Masih Terngiang-Ngiang Pesanan Arwah Suami. Itu Yang Membuatkan Aku Tinggalkan Bakal Suami Baru !!!

| August 14, 2016 | 0 Comments

Masih Terngiang-Ngiang Pesanan Arwah Suami. Itu Yang Membuatkan Aku Tinggalkan Bakal Suami Baru !!! | Assalamualaikum warga krt. Saya pernah berkahwin, suami saya telah meninggal akibat barah otak 2 tahun lepas. Sepanjang perkahwinan kami tidak dikurniakan cahaya mata. sekarang saya berumur 24 tahun dan saya telah menjalinkan hubungan cinta dengan si A yang merupakan suami orang.

kece

Saya tak tahu pun A ni suami orang sampai la satu hari, baru dia terus terang dengan saya yang dia sudah berkahwin dan isterinya tinggal berjauhan sebab isteri dia bekerja sebagai staff nurse di KL, manakala kami tinggal di Perlis.

kami berkenalan selama 3 bulan sampai lah satu malam dia telah melamar saya. 2 minggu lagi kami sebelum majlis perkahwinan, dia buat pengakuan pada saya yang sebenarnya dia sudah berkahwin. katanya sebab tak nak tipu saya sebelum kita orang kahwin. patutla dia beriya sangat nak buat majlis kahwin kecil-kecilan je, saya pun setuju je sebab dengan status saya sekarang ni pun, saya tak kisah sangat, asalkan dia jaga dan sayang saya sebaiknya.

hancur hati saya. mengenangkan saya ditipu hidup-hidup selama ni. kalau awal-awal saya tahu dia suami orang, milik insan tak lah saya izinkan hati saya rapat dan mencintai dia.

sekarang saya sedang menjauhkan diri dari dia. kol dan sms dia semua saya tak respon. Tapi dia macam org gila cari saya dan merayu maaf kan dia dan still nak saya kahwin dengan dia.

tapi saya tak mampu. saya rela hidup sendiri dari saya ambil suami orang. biarlah hancur hati saya. asal saya tak merosakkan kebahagiaan kaum hawa.

Saya pun bersyukur keranaa saya dapat tahu sebelum kami berkahwin. dari situ saya dapat menilai siapa si A. dia bukan lelaki yang jujur. untuk apa saya nak mempersuamikan lelaki macam tu lagi.

Buat wanita di luar sana, walaupun awak rasa cuma nak menumpang kasih, bukan suami orang tempatnya. kalau awak isteri pertama suami awak, baru awak rasa betapa peritnya di madukan.

Arwah suami selalu pesan pada saya semasa sebulan terakhir dia terlantar sakit kritikal sebab kanser otak, kalau apa-apa jadi kat dia, ‘cari seorang lelaki yang sayang sayang macam mana abang sayangkan sayang, yang jujur, setia dan menjaga hubungan dengan tuhan..’ masih terngiang-ngiang pesanan arwah suami sampai hari ini.

Dari situ, terbukti si A bukan lelaki yang setia, bukan lelaki yang jujur dan saya nekad takkan terima dia. dah hampir 3 bulan saya tak respon kol dia. setiap minggu tu jugalah dia datang cari saya kat tempat kerja. dan setiap kali tu saya beritahu dia saya dah tak sayang dia. biarlah dalam hati saya masih sayangkan dia.

Tapi saya bukan perampas. In shaa Allah saya dalam proses pertukaran ke negeri lain. semoga tuhan permudahkan jalan saya, dan hadirkan seorang lelaki yang lebih baik sebaik arwah suami saya dulu. Mungkin ini dugaan tuhan untuk saya untuk saya dapat kebahgiaan yang lebih besar satu hari nanti. Kredit:- KRT

P.S. 1 – Isteri Hairan Suami Tidak Mahu Bergambar Bersama… Rupa-Rupanya Segalanya Terbongkar Apabila Isteri Terlihat…
P.S. 2 – Doktor Ini DEDAHKAN RAHSIA Untuk Cepat Hamil Yang Ramai Pasangan Terlepas Pandang !!!
P.S. 3 – Ramai TERPANA Melihat Gadis Cantik Ini…Namun, Anda Pasti TERKEJUT Lihat Dimana Dia Tinggal !!!
P.S. 4 – Nyaris Memindahkan Kesemua Wang Ke Dalam Akaun Lain. JANGAN Terpedaya Dengan Taktik Scam Perbankan !!!
P.S. 5 – Urat Hijau Timbul Boleh Sebabkan KEMATIAN ??? Ketahui Punca Sebenar Yang Boleh menyebabkan Kematian.

Tags: , , , ,

Category: Kisah Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *