Ini Sebab Kenapa Anda Perlu LARANG Si Kecil Hisap Puting Kosong Selepas 1 Tahun !!!

| July 24, 2016 | 0 Comments

Ini Sebab Kenapa Anda Perlu LARANG Si Kecil Hisap Puting Kosong Selepas 1 Tahun !!! | Puting susu adalah satu perkara wajib bagi kanak-kanak yang sedang membesar, namun pernahkah kita mengetahui kebaikan, dan keburukannya? Disini kami kongsikan beberapa kebaikan dan keburukan menghisap puting.

puting

“Doc & anda pernah menghisap puting kosong masa kita baby dulu. Kali ni bayi kita pula menghisap puting kosong. Ianya digunakan untk menenangkan bayi & kanak2 yg suka menangis atau permudahkan mereka tidur.

A. Apakah itu puting kosong?

Ialah Alat penenang diperbuat dr silikon, latex/getah. Ia ada pengadang mulut & pemegang yg diperbuat dr plastik atau silikon. Puting lateks lebih lembut & fleksibel dr silikon, tapi tak tahan lama & boleh disterilkan. Doc nak bagi tau yg pengadang mulut puting tu untk mencegah bayi dr tercekik atau terelan puting itu…hihihi. Puting ortodontik dibentuk untk bayi menghisap sama cara spt menyusu badan ibu.Dua per tiga ibu guna puting kosong semasa bayi mereka berusia 2 atau 3 bulan.

B. Faedah puting kosong.

1. Boleh menenangkan bayi atau bantu bayi mudah tidur.

2. Kurangkan sakit bila baby menangis sbb kembung perut.

3. Bantu bayi pramatang mempermudah kuasa hisapan sebelum minum susu. Mereka mudah beralih dgn lebih senang dr makan melalui tiub kpd penyusuan botol lebig efektif.

C. Keburukan penggunaan puting kosong.

1. Infeksi telinga tengah meningkat.

krn menghisap puting kosong menambah infeksi berpindah dari mulut ke tiub Eustachi ke telinga tengah bayi.

2. Kaitan dengan infeksi puting kosong ke perut spt muntah2, demam, cirit-birit & sakit perut.

Klu le anak anda guna puting kosong secara jangka panjang, doc pasti masalah gigi akan terbentuk…..hihihi dia akan bergigi jongang le!! Bila dah tumbuh gigi kekal, gigi kanak2 tu lagi jongang klu masih hisap puting kosong.

3. Lagi satu doc nak bagi tau penggunaan puting kosong tak membolehkan bayi membebel atau bertatih berceloteh. Maka kelak ia kurang kemahiran bahasa.

4. Klu anda biar bayi tu gonggong puting kosong secara harian akanmengganggu penyusuan badan. Maka lebih cenderung mencerai ibu2 yg menyusu badan. Ramai ibu rasa dirinya kekurangan susu krn bayi menghisap puting kosong lebih dr puting tetek. Maka kurang meransangkan payudara untk keluarkan prolaktin, yg menyebabkan penurunan bekalan susu ibu.

Doc nasihatkan ibu2 supaya menyusu badan secara eksklusif untuk ENAM bulan pertama sebab faedah penyusuan badan amat baik untuk tumbuhan tubuh dan akan baby anda. Ada ibu yg beri puting kosong sejak unur 1 bulan….tpi tak digalakkan.

D.Kalau anda nak juga guna puting kosong untk bayi anda doc nasihatkan:

1. Gunalah puting ortodontik;

2. Pastikan ia bersih – sterilkan spt puting botol.

3. Periksa jika ada retak, pecah atau lubang, yg boleh menakung kuman. Elok gantikan dgn puting baru.

4. Jgn salut puting kosong dgn makanan manis spt madu atau jus oren akan menyebabkan kerosakan gigi yg cepat.

5. Cuba hadkan puting kosong untk menenangkan bukan goanggong sentiasa.

6. Guna puting kosong bila anda rasa amat perlu je. Klu berpajangan akibat infeksi telinga & perut.

7. Cuba”ceraikan” anak anda drputingnya sebelum usia 1thn atau paling teruk sebelum gigi kekal keluar pd usia 6 tahun.

8. Jgn biarkan penggunaan puting kosong menjadi tabiat…susah di “lerai” nanti tau!!

E. Kalau nak “lerai” puting kosong..mai le cubalah idea-idea doc ni…hihihi:

1. Dgn perlahan kurangkan masa anak menggunakan puting.

2. Hadkan penggunaan puting kosong masa tidur atau menenangnya je.

3. Beri ganjaran yg best klu dia stop puting kosong, jgn berikan gula2 ye.

4. Tunjukkan kepadanya budak2 yg lebih tua yg X gunakan puting – kanak2 prasekolah suka dianggap dirinya lebih tua.

5. Tau tak dulu datuk doc buh akar seruntun, garam atau cabai di puting kosong…..lama2 kanak2 tu tinggalkan puting tu….hihihi.

Anda buat camana stop anak anak berputing kosong???? Mai kita share komen & idea bersama…. ..TQ. Ada soalan, silakan. Insyallah lapang doc jwpkan.” Daripada: Dr Abdul Rahim. 

Klinik Abdul Rahim.

2-D Pangsapuri Garuda.

Bayan Lepas. Penang.

Tel.: 04-6444181

P.S. 1 – Isteri Hairan Suami Tidak Mahu Bergambar Bersama… Rupa-Rupanya Segalanya Terbongkar Apabila Isteri Terlihat…
P.S. 2 – Tampar Pelajar Sehingga KOMA. Ini Cerita SEBENAR Apa Yang Pelajar Itu LAKUKAN Di Sekolah !!!
P.S. 3 – Ramai TERPANA Melihat Gadis Cantik Ini…Namun, Anda Pasti TERKEJUT Lihat Dimana Dia Tinggal !!!
P.S. 4 – Nyaris Memindahkan Kesemua Wang Ke Dalam Akaun Lain. JANGAN Terpedaya Dengan Taktik Scam Perbankan !!!
P.S. 5 – Urat Hijau Timbul Boleh Sebabkan KEMATIAN ??? Ketahui Punca Sebenar Yang Boleh menyebabkan Kematian.

Tags: , , , ,

Category: Fakta dan Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *