Tinggal Berjauhan, Isteri Pelik Suami Tak Reply Mesej… Tiba-Tiba Aku Dapat Khabar yang Suami…

| August 20, 2016 | 0 Comments

Tinggal Berjauhan, Isteri Pelik Suami Tak Reply Mesej… Tiba-Tiba Aku Dapat Khabar yang Suami… | Assalamualaikum… saya dan suami baru berkahwin 5 bulan. Saya memang kenal suami sebelum kahwin sebab die kawan since sekolah rendah tapi tak sekelas la. Kami jumpa balik pun dekat group whatsapp. Masa tu dia ada tunjukkan usaha, macam sayang saya. Sebab dah banyak kali dikecewakan. Saya solat istikharah dan saya rasa mugkin dia jodoh saya. Saya rasa better cari yang lebih sayangkan kita dari kita sayangkan dia lebih.

gd

So after few month dia lamar saya tetapi family tak berkenan sangat, disebabkan level belajar tak sama dan dia juga duda. Tapi dia bersungguh pujuk dan cakap nak buktikan kat family kami boleh bahagia. Finally, family setuju kami berkahwin. Lepas kahwin kami hidup pjj atas sebab kerja dan after 2 month, dia terkantoi ada scandal dan bila saya brainwash dia. dia menangis-nangis cakap tu sekadar kawan tapi saya memang tak percaya. tapi dia mengaku dia bagitau perempuan tu tak tau dia dah kahwin. Saya suruh dia berterus terang dengan perempuan tu. Hari-hari berlalu, lately dia banyak tak hubungi saya mesej pun seen tak reply. Suruh call pun tak call. bila saya call, dia cakap ada kerja.

Nak dipendekkan cerita, saya dapat tahu dari perempuan scandal lama dia tu mereka dah berzina. ya Allah.. tuhan je tahu perasaan saya time tu. Dulu masa nak kahwin macam-macam janji, mungkin sebab kami pjj. Tapi takkan sampai sejauh tu. Perempuan tu mengaku dan minta maaf sebab dia taktahu husband saya ni sebenarnya dah kahwin. Bila saya tanya husband dia kata perempuan tu yang buat cerita dan masih nak menafikan. Tapi bila saya tunjuk screenshot bukti, akhirnya dia mengaku dan minta maaf dan minta saya rahsiakan dari family kami.

Perempuan tu memang sayangkan dia tapi sebab frust bila dapat tahu yang husband saya ni sebenarnya suami orang dan dia ambil keputusan kahwin dengan seorang lelaki lain(scandal dia jugak). Tapi baru-baru ni dia dapat tahu dia pregnant. Dia sendiri tak tahu baby dalam perut tu husband saya punya atau laki sekarang dia tu. Sebab dia pernah bersama dengan 2 orang lelaki sebelum dia kahwin tu. Saya nak maafkan husband saya dan nak bagi dia peluang, tapi sakit sangat hati ni asyik terbayang dia bersama perempuan tu. ada yang halal dicari juga yang haram dan macam mana kalau kandungan perempuan tu sebenarnya anak suami saya ??? apa patut saya buat, takat ni saya pendam je cerita ni tak bagitau family. Saya memang nak selamatkan rumah tangga kami, tapi tawar hati gak. Husband pun tak ada cari saya nak pujuk ke ape, tunjuk dia dah insaf. Saya hanya mampu berdoa dan solat minta petunjuk dari Allah. Kredit:-KRT

P.S. 1 – Isteri Hairan Suami Tidak Mahu Bergambar Bersama… Rupa-Rupanya Segalanya Terbongkar Apabila Isteri Terlihat…
P.S. 2 – Doktor Ini DEDAHKAN RAHSIA Untuk Cepat Hamil Yang Ramai Pasangan Terlepas Pandang !!!
P.S. 3 – Ramai TERPANA Melihat Gadis Cantik Ini…Namun, Anda Pasti TERKEJUT Lihat Dimana Dia Tinggal !!!
P.S. 4 – Nyaris Memindahkan Kesemua Wang Ke Dalam Akaun Lain. JANGAN Terpedaya Dengan Taktik Scam Perbankan !!!
P.S. 5 – Urat Hijau Timbul Boleh Sebabkan KEMATIAN ??? Ketahui Punca Sebenar Yang Boleh menyebabkan Kematian.

Tags: , , , ,

Category: Kisah Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *