Inilah Sebab Kenapa Anda Patut Kemaskan Mainan Anak Anda Yang Ramai Ibu Bapa TAK TAHU !!!

| July 18, 2016 | 0 Comments

Inilah Sebab Kenapa Anda Patut Kemaskan Mainan Anak Anda Yang Ramai Ibu Bapa TAK TAHU !!! | Kenapa Anak Kecil suka sepahkan barang mainan ??? Lazimnya, anak kecil lebih suka lambakkan permainan-permainan mereka. Lagi nampak berserepah, lagi mereka gembira.

Picture 039

Kenapa ya? Mak ayah tak pandai ajar anak berkemas ke? Jom kita tengok sikit dalam perbincangan perkembangan awal kanak-kanak.

13659084_1737675169778789_2106756873920796344_n

13707664_1737675243112115_1747169853123625482_n

13726730_1737675209778785_803076694655860180_n

Sebenarnya sejak usia bayi lagi, anak kecil akan fikir bahawa jika benda itu ada depan mata, maka ia wujud. Jika tidak, ia tidak wujud. Sebab itu bila kita sorok atau ambil mainan mereka, mereka akan cepat react sama ada melalui tangisan atau sebagainya.

Sama juga dengan keberadaan kita. Bila kita ada depan mata, mereka ok. Tapi bila kita ‘hilang’ sekejap macam ke dapur atau ke tandas, maka gegak gempitalah suasana rumah kita dengan tangisan mereka.

Siapa yang jaga baby, mereka akan tahu betapa peritnya kehilangan nikmat boleh masuk tandas sorang-sorang.. 😉

Mereka bukan buat-buat atau mengada-ngada. Ia adalah reaksi yang original. Pada fikiran mereka, kita memang telah tiada!

Fenomena ini dipanggil Object Permanence. Ia akan berterusan sehingga menginjak ke fasa pertama tahap Praoperasi Kognitif (sekitar 2 ke 3 tahun).

Buatlah macammana pun, cakaplah macammana pun, mereka tetap anggap kita tiada bila kita tidak dapat dilihat.

Ha, berbalik kepada rumah bersepah tadi. Bagi anak-anak ini, permainan mereka ‘ada’ bila ia DAPAT DILIHAT. Lagi banyak dapat dilihat, maka lagi banyaklah permainan yang mereka ada (kata fikiran mereka).

Jadi ibu-ibu dan ayah-ayah, fahamilah corak pemikiran mereka. Jangan kita jadikan alasan nak ajar anak pandai kemas untuk menangkan keputusan kita. Ya, ia memang perlu diajar. Tapi kena tepat masanya.

Jangan awal sangat, berikan ruang kepada mereka untuk menikmati usia kanak-kanak mereka dengan kepuasan mereka.

Solusinya?

Terpulang.. Kalau saya, saya sediakan satu bilik khas untuk anak saya. Terpulanglah, dia nak serepah ke, nak kemas ke, nak campak ke, saya nak tengok mereka menikmati zaman toddler mereka. Sampai masa nanti saya akan ajar. Kredit:- Nur Firdaus

P.S. 1 – Isteri Hairan Suami Tidak Mahu Bergambar Bersama… Rupa-Rupanya Segalanya Terbongkar Apabila Isteri Terlihat…
P.S. 2 – Doktor Ini DEDAHKAN RAHSIA Untuk Cepat Hamil Yang Ramai Pasangan Terlepas Pandang !!!
P.S. 3 – Ramai TERPANA Melihat Gadis Cantik Ini…Namun, Anda Pasti TERKEJUT Lihat Dimana Dia Tinggal !!!
P.S. 4 – Nyaris Memindahkan Kesemua Wang Ke Dalam Akaun Lain. JANGAN Terpedaya Dengan Taktik Scam Perbankan !!!
P.S. 5 – Urat Hijau Timbul Boleh Sebabkan KEMATIAN ??? Ketahui Punca Sebenar Yang Boleh menyebabkan Kematian.

Tags: , , , ,

Category: Fakta dan Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *