Kudis Buta Bernanah. Cikgu Ni Bantu Pelajar Miskin. Selepas 7 Hari Ini Hasilnya….

| May 30, 2016 | 0 Comments

Kudis Buta Bernanah. Cikgu Ni Bantu Pelajar Miskin. Selepas 7 Hari Ini Hasilnya…. | Seperti diceritakan oleh FB Cikgu Yusmie Yusoff (LINK). Sedih dan luluh hati kami melihat keadaan tangan seorang murid sekolah rendah yang penuh dengan kudis buta dan bernanah. Nyamuk gigit kat tangan pun kita dah dok leka menggaru apatah lagi tangan yang penuh kudis macam ni kan? Seorang cikgu memuat naik beberapa keping gambar tangan murid ini Facebooknya. Mujur isterinya tahu cara untuk mencuci luka kudis buta.

1

PART 1

Sudah lama dia dicengkam sengsara menanggung kesakitan. Hanyaku sedari minggu lepas (hari Rabu) tatkala gadis kecil itu mahu menulis jawapan di kertas soalannya. Terkial2 cuba menulis dengan jari-jemari halusnya ditangan dominan sebelah kanan. Apabila terasa tidak selesa beralih ke tangan kiri memegang pensil yang sudah pastinya sukar buat si gadis kecil. Ku gamit dia menghampiriku lantas kusuruh dia menyuakan tangannya untuk ku lihat.

2
3
4
5
6

Benar telahanku apa yang terjadi pada jarinya, tapi tidak kusangka seteruk itu. Kudis buta itu hampir menutup keseluruhan tapak tangan dan celahan jarinya. Tompokan nanah dan kuping luka kudis hampir membuatkan tangan seolah ‘lumpuh’ tidak berfungsi. Aku lantas bertanya, apak amek haq tidak bawa ke hospital?. Aku tahu apa jawapannya nanti, cukup hanya sekadar gelengan lemah kepalanya. Gadis kecil ini memamg pendiam, tidak banyak biacaranya. Lantas aku berjanji (Khamis lepas) untuk bersihkan dan ubati jarinya. Tapi hari Rabu itu ada kejadian tidak diingini berlaku menyebabkan murid cuti selama dua hari esok dan lusanya.

Hanya minggu ini aku berkesempatan merawat deritanya si gadis kecil. Tatkala tangan memegang jari sigadis sambil membersihkan bekas2 luka kudis buta di tangan dan jari2nya, hatiku sayu bercampur sebak. Tapi kutahan air mata daripada tumpah, sebab TAKKAN MUKA MACAM CASTELLO, HATI PULAK MACAM ZED ZAIDI. SEKIAN TERIMA KASIH. Terima kasih pada isteri Aniza Othman kerana mengajar merawat luka kudis buat. Moga Allah memberkatimu.

PART 2

Alhamdulillah, setelah dicuci kudisnya dua hari yang lalu ada sedikit kurang kudisnya berbanding sebelum ini. Hari ini bahagian luka dan berkudis telah disapu ubat scabies. Tapi yang paling aku kesal sekali kukunya masih belum dipotong walau telah dipesan berkali2. Akhirnya hari ni kukunya telah aku potong pendek. Esok dan hari seterusnya rawatan diteruskan hingga tangan si gadis kecil ini sembuh sepenuhnya. Terima kasih pada yang mendoakan kesembuhan gadis ini. Hanya Allah bisa membalas segala budi baik kalian semua.

7
8

PART 3 (AKHIR)

Assalamualaikum. Alhamdulillah tangan Jassira sudah beransur sembuh. Pasukan Perubatan Hospital Grik telah masuk ke kampung dipendalaman dan pergi ke rumah murid ini. Mereka merawat tangan adik Jassira dan bekalkan ubat padanya. Terima kasih ada yang mendoakan dan prihatin dengannya. Hanya Allah bisa membalas budi kalian. KREDIT FB Cikgu Yusmie Yusoff (LINK)

9
10

P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!

Tags: , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *