WOWW !!! Inilah Model Terbaru Volvo Yang Akan Buat Anda TERLIUR !!!

| April 7, 2016 | 0 Comments

WOWW !!! Inilah Model Terbaru Volvo Yang Akan Buat Anda TERLIUR !!! Kehadiran Volvo XC90 baharu merupakan saat paling kemuncak dalam sejarah syarikat pengeluar kenderaan Sweden itu. Enam tahun lalu, pada ketika mereka ingin membangunkan kenderaan sedemikian, konglomerat itu berhadapan dengan situasi ketidakpastian.

image (3)

Pergelutan ekonomi dunia, penurunan jualan dan ‘terdesak’, Ford sebagai pemilik Volvo terpaksa melepaskan jenama berkenaan selepas menjual Jaguar Land Rover kepada Tata Motors.

Setelah segala solusi diperincikan, pada 2010 secara rasmi Volvo dimiliki oleh syarikat pengeluar automotif China, Zhejiang Geely Holding Group.

Langit tidak selalunya mendung. Setidaknya Geely, syarikat luar itu membiarkan Volvo merencana hala tuju produknya. Mereka muncul dengan penyelesaian yang kemas dan kritis dalam menempuhi cabaran yang dihadapi oleh pengilang Eropah kecil itu.

Justeru itu, XC90 bukan sekadar pengganti model perdana syarikat. Ia juga kaya dengan teknologi baharu yang menjadi rakit asas bagi model seterusnya pada dekad akan datang.

Model SUV (kenderaan utiliti sport) mewah itu diharap dapat menarik minat dan meyakinkan pembeli menerusi tawaran tujuh kerusi, pacuan semua roda dan dibekalkan dengan segudang ciri keselamatan terkini.

Mungkin ini juga akan berhasil buat Volvo. Seperti mana Jaguar Land Rover sebuah syarikat yang dilabur oleh Ford. Semakin kukuh di bawah kawalan syarikat asing. Buktinya, di pasaran tempatan XC90 melakar sejarah tersendirinya apabila 100 unit yang dibawa masuk habis dijual sebelum rasmi dilancarkan.

image (2)

Rekaan Lampu Tukul Thor

Dari segi rekaan, Volvo menghasilkan alternatif lebih segar. Pesaing kepada BMW X5, Audi Q7 dan Range Rover itu tampil dengan pengaruh rekaan Scandinavian. Walaupun secara asas, acuan asli Volvo boleh dilihat menerusi ciri besar, berkotak dan bahu yang tinggi. Bagaimanapun, rekaan lampu LED hadapan inspirasi dari penukul Thor itu menonjolkan sisi unik XC90. Padanan gril menegak melengkapkan imej hadapan yang ringkas. Beralih ke  belakang, rekaan signatur lampu yang ditarik sehingga ke spoiler begitu mudah dicam. Ciri sporty diserlahkan dengan penggunaan ekzos krom berkembar.

Lebih menarik, XC90 adalah model pertama Volvo menggunakan platform modular SPAR (Scaleable Product Architecture). Teknologi ini menyumbang kepada berat XC90 yang lebih ringan, besar, selamat dan seimbang berbanding sebelumnya. Secara visualnya ini memperluaskan rasa kestabilan di samping pengendalian tinggi sebuah SUV.

Terang dan selesa seperti ruang tamu Sweden

Masuk ke kabin, kemasannya cukup halus dan santai. Tiada lagi barisan butang kawalan memenuhi konsol tengah yang merumitkan. Seperti mana model Volvo lain. Bahagian tengah papan pemuka kini dihuni kawalan infotainmen. Skrin sentuh itu sedikit kecil dari iPad. Pihak Volvo juga memudahkan urusan sentuhan. Skrin tersebut dapat mengesan apa juga permukaan jari.

Difahamkan, ia boleh disentuh walaupun menggunakan sarung tangan. Kini urusan kawalan sistem hiburan, pendingin hawa, fungsi kereta, mod pemanduan dan lain-lain diuruskan melalui skrin tersebut. Selain itu, anda juga boleh menggunakan perintah suara. Cuma ia terkadang menjengkelkan. Kerana sistem tidak dapat mengecam slanga English lidah tempatan. Pihak Volvo memperincikan kabin dengan gabungan elegan menerusi kulit lembut di serata kabin bersama kemasan kayu asli walnut. Ciri ini menyerlahkan sentuhan premium. Model dengan lencana  Inscription ini turut dilengkapi bumbung panorama/matahari yang memberikan rasa lapang dan penghuni dapat menikmati suasana malam yang indah. Inscription menambahkan sedikit rasa mewah dan perincian unik dan elegan. Seperti tawaran kemasan kulit Nappa pada kerusi.

Di konsol tengah sebahagian elemen seperti butang volum, butang penghidup dan butang mod pemanduan dipadankan dengan kemasan krom.

Duduk di kerusi pemandu memberikan sokongan selesa pada badan. Dengan adanya pelarasan lumbar, panjang, sokongan peha membuatkan anda tidak mudah penat ketika memandu jauh.

Soal ruang, cukup luas bagi penumpang barisan kedua. Kerusi boleh dilaraskan bagi menawarkan ruang kaki yang selesa bagi penumpang ketiga. Lebih menarik, mereka yang berketinggian 170 sentimeter boleh duduk selesa di kerusi barisan ketiga.

Kawalan pendingin hawa kerusi belakang boleh dilakukan menerusi skrin sentuh kecil elektronik. Pendek kata, rekaan yang bagus adalah satu cara hidup warga Sweden. Volvo mengenal pasti apa yang diinginkan oleh pengguna dan penyelesaian dalam menjadikan kehidupan lebih mudah. Ini kerana di Sweden mereka mencari solusi elegan kepada masalah kompleks.

image (1)

Pemanduan ke arah emisi rendah

Perjalanan sendirian bersama XC90 cukup menyeronokkan. Penulis dapat menikmati keindahan perjalanan kampung sekitar Kuala Selangor dengan tenang. Mesin dan manusia ibarat bersatu. Kabin begitu senyap. Apa yang terdengar hanyalah alunan muzik Dewa19. Bunyi angin dan kenderaan luar diserap dengan baik.

Posisi pemanduan yang tinggi memberi keyakinan buat penulis melalui laluan yang tidak begitu rata sekitar Kuala Selangor. Ditambah, suspensi menjalankan tugas dengan baik. Permukaan jalan beralun dan berlubang diserap maksimum tanpa menghantar hentakan keras ke kabin. Malah jentera tidak terlalu melayang dan membuai apabila dipacu laju di permukaan jalan tidak rata.

Volvo XC90 dilengkapi dengan plug-in hibrid. Pacuan elektrik sepenuhnya mampu dilakukan sekitar 43 kilometer dengan satu caj penuh.

Walaupun angka itu tidaklah besar, setidaknya ia menyumbang kepada pemanduan harian tanpa penghasilan karbon untuk perjalanan ulang-alik dari rumah ke pejabat. Jika baterinya habis, tidak perlu bimbang kerana enjin akan mengambil alih untuk menggerakkan XC90.

Cuma satu perkara yang mengganggu penulis ialah baki bateri. Hal ini kerana sekiranya bateri berkenaan sifar, anda tidak dapat menghidupkan enjin. Operasi itu menggunakan sistem elektrik. Kerana itulah, setiap kali memusing tombol penghidup ke arah start, bunyi enjin begitu senyap. Sehinggakan penulis berasa ragu-ragu di awalnya. Sama ada jentera itu sedia untuk bergerak atau tidak. Bagaimanapun, tidak perlu bimbang kerana dengan adanya mod Save, penulis dapat melakukan penjimatan bateri.

Gabungan enjin 2.0 liter supercaj dan turbocaj dengan motor elektrik menawarkan prestasi yang mengagumkan. Kuasa 407hp dan tork 640Nm adalah mencukupi untuk pemanduan harian. Ia meluncur begitu lancar dan senyap serta selesa. Mod pemanduannya saja ada tujuh; AWD, Save, Pure, Hybrid, Power, Off Road dan Individual. Setiap pemilihan mod, suspensi hidraulik akan melakukan pelarasan secara automatik.

Jika anda mahu prestasi menggalakkan, hanya pilih sahaja mod Power untuk memastikan enjin responsif. Untuk mencapai 140 kilometer sejam (km/j) di lebuh raya cukup mudah. Tiada gejala lengahan dalam penghantaran kuasa. Transmisi 8-kelajuan menghantar kuasa ke roda dengan lancar. Saiz stereng yang sederhana cukup menyenangkan untuk digenggam. Karakternya tidaklah sporty dan sedikit ringan. Namun masih mampu menawarkan ketepatan ketika di selekoh.

Salah satu ciri yang menarik perhatian penulis ialah semi-autonomi Pilot Assist. Penulis hanya perlu menekan butang pada stereng di sebelah kiri untuk mengaktifkannya. Ia sesuai digunakan ketika kesesakan lalu lintas.

Sistem ini boleh diaktifkan pada kelajuan sehingga 50km/j. Dengan mengikut jarak yang ditetapkan dan kenderaan di hadapan. Sistem sendiri akan mengawal brek dan stereng secara elektronik.

Walaupun sedikit janggal pada permulaan, lama-kelamaan penulis mula menikmati ciri keselamatan berkenaan. Sedikit sebanyak penulis dapat merehatkan kaki daripada menekan brek ketika trafik padat. Apa yang menyerlah ialah pecutan dan daya membreknya cukup lancar. Sekiranya XC90 mengesan pemandu tidak memegang stereng, amaran akan dikeluarkan dalam tempoh 10 saat. Ini bagi memastikan tiada yang tertidur atau anda bermain dengan telefon menggunakan kedua-dua tangan ketika Pilot Assist aktif.

Kawalan badannya juga cukup kompetitif. Ia dirasakan sebagai kenderaan penumpang yang besar berbanding 4×4. Soal penjimatan bahan api tidak perlu dibahaskan lagi. Volvo XC90 menawarkan penjimatan petrol yang tiada tandingan.

Volvo XC90 adalah kenderaan yang memiliki teknologi termaju dengan mercu tanda tersendiri yang sarat dengan ciri-ciri yang mengagumkan, yang sebelum ini tidak pernah dipakejkan sekali dalam mana-mana model keluarannya.

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

Tags: , , , ,

Category: Automotif, Fakta dan Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *