Bila Surat Yuran Tertunggak Sampai Kat Mak, Aku Dah Mula Cuak. Malam Tu Aku Nekad Bangun Tengah Malam Untuk…

| July 30, 2016 | 0 Comments

Bila Surat Yuran Tertunggak Sampai Kat Mak, Aku Dah Mula Cuak. Malam Tu Aku Nekad Bangun Tengah Malam Untuk… | “Assalamualaikum, Saya just nak share kisah yg berlaku pada saya 10 tahun yang lepas. Saya masih ingat cerita ini dengan detail. Saya dulu bersekolah di suatu sekolah asrama penuh (terpaksa saya rahsiakan). Keluarga saya bukan senang, adik beradik ramai. Tapi ayah memang nak anak dia belajar juga di asrama penuh tu. Ayah saya kerja gaji dalam rm500 je masa tu.

letters

Kisahnya begini. Waktu tu saya form 3. Masa tu tengah cuti, jadi saya duduk rumah kakak saya, mengasuh anak saudara. Malam tu dapat panggilan daripada mak saya. Dalam telefon tu mak saya beritahu pasal ada surat sampai dari sekolah mengatakn ada bayaran tertunggak untuk tahun tu. Rasanya dekat rm300 macam tu la.. Sekolah ni ada sistem tersendiri. Yang rm200 lebih tu duit memang kena bayar setiap tahun.

Masa tu saya rasa zappp kat jantung.. Banyaknya… And masa tu juga saya rasa sedih. Mak saya cakap ayah marah-marah kat rumah sebab saya tak bayar awal-awal duit tu. Saya diam ja. Saya cakap nanti saya balik saya tengok.

Masa tu dalam pukul 8 macam tu la. Saya tak makan malam lagi, tapi lepas dapat berita tu saya dah tak lalu dah nak makan, terus saya naik atas masuk bilik. Dalam bilik saya menangis. Saya sedih sebab kenapa banyak sangat yang masih tak berbayar. Saya sedih sebab mak saya yang kat rumah kena marah dengan ayah. Kalau ayah marah kat saya, saya tak kisah. Saya menangis sampaila saya tertidur.

Malam tu saya bangun. Dalam pukul 2 atau 3 pagi macam tu la. Saya ambil wudhuk saya solat isyak. Masa solat isyak tu, saya tak berhenti menangis. Bagi orang lain rm300 tu bukan masalah. Tapi bagi saya masa tu duit tu sebenarnya banyak. Kat mana nak cari duit tu nak bayar.

Saya solat tahajud. Saya akui masa tu saya bukannya pengamal solat tahajud atau solat2 sunat yang lain. Sujud terakhir tu saya doa lama..Panjang..Sambil menangis.. Saya bercakap dengan Tuhan. Saya masih ingat. Saya cakap, tak ada ke keajaiban yang boleh berlaku pada saya. Dalam sujud tu saya berharap yang surat tu silap, jadi saya tak perlu membayar duit sebanyak itu.

Walaupun masa tu saya cakap kat diri saya mana mungkin duit tu berkurang, tetapi saya mohon juga pada Allah sungguh-sungguh suruh Allah kurangkan bayarn tu. Masa tu hanya Allah je tempat saya bergantung. Saya tak tahu nak cakap kat sapa dah rasa sedih kat hati ni. Sampaila saya tertidur sekali lagi di tikar sejadah.

Beberapa hari lepas tu, saya balik rumah kat kampung. Saya nervous takut ayah masih marah lagi pada saya. Bila saya sampai rumah, saya dah bersiap sedia nak kena marah, tapi ayah saya tak marah pun. Sikit pun tak. Lagi la saya rasa bersalah. Ayah seorang yang cold-blooded, senang marah tapi cepat sejuk. Tapi ayah saya, marah dia guna mulut je.

Tibalah masa untuk ambil result PMR. Bayaran tu kena buat masa ambil keputusan PMR. Saya dengan mak pergi naik teksi time tu. Ayah kerja hari tu. Sebelum result PMR sampai, cikgu suruh beratur bayar apa2 yang tertunggak dulu. Saya pun pergi la kat kaunter. Masa tu cikgu X (cikgu geografi, sy ingat lagi nama beliau) yang jaga kaunter. Dia tengok saya, lepas tu dia cari list nama kat kertas. Dia pun sebut jumlah yang saya kena bayar.

Lepas tu, sebelum saya bayar dia tanya saya. Saya ni anak XX (nama ayah sy) yang kerja kat XX (tempat ayah saya kerja) ke? Saya jawab ye. Then, dia tanya la saya pointer hari tu dapat berapa. Saya cakap la berapa pointer yang saya dapat. Lepas tu tiba-tiba dia cakap kat saya suruh bayar rm90 kot. Saya lupa jumlah yang sebenar. Tapi tak sampai seratus.

Saya pun macam… dalam hati, why? Cikgu cakap la dia kenal ayah saya (terima kasih pada muka saya yang memang nak sama dengan muka ayah). Dia cakap tak pa saya bayar banyak tu ja. Masa tu saya rasa gembira sangat. Tak sabar nak cakap, nak telefon ayah saya sekarang jugak sebab kena bayar sikit je.

Lepas tu saya terus telefon ayah saya cakap pasal kena bayar sedikit tu. Bukan main gembira lagi saya. Budak zaman sekarang tak tahulah dieorang faham tak perasaan gembira saya ni. Sebab sekarang duit rm300 ape la sangat. Masa tu result tak sampai lagi kat sekolah. Lepas tunggu dalam sejam dua, result sampai. Alhamdulillah saya dapat 8A. Satu lagi berita gembira bagi saya dan buat mak ayah saya.

Alhamdulillah.. Saya bersyukur sangat. Pertama sebab duit tertunggak tu saya kena bayar sedikit je. Yang ni memang saya rasa tak terkata.. Ia berlaku pada saya. Allah bantu saya.

Dan lepas pada insiden ni, membawa perubahan besar jugak dalam hidup saya. Allah ni dekat je dengan kita. Kita yang jauh dengan Dia. Time kita susah DIA masih tolong kita. Masa tu saya rasa saya tak cukup baik untuk ditolong oleh Allah. Saya menangis untuk keberapa kalinya. Saya ni tak baik, tapi Allah bantu saya.

Tapi tiada yang mustahil bagiNya. Kadang-kadang kita berdoa, kita rasa Allah tak makbulkan doa kita. Tapi sebelum tu tanya diri kita adakah masa kita berdoa tu kita yakin pada DIA? Adakah masa tu kita memang bergantung sepenuhnya padaNya? Sekian saja perkongsian dari saya. Terima kasih sudi membaca.

p/s:-sapa pernah rasa hidup susah akan faham perasaan saya masa tu. And satu lagi saya nak tegaskan, ayah saya baik. Marah tu biasala. Ketua keluarga memang kena ada sifat macam tu. marah tapi sayang :)” Kredit:- -a.n-

P.S. 1 – Isteri Hairan Suami Tidak Mahu Bergambar Bersama… Rupa-Rupanya Segalanya Terbongkar Apabila Isteri Terlihat…
P.S. 2 – Doktor Ini DEDAHKAN RAHSIA Untuk Cepat Hamil Yang Ramai Pasangan Terlepas Pandang !!!
P.S. 3 – Ramai TERPANA Melihat Gadis Cantik Ini…Namun, Anda Pasti TERKEJUT Lihat Dimana Dia Tinggal !!!
P.S. 4 – Nyaris Memindahkan Kesemua Wang Ke Dalam Akaun Lain. JANGAN Terpedaya Dengan Taktik Scam Perbankan !!!
P.S. 5 – Urat Hijau Timbul Boleh Sebabkan KEMATIAN ??? Ketahui Punca Sebenar Yang Boleh menyebabkan Kematian.

Tags: , , , ,

Category: Kisah Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *