WAWW !!! Bentuk Model Jaguar Baru Yang Pasti Membuatkan Anda TERLIUR !!!

| April 10, 2016 | 0 Comments

WAWW !!! Bentuk Model Jaguar Baru Yang Pasti Membuatkan Anda TERLIUR !!! |Sebelum ini, Jaguar Malaysia telah mewar-warkan tentang ketibaan Jaguar XF baharu di Malaysia menerusi laman media sosial Facebook. Terbaru, ia telah pun disahkan bakal tiba di negara ini pada 26 April 2016.

Screen-Shot-2016-04-11-at-11.21.54-AM (1)

Menerusi entri yang dimuatnaik, ia turut memaparkan imej hadapan sedan mewah ini termasuk padanan lampu utama LED yang lebih nipis serta kluster lampu belakang yang menyerupai model XE yang telah dilancarkan di Malaysia. Malah foto papan pemuka XF baharu ini juga didedahkan.

XF generasi kedua ini telah pun melakukan penampilan perdana di New York International Auto Show (NYIAS) tahun lalu. Ia juga telah mula berada pasaran dunia pada hujung tahun 2015. Bagi model ini, ia dikatakan lebih ringan, lebih berkuasa, lebih penjimatan bahan api dan juga memiliki ruang dalaman yang lebih besar berbanding XF yang asal, yang diperkenalkan sejak tahun 2007.

Penggayaannya juga diinspirasikan dari XE yang lebih kecil, termasuk perumah kaca yang dilebarkan ke belakang memberikan penampilan XF baharu ini lebih berkarakteristik seperti garisan bumbung model coupe. Ditambah pula XF 2016 ini 7 mm lebih pendek dan 3 mm lebih rendah berbanding model terdahulu, tetapi dengan jarak roda 2,960 mm menjadikan ia 51 mm lebih panjang, sekali gus menjawab bagaimana menjadikan ruang dalamannya lebih luas. Malah papan pemukanya juga seakan berkongsi rekaan yang sama dengan XE, yang dilancarkan pada Januari lalu.

JAGUARXF_S_Dynamic_Trk_12_RHD-e1427230563691-850x466

JAGUARXF_S_Dynamic_Trk_13_RHD-850x478

Dibangunkan dengan seni bina modular aluminium Jaguar (model kedua selepas XE), XF baharu ini 190 kg lebih ringan berbanding terdahulu dan 80 kg lebih ringan berbanding pesaingnya. Di mana Jaguar mendakwa ketegaran kilasannya telah dipertingkatkan sehingga 28%.

XF baharu ini juga menampilkan enjin Ingenium 2.0 turbodiesel baharu dengan dua output iaitu 163 PS/380 Nm dan 180 PS/430 Nm, dipadankan dengan sama ada transmisi manual enam-kelajuan atau automatik lapan-kelajuan. Ia turut menawarkan tiga pilihan enjin lain iaitu petrol 2.0 liter turbo (240 PS/340 Nm), diesel 3.0 liter biturbo (00 PS/700 Nm) dan petrol 3.0 liter supercharged sama ada 340 PS/450 Nm atau 380 PS/450 Nm – hanya auto sahaja.

XF sedia ada di Malaysia ditawarkan dengan petrol 2.0 Ti (240 PS/340 Nm), diesel 2.2 Td (200 PS/450 Nm), diesel 3.0 Td (275 PS/600 Nm) dan petrol 3.0 SC supercharged (340 PS/450 Nm), harga dari RM408,888 hingga RM623,888.

Berikut beberapa gambar yang boleh anda lihat sebagai pencuci mata anda:-

JAGUARXF_S_Detail_03_RWD-850x637

JAGUARXF_S_Detail_04-850x637

JAGUARXF_S_Detail_01-850x637

JAGUARXF_S_Detail_02-850x637

JAGUARXF_S_Dynamic_Trk_10_RHD-e1427229677367-850x506

JAGUARXF_S_Dynamic_Trk_12_RHD-e1427230563691-1-850x466

JAGUARXF_S_Dynamic_Trk_13_RHD-1-850x478

JAGUARXF_S_Hero_01_RHD_RWD-850x478

JAGUARXF_S_Hero_02_RHD_RWD-850x478

JAGUARXF_S_Hero_03_RHD_RWD-850x478

JAGUARXF_S_Hero_04_RHD_RWD-850x567

JAGUARXF_S_Hero_L_04_RHD-850x478

JAGUARXF_S_Hero_L_09_RHD-850x478

JAGUARXF_S_Interior_02RHD_RWD-e1427231824905-850x561

Apa macam? Terliur tak?

 

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

Tags: , , , ,

Category: Automotif

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *