga sendiri. Bagaimanapun, ayah tidak pernah berkahwin lagi. Berikutan ayah sibuk dengan perniagaannya, saya dipelihara nenek di kampung manakala ayah tinggal di Kuala Lumpur. Seingat saya sejak kecil, ayah sering bertukar pasangan tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Hubungan ayah dengan semua kekasihnya juga tidak lama, antara dua hingga tiga bulan saja.

Ayah pernah membawa pulang beberapa kekasihnya untuk diperkenalkan kepada saya dan nenek, tetapi saya tidak sempat rapat dengan mereka. Ini kerana ketika mula hendak rapat dengan mana-mana ‘auntie’ (kekasih), ayah bertukar pasangan dan memperkenalkan kekasih baru.

Ayah memang banyak kekasih tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Mungkin ayah kecewa dengan perkahwinan pertamanya, tetapi saya tidak tahu jawapan sebenar kerana setiap kali bertanya, ayah berdalih kononnya tiada jodoh.

Saya tidak tahu sama ada ayah berdendam dengan ibu hingga menjadikan saya sebagai mangsa atau ayah benar-benar cintakan saya. Ini kerana menurut nenek, rupa saya ‘sebiji’ (sama) dengan ibu. Perubahan layanan ayah terhadap saya berlaku ketika saya di tingkatan lima. Jika ketika kecil ayah hanya melawat saya seminggu sekali, tetapi ketika di tingkatan lima, ayah semakin kerap menjenguk saya.

Kadangkala empat lima hari seminggu berikutan rumah nenek hanya 50 kilometer dari Kuala Lumpur. Ayah juga kerap bertanya mengenai hubungan saya dengan lelaki. Dia Meminta saya berterus-terang dan berjanji bersikap terbuka. Yang menghairankan, semua teman lelaki saya ditolaknya kerana ada saja yang tidak kena baginya. Ini menyebabkan saya marah, tetapi ayah memang ‘pakar psikologi’. Dia pandai bermain dengan perasaan orang. Mungkin itu kelebihannya hingga ada ramai kekasih.

Dia memperbetulkan fokus saya daripada remaja yang ghairah ingin bercinta kepada pelajar yang tekun. Ketika itu saya yakin keputusan ayah kerana dia inginkan yang terbaik untuk saya kerana saya satu-satu anaknya. Bagaimanapun, saya mula berasa hairan apabila selepas tingkatan lima walaupun memperoleh keputusan cemerlang, ayah tidak mengizinkan saya melanjutkan pelajaran.

Lebih menghairankan, beberapa rombongan meminang saya juga ditolaknya, sebaliknya dia meminta saya membantunya dalam perniagaan. Bukan sebagai pekerja, sebaliknya saya hanya diminta menemaninya ke majlis tertentu.

Saya seolah-olah menjadi pembantu peribadi tidak rasmi ayah. Apabila dia menghadiri majlis atau meraikan rakan niaganya, dia membawa saya.

Ketika itu saya mula berasa layanan berbeza daripada ayah. Pada mulanya saya bosan kerana perlu menemani ayah ke sana sini, tetapi lama-kelaman saya gembira kerana ayah membelikan barangan mahal.

Hubungan kami juga banyak berubah kerana ayah kerap membelai dan memeluk saya. Percakapan ayah juga lain dan romantis. Dia juga kerap memberikan hadiah.

Malah, saya pernah menemui sajak dan puisi ayah yang ditulis di kertas dan surat khabar. Antaranya bertajuk cinta terlarang yang ditujukan kepada saya dalam bahasa puitis. Seperti saya katakan, ayah pandai bermain psikologi. Mungkin ini jerat ayah. Akhirnya saya menjadi lemah dengan pujukan dan kasih-sayangnya dan ayah yang sepatutnya menjadi pelindung bertukar menjadi kekasih saya.

Daripada hubungan ayah dan anak, kami semakin intim dan bercinta. Ayah melayan saya seperti kekasihnya dan mungkin kerana ketandusan kasih-sayang sejak kecil, saya terjerat dan merelakan hubungan ini.

Akhirnya kami terlanjur. Saya tidak ingat berapa kali kerana ia kerap berlaku. Kami hidup seperti suami isteri dengan saya sering bermalam dirumah ayah di Kuala Lumpur.

Kalau ayah ada urusan kerja di luar daerah, saya ikut dan tinggal bersamanya di hotel. Hasil hubungan kami yang tidak lagi terkawal menyebabkan saya hamil empat kali.

Bagaimanapun, saya sempat menggugurkan tiga kandungan awal kerana ketika itu ayah mengambil berat keadaan saya. Apabila haid saya tidak dating dua bulan, dia bawa saya berjumpa doktor untuk menggugurkan kandungan.

Beberapa rakan mengesyaki hubungan kami kerana melihat cara ayah memegang saya kadang-kala keterlaluan, tetapi saya memberi alasan saya anak tunggal.

Kuasa Tuhan menentukan ketika hamil kali keempat, ayah sibuk dengan perniagaan. Dia tiada banyak masa dengan saya. Alih-alih apabila sedar, kandungan berusia enam bulan.

Saya terpaksa mendapatkan bantuan beberapa rakan baik. Mereka mengesyaki hubungan saya dengan ayah dan saya cuba berdalih dengan lelaki lain, tetapi mereka tahu ia angkara ayah kerana saya tidak pernah ada teman lelaki.

Akhirnya saya mengaku dan berterus-terang, menyebabkan saya kini disembunyikan. Hampir sebulan saya tidak berjumpa ayah dan saya tidak mahu dia tahu di mana saya sekarang.

Saya kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan dan mendalami ilmu agama sebelum melahirkan anak tidak lama lagi. Saya sungguh menyesal dengan perbuatan saya.

Saya memohon keampunan daripada Allah, tetapi pada masa ini saya tidak sanggup bersemuka dengan ayah. Saya belum ada kekuatan kerana perasaan cinta terhadapnya masih kuat.

Saya tahu perasaan ini salah di sisi agama, sebab itu saya menjauhinya bagi menghimpun kekuatan untuk menghadapi masa depan tanpa ada hubungan terkutuk dengan ayah.Jika ayah membaca artikel ini, saya berharap ayah faham dan saya ingin menjadi anak, bukan kekasih ayah. Kredit:- Tawaurians

P.S. 1 – Isteri Hairan Suami Tidak Mahu Bergambar Bersama… Rupa-Rupanya Segalanya Terbongkar Apabila Isteri Terlihat…
P.S. 2 – Doktor Ini DEDAHKAN RAHSIA Untuk Cepat Hamil Yang Ramai Pasangan Terlepas Pandang !!!
P.S. 3 – Ramai TERPANA Melihat Gadis Cantik Ini…Namun, Anda Pasti TERKEJUT Lihat Dimana Dia Tinggal !!!
P.S. 4 – TERLOPONG Mamak Tu Bila Aku Cakap “Tolong Buang Botol Yang Kat Atas Tu Dan Perempuan Tu Sekali” !!!
P.S. 5 – 4 Tahun Suami Tak Bekerja. Namun Boleh Sara Keluarga Dan Rumah Mewah, Rupa-Rupanya Ini KERJA Suami !!!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Semasa

About the Author ()

Comments (21)

Trackback URL | Comments RSS Feed

Sites That Link to this Post

  1. Bulan Pertama Kahwin Semua Okey, Kami Bergurau Senda. Masuk Bulan Ke2 Suami Buat Luahan Yang MENGEJUTKAN !!! - MALAYSIA KU BARU : MALAYSIA KU BARU | February 15, 2017
  2. “Kalau Tak Pernah Beranak Baik DIAM” Wanita Ini Kongsi Kisah Ingin TIKAM Anak Yang Buat Ramai TERKEDU !!! - MALAYSIA KU BARU : MALAYSIA KU BARU | February 15, 2017
  3. 3 Hari Sebelum Bertunang Muka BERNANAH Teruk Sebab Di SANTAU Oleh Orang Yang Sangat Aku SAYANG !!! - MALAYSIA KU BARU : MALAYSIA KU BARU | February 15, 2017
  4. Bapa Ini Ambil Gambar Bersama Anaknya Berturutan Selama 26 Tahun. Gambar Terakhir Pasti Menyentuh Hati !!! - EKSIDENZ : EKSIDENZ | February 18, 2017
  5. Kekejaman Pengasuh Taska TERBONGKAR Selepas Beberapa Keping Gambar TERSEBAR !!! - EKSIDENZ : EKSIDENZ | February 19, 2017
  6. Dulu mewah. Lepas Suami Bergaji RM15,000 Meninggal Dunia, kini keluarga Ini Ikat Perut - AMANZINGNARA : AMANZINGNARA | February 23, 2017
  7. Gadis Tingkatan 1 BOCOR Kepala Dibelasah Beramai-Ramai !!! - AMANZINGNARA : AMANZINGNARA | February 23, 2017
  8. [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!! - AMANZINGNARA : AMANZINGNARA | February 24, 2017
  9. Doktor Ini DEDAHKAN RAHSIA Untuk Anggar Waktu SUBUR Yang Ramai Pasangan Terlepas Pandang !!! - AMANZINGNARA : AMANZINGNARA | February 24, 2017
  10. [Video] Pelajar Ditampar, Diketuk Kepala, Ditendang Oleh Guru Sebab Tak Pandai Selenggara Aircond !!! - EKSIDENZ : EKSIDENZ | February 26, 2017
  11. Ujian Berapa Banyak Air Kencing Dalam Kolam Renang. Hasilnya Bakal Buat Ramai TAK NAK Mandi Kolam !!! - EKSIDENZ : EKSIDENZ | March 5, 2017
  12. HAIRAN Ayah Kekasih Selalu Beri Senyuman Gatal, Segala TERBONGKAR Bila Aku Jumpa 3 Botol Bawah Katilnya !!! - AMANZINGNARA : AMANZINGNARA | March 6, 2017
  13. Ibu PELIK Badan Anak Lebam². Setelah Digertak Lapor Polis Segala Perbuatan Pengasuh TERBONGKAR !!! - AMANZINGNARA : AMANZINGNARA | March 7, 2017
  14. Cuba "Lepaskan Diri" Selepas PANIK Langgar Kereta Di Tol. Tindakan Remaja Ini Buat Netizen BENGANG !!! - AMANZINGNARA : AMANZINGNARA | March 15, 2017
  15. "Perumpamaan Solat Rapat² Tu Adalah Solat Macam A****g" Ini Teguran Ahli Fiqh Buat Artis Yang Baru Berhijrah !!! - MALAYSIA KU BARU : MALAYSIA KU BARU | March 15, 2017
  16. Dilantik Menjadi Jurufoto Kereta Bernilai 200k. Tetapi Dia Hanya Gunakan Kereta Mainan Sebagai model. Hasilnya Sangat MENGEJUTKAN !!! - OH MY VIRAL : OH MY VIRAL | April 2, 2017
  17. Ingat Lagi Kes Ibu Kelar Anak ? Ini Perkembangan Terbaru Kes Ini !!! - MALAYSIA KU BARU : MALAYSIA KU BARU | April 8, 2017
  18. Kes 5 Sekeluarga Disembelih. Rupa²nya Seorang Kanak² 4 Tahun Terselamat. Akhirnya Dia DEDAHKAN Dalangnya !!! - AMANZINGNARA : AMANZINGNARA | April 10, 2017
  19. Jaga Mak Di Hospital.Adik Tiba2 Minta Sesuatu Yang PELIK . Aku Risau Tapi Rupa2nya Ada Ke Patut Dia !!! - OHBUIAN : OHBUIAN | April 16, 2017
  20. Aku Dapat Adik Ipar .Hampir 2 Minggu Tinggal Satu Rumah .Rupa2nya Tindakan Dia Buat Ramai TERKEJUT !!! - MY BERITA TULAR : MY BERITA TULAR | April 18, 2017
  21. Isteri Adik Ipar Balik Muntah² Sampai Masuk Hospital. Puas Berubat, Bila Dah Elok Sikit Dia Cerita Yang Ex Suaminya.... - OH MY VIRAL : OH MY VIRAL | April 18, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *