Kak Ipar Punyalah Baik, Cantik Tapi Abang Aku CERAIKAN, Apa Yang Berlaku Lepas Tu Buat Aku TERKEDU !!!

| July 30, 2016 | 0 Comments

Kak Ipar Punyalah Baik, Cantik Tapi Abang Aku CERAIKAN, Apa Yang Berlaku Lepas Tu Buat Aku TERKEDU !!!  | “Hello korang, confession ni sekadar nak meluahkan rasa hati aku tentang abang dan akak ipar aku. Admin kalau sudi tolong approve lah ye. Hari tu aku ada buat confession dekat sini, mengenai abang dan akak ipar aku jugak, tapi confession kali ni aku terpaksa rahsiakan nama. Yang tahu tu, tahu lah ye.

Okey, di mudahkan cerita, abang aku dan akak ipar aku baru aje bercerai. Bagi aku, akak ipar aku punya lah baik, cantik pulak tu, cumenye dia ni cemerkap sikit dan tak berapa pandai sikit bab agama. Tapi tu tugas abang aku lah kan untuk perbaiki dia.

Hurmm, abang aku pulak, jenis lelaki ego, nama je pandai agama, tapi boleh pulak ade simpan hati dekat perempuan lain. Yang tak boleh blah nye, beriye konon macam cinta islamik gituwww. Bencinyeee lahai.

Tapi sebulan dua ni, abang aku dah berubah sikit, jadi elok sikit perangainye, bile abang aku nak perbaiki hubungan diorang, akak ipar aku pulak macam dah tawar hati. Tahu² je dah cerai. Tak pasti pulak cerai macam mana, tapi pokoknye cerailah.

Saat aku tahu yang diorang dah cerai tu, sedih wei, serius sedih, rumah jadi senyap sunyi. Akak ipar aku tu dah lah anak tunggal, yatim piatu pulak tu. Kira hidup sebatang kara lah.

Sejak tu mak aku hari² ulang alik pergi rumah arwah parents akak ipar aku, sebab akak ipar aku duduk situ lepas cerai dengan abang aku. Konon nye mak nak pujuk akak ipar aku, tapi walaupun dah cerai, tapi akak ipar masih lagi layan mak dengan baik, penuh santun, manja tetap macam dulu.

Mak cakap mak tak tahu menahu, tiba² dah cerai. Mak kecik hati sebab benda besar macam ni tak ada siapa yang cakap dekat mak.

Minggu depan aku akan bernikah, so agak sibuk lah persiapan semua. Tapi mak aku, macam tak ambil tahu pon pasal kenduri aku ni, mak banyak bagi perhatiaan dekat akak ipar aku, persiapan semua pon banyaknye aku dan kakak² aku yang uruskan. Kecik hati jugak sebab mak selalu pergi rumah arwah parents akak ipar aku.

Dua tiga hari lepas, mak bawak balik akak ipar aku, aku pon pikir bagus jugak akak ipar duduk sini sekejap, sementara aku nak kenduri ni, boleh tolong2, mak pon tak payah ulang alik dah. Senang. Tapi, abang aku tu pulak masalah. Sejak² dia perasan akak ipar aku ade kat sini, dia pon sibuk je menempek dekat rumah. Buat² tolong angkat barang lah, kejap² pergi dapur lah, lepak dekat ruang tamu lah. Dalam 3 hari ni memang awal lah dia balik kerja, tengah hari pon makan dekat rumah. Malam² tak keluar rumah pon, duduk lah tengok berita depan tv tu ha.

Aku bukan marah pon abang aku nak lepak kat rumah, tapi aku rase menyampah, sebab bila dia ada dekat rumah, mestilah akak ipar aku tak selesa kan? Kompom tak selesa. Wei, baru sangat² cerai wei, takkan lah tak rasa apa kan?

Macam mana nak selesa wei, dia tengah makan, abang aku duduk depan akak ipar aku, padahal sebelum ni abang aku duduk tempat lain time makan, tengah basuh pinggan, tiba² abang aku sua tangan dari belakang, wei, rumah aku ni singki sampai tiga biji, pegi lah basuh tangan dekat singki sebelah, takkan nak pulas paip pon malas?

Yang aku geramnye, habis semua barang dekat dapur ni abang aku simpan dalam kebinet. Barang² asas semua dia masuk dalam kebinet, gula, garam, milo, kopi, minyak, semualah. Pelik betoi aku, dulu punya lah susah nk masuk dapur, tapi sejak² akak ipar aku ni ade, rajin dye masuk dapur, kemas dapur smpai clear, satu barang pon kami tak jumpa. Lepastu sekarang ni rajin pulak ajak solat jemaah sekali. Puih laaaa. Dulu takde pulak nak baik².

Mak cakap, abang aku tu nk ambil hati akak ipar aku, tapi tak kena gaya. Mak cakap abang aku tu dah tak “bela” perempuan lain. Tak tahu lah betol ke tak, tapi wei, jujur dari dalam hati aku, kalau aku jadi akak ipar aku, aku takkan balik dah rumah ni, takkan jejak dah kaki dalam rumah ni, takkan terima dah abang aku tu. Kalau nk jumpa mak pon, akan jumpa tempat lain.

Cakap lah wei, perempuan mana sanggup terima kalau tahu suami dia pernah “bela” perempuan lain dekat luar? Setahun abang aku abaikan hak akak ipar aku sebagai seorang isteri wei. Setahun jugak lah akak ipar aku pendam sorang2, sikit pon dia tak pernah burukkan abang aku dekat kami sekeluarga. Bagi aku, kite ajar sikit lelaki² macam abang aku ni.

Walaupon aku sayang abang aku, tapi aku tak sanggup lah tengok akak ipar aku kena macam tu, deraan emosi dan mental tahu tak, deraan dalaman. Abang aku tu, walaupon dia dah berubah sekarang, tapi aku masih lagi tak yakin dengan dia. Selagi tak keluar pengakuan dari mulut dia, hilang wei respek aku kat dia. Lelaki tolong lah jangan ingat perempuan ni lemah sangat, kami ni kalau dah move on, hang mampuih pon kami tak heran dah.” Kredit:- IIUMC

P.S. 1 – Isteri Hairan Suami Tidak Mahu Bergambar Bersama… Rupa-Rupanya Segalanya Terbongkar Apabila Isteri Terlihat…
P.S. 2 – Doktor Ini DEDAHKAN RAHSIA Untuk Cepat Hamil Yang Ramai Pasangan Terlepas Pandang !!!
P.S. 3 – Ramai TERPANA Melihat Gadis Cantik Ini…Namun, Anda Pasti TERKEJUT Lihat Dimana Dia Tinggal !!!
P.S. 4 – Nyaris Memindahkan Kesemua Wang Ke Dalam Akaun Lain. JANGAN Terpedaya Dengan Taktik Scam Perbankan !!!
P.S. 5 – Urat Hijau Timbul Boleh Sebabkan KEMATIAN ??? Ketahui Punca Sebenar Yang Boleh menyebabkan Kematian.

Tags: , , , ,

Category: Kisah Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *