Gadis Berubah Bertudung Labuh… Namun Apa Yang Dia Dapat Selepas Setahun Ialah…

| July 12, 2016 | 0 Comments

Gadis Berubah Bertudung Labuh… Namun Apa Yang Dia Dapat Selepas Setahun Ialah… | Perubahan cara hidup kepada keadaan lebih baik adalah amat perlu dalam kehidupan supaya dapat mewujudkan suasana yang positif dan tenang namun, setiap perubahan yang dilakukan mestilah untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. Disini kami ingin kongsikan sebuah kisah yang boleh dijadikan teladan dalam hidup kita, semoga bermanfaat.

tud

“Aku ni perempuan. Aku ni dari tadika smpai lh ke form5 tk penah bercinta bagai ni. Tetibe lps form 5 tu trjmpa balik kwn lelaki skolah rndah kat grup ws. pastu ade lah hal psl kwn kteorg ni yg buatkn kteorg text each other. Konon masatu nk tolong settlekn masalh kwn nilah. Lama lama urusan tk pnting pun ikut dibualkn. Lelagi lps spm tu tkde bnda nk buat. Bosan. Asyik text jelah.

Dipendekkn cite.. lama lama bercinta. Ekceli tknk pun becinta tp sbb laki ni dia skolah agama pastu masuk nasyid lg. Famili pun org baik2. Alim lh kira pakai tdg labuh sume prmpuan dlm famili dia. So.. prmpuan kan. Suka lah dgn laki2 yg cenggini kn. Tp masa tu tk pk pun.. sebaik baik dia pun.. ikhtilat tk jaga. Mana taknya.. klau dh dok text aku je..mananya nk jaga ikhtilat. Yg aku ni pun jahil. Dia slalu ckp dia suka sgt dgn prmpuan tdg labuh ni. Sejuk mata mmndang. Dia hrp aku pun jd mcm tu nnti bila aku jd isteri dia. Aku mmg prnah ade niat cmtu tp masa tu tk brsedia lg.

Sebulan lebih cmtu dpt tawaran universiti. Sorg matrik sorg asasi. Bila dh belajar tu.. memasing rasa susah nk masuk pelajaran sume. Bila fikir balik memasing sedar couple tu bnda yg dilarang. Bila buat bnda yg Allah tk redha mmglah susahkan nk trima ilmu. Then kteorg buat kptusan break je. Tp masa tu masih syg lg. Cuma sbb tknk hampakn mak ayah takut leka blajar. Dia cm ok je sbb dia mmg ade impian nk cpai cita cita dia. Yg aku ni cita2 pun masih tktau lg.. asyik fikir dia jelah. Susah kot nak move on. Dia ckp jd kan perpisahan ni peluang kte utk ubah diri memasing.

Lpstu.. Alhamdulillah masa asasi tu jmpa kwn baik baik. Ade sorg kwn aku ni dia pkai tdg labuh. Then aku slalu tnya dia knpe n sjak bila dia start brtudung labuh sbb famili dia bkn yg alim alim sgt.(mksudnya tk brtudung labuh). memula igt dia brubah brtudung labuh tu sbb dia dh brtunang. Sbb tunang dia ni mmg bdk bdk alim lh kira. Diorg mmg btul btul jaga ikhtilat. Tk penah contact bnda yg tk prlu. Bila aku tnya.. dia cuma jwb sbb seronok. Aku tk phm sgt mksud dia masa tu. Aku suka tngok dia sbb dia nmpk cntik, akhlak dia baik, suka tolong org n sntiasa jaga hati perasaan org.

Tetibe trfikirkn lelaki yg penah aku suka dulu. Siap stalk lg akak dia. Akak dia ade cite kisah cinta dia dgn husband dia. Mmg jaga ikhtilat lah diorg ni sblum nikah. Nmpak bahagia je famili diorg. Akak dia ni pun brtudung labuh. Suami dia pun kira warak lah. So aku assume tk mustahil klau laki yg aku suka tu akn brubah. Aku perasan yg prmpuan brtudung labuh ni slalu mesti dpt jodoh yg baik2. Lama lama trgerak hati aku nk ubah juga pnampilan sebegitu. Akuselalu brdoa supaya Allah btulkn niat aku ni. Takut juga klau brubah ni sbb nk jd prmpuan yg laki tu suka.

Alhamdulillah dunia aku brubah lps tu. Tp dlm masa yg sama aku asyik brharap dgn prubahan aku ni aku hrp yg dia turut brhijrah ke arah yg lebih baik. Bkn pnmpilan je.. prgaulan aku pun semua aku jaga dgn bimbingn kwn 2 sume. setahun kmudian.. kami pun tamat pengajian. Tetibe dia text aku balik. Entah knpe masa tu happy sgt. Skali dia bgtau dia dh ade someone. Pehhh.. masa tu brkecai hncur lebur hati nii. Taktau masa tu knpe mcm tkleh terima. Aku pnya lah setia dgn dia. Yg dia hmm. Yg lg sakit hati dia ckp dia masih syg aku tp tk snggup nk tinggalkan makwe dia yg skrg.

Tp alhamdulillah Allah hadirkan sahabat yg baik nasihatkan aku. Then aku amek masa muhasabah diri. Allah mmg sntiasa adil. Aku buat refleksi diri. Apa tujuan sbnar aku brubah ni senanya. Aku trfikir hikmah brtudung labuh ni mmg bnyk sebenarnya. Lelaki lebih hormat dgn kita. Nak dekat pun mcm takut. Aku sndiri yg dh brtudung labuh ni jd malu bila nk brdpn dgn ajnabi. Bnda yg btul btul pnting je kami berikhtilat. Tkde dh laki yg berani nk usha-usha dgn pmpuan yg btul2 mmcerminkn pnmpilan dia ni. Lpstu trgerak hati lg nk blajar lebih dlm psl agama islam. Join usrah.

Tp yg sedihnya.. bila brdpn dgn laki yg aku suka tu.. aku tewas. Aku masih mngharapkn dia dlm hidup ni even dia tk brubah sprti yg aku sangka. Tp syukur Allah sedarkn aku. Bila fikir balik aku mengku aku brubah slama ni bkn niat kerana Allah je tp mngharapkn yg lain. Aku brsangka baik dgn Allah. Allah hntarkn dia balik kpdku utk aku renung apa matlamat pnghijrahan aku ni sebenarnya. Lama lama aku faham. Aku brsusah payah begini sdgkn dia tk penah usaha utk brubah. Adakah lelaki begini yg smmgnya seorg prmpuan muslimah inginkan? Hmm masa tu mulalah nyesal.

Berubah hnya kerana Allah tidak akan penah rasa kecewa tp brubah kerana mngharpkan lelaki suka tk dpt apa pun. Kecewa je dpt. Aku sndiri malu bila dh brubah tp masih mngharapkan cinta manusia melebih lebih yg blum tntu jodoh kte.

Pengajarannya.. cinta Allah tu kejar dulu. Setiap penghijrahan lakukanlah semata mata kerana Allah. Tp apapun aku mula trgerak nk pkai tudung labuh ni sbb dia. Jadi setiap lintasan hati yg mngajak ke prubahan yg baik jgn penah diabaikan. Mngkin awalnya nawaitu sndiri konfius btul ke ni niat kerana Allah. As long as kte jgn penah putus asa doa supaya Allah btulkan niat hati kte. In sha Allah akan dimakbulkn doa yg mmbawa ke arah redha Nya.

Sekarang aku dh rasa bahagia. Tk kesah dh pun pasal dia. Doakan nikmat iman trus mnerus dapat kte rasa. Amin, Semoga perkongsian ini mmberi manfaat” -Perempuan- Kredit:- IIUC Confession

P.S. 1 – Isteri Hairan Suami Tidak Mahu Bergambar Bersama… Rupa-Rupanya Segalanya Terbongkar Apabila Isteri Terlihat…
P.S. 2 – Doktor Ini DEDAHKAN RAHSIA Untuk Cepat Hamil Yang Ramai Pasangan Terlepas Pandang !!!
P.S. 3 – Ramai TERPANA Melihat Gadis Cantik Ini…Namun, Anda Pasti TERKEJUT Lihat Dimana Dia Tinggal !!!
P.S. 4 – Nyaris Memindahkan Kesemua Wang Ke Dalam Akaun Lain. JANGAN Terpedaya Dengan Taktik Scam Perbankan !!!
P.S. 5 – Urat Hijau Timbul Boleh Sebabkan KEMATIAN ??? Ketahui Punca Sebenar Yang Boleh menyebabkan Kematian.

Tags: , , , ,

Category: Kisah Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *