Sanggup Drive Dari JB Ke Langkawi Untuk Jumpa Isteri. Baru Aku Tahu Kenapa Aku Tak Boleh Hidup Tanpa Isteri !!!

| August 8, 2016 | 0 Comments

Sanggup Drive Dari JB Ke Langkawi Untuk Jumpa Isteri. Baru Aku Tahu Kenapa Aku Tak Boleh Hidup Tanpa Isteri !!! | Assalamualaikum admin siarkan post saya ni. salam warga KRT. Saya just nak ceritakan detik-detik saya pujuk isteri saya pagi semalam. Kelmarin dari Singapore terus ke JB. Tak sempat nak singgah rumah dan nak makan.

kek

Dalam hati hanya fikirkan anak bini je, terus drive kereta pergi kedah. Lewat jugak sampai di kedah. Akhirnya sampai jugak di terminal feri nak ke langkawi. Saya beli tiket terus naik feri dalam hati berdebar-debar adakah isteri dapat terima saya.

Alhamdulilah sampai juga destinasi saya (tempat isteri sembunyi) saya masuk hotel tu dan tanya ada tak nama isteri saya didaftarkan dihotel ini. Alhamdulilah ada..dia bagi no bilik, saya tarus pergi kat bilik…banyak kali saya ketuk dan bagi salam. Rupanya isteri tak ada dalam tu. Saya pening dan rasa nak menangis takkan isteri dah dapat tahu pasal kedatangan saya ni. Rupanya saya silap, isteri tak tahu pape pun. Saya cari dia kat tepi pantai. Saya cari dan terus cari. Allah tu maha berkuasa saya terdengar anak saya jerit-jerit mandi dipantai dengan isteri saya. Anak nampak saya terus dia panggil (papa) dengan kuat, dia panggil nama papa terus dia berlari ke arah saya. Isteri tergamam tengok saya ada kat situ. Saya terus peluk anak dan saya menangis kat situ. Anak tanya saya kenapa lama sangat papa tinggal kita orang. yalah nak je saya bagitahu yang papa tak pernah tiggalkan kau orang. Tapi saya diam je tak  jawab pun soalan anak saya.

Isteri pula macam nak jauhkan diri dari saya. Tapi saya tetap peluk isteri ditempat awam macam tu, rindu beb. Isteri diam. Walaupun ramai mata yang pandang kami kat situ, satu je soalan isteri tanya saya “kenapa abang kurus sangat ni” saya jawab la kat rumah tak ada orang nak masak untuk abang, dan saya ajak isteri saya balik kat bilik hotel. Isteri diam dan terus diam, tak nak cakap pun dengan saya. Saya faham keadaan isteri saya.

Lepas solat maghrib anak saya tertidur maybe penat kot mandi air pantai petang tadi, jadi yangg tinggal saya dan isteri. Saya mintak maaf dengan isteri menangis-nangis saya minta maaf, saya sujud kaki isteri saya. Isteri angkat saya dan baru dia peluk saya sambil tenangkan diri saya ni, isteri pun minta maaf dengan saya sebab keluar tanpa izin suami dan saya maafkan.

Saya ajak isteri saya balik semula di JB isteri macam keberatan je..mungkin hati dia masih terluka dengan ayat saya hari tu..saya tak tahu nak buat macam mana lagi untuk pujuk isteri balik ke JB. Saya pegang tangan isteri saya cium pipinya, dan akhirnye kami (@#%*^^) maaf pasal cerita saya ni ye, saya just nak cerita dari awal dan akhir.

Pagi tu saya tengok isteri tengah packing baju-bajunya. Saya tanya “Sayang nak pergi mana.? takkan nak tinggalkan abang lagi?” isteri pun jawab “la.. tak nak balik JB ke..?” saya terus tersenyum. Apa lagi saya pun bersiap-siap untuk balik. Lepas breakfast kami naik feri dan bila sampai di kedah kami terus bertolak balik JB. Sampai JB pada pukul 5 petang tadi.

Sampai di rumh saya terus keluarkan hadiah barang kemas 1 set untuk isteri saya, isteri senyum je dan cakap terima kasih abang. Masa nak makan malam tadi saya tengok isteri dah pakai hadiah yang saya belikan. “Ya Allah cantiknye”. Saya menangis lagi sekali. isteri tanya saya “kenapa abang menangis ni?” saya jawab la. “sayang maafkan abang sebab tak dapat nak sambut brithday sayang pada tahun ni”. yela kalau abang tak hina sayang mesti sayang tak lari dari abang. mesti kita dapat sambut brithday sama-sama kan ?” isteri cakap “tak apa lah abang, yang lepas tu biar la lepas jangan ingat lagi.

lepas saya makan, saya solat bersama isteri. lepas saya solat isyak saya buat solat taubat minta keampunan dengan Allah. Saya janji pada diri saya,saya janji pada Allah saya takkan samakan isteri dengan binatang lagi. Saya takkan hina isteri saya lagi….”Ampunkan aku ya Allah…..hari ini saya baru sedar yang saya memang tak dapat hidup tanpa isteri saya…tak ada siapa pun yang boleh pisahkan kami suami isteri melainkan maut…amin ya Allah…”

Kredit:- KRT

P.S. 1 – Isteri Hairan Suami Tidak Mahu Bergambar Bersama… Rupa-Rupanya Segalanya Terbongkar Apabila Isteri Terlihat…
P.S. 2 – Doktor Ini DEDAHKAN RAHSIA Untuk Cepat Hamil Yang Ramai Pasangan Terlepas Pandang !!!
P.S. 3 – Ramai TERPANA Melihat Gadis Cantik Ini…Namun, Anda Pasti TERKEJUT Lihat Dimana Dia Tinggal !!!
P.S. 4 – Nyaris Memindahkan Kesemua Wang Ke Dalam Akaun Lain. JANGAN Terpedaya Dengan Taktik Scam Perbankan !!!
P.S. 5 – Urat Hijau Timbul Boleh Sebabkan KEMATIAN ??? Ketahui Punca Sebenar Yang Boleh menyebabkan Kematian.

Tags: , , , , ,

Category: Kisah Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *