Untuk Membendung Kemalangan Jalan Raya Pemandu Akan Di Saman Jika Makan Semasa Memandu Di Abu Dhabi !!!

| April 11, 2016 | 0 Comments

Untuk Membendung Kemalangan Jalan Raya Pemandu Akan Di Saman Jika Makan Semasa Memandu Di Abu Dhabi !!! |ABU DHABI – UAE. Pengguna jalan raya yang makan semasa memandu akan dikenakan denda sehingga Dh1,000 (RM1,058 ) dan 12 mata denda dalam rekod trafik di bawah undang-undang trafik persekutuan yang akan dikuatkuasakan di UAE.

1

Ia sebagai sebahagian daripada kempen polis untuk membendung kemalangan jalan raya, kata pegawai kanan polis.

Penolong Komander Operasi Polis, Mejar Jeneral Mohammed Saif Al Zafeen berkata, kesalahan terbaharu juga termasuk makan, minum, membaca, bersolek dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Mohammed Saif berkata, polis akan diberi kuasa untuk mendenda pemandu yang bersalah dan berkata kesalahan dan denda akan ditentukan oleh anggota polis tersebut.

“Semua kesalahan ini akan dikelaskan di bawah satu kesalahan yang melibatkan kegagalan oleh pemandu untuk menumpukan perhatian di jalan raya dengan melakukan perkara-perkara lain,” katanya kepada Al Bayan Daily.

Katanya lagi, undang-undang ini juga membolehkan pihak berkuasa menyita kereta pesalah jika dibuktikan bahawa kesalahan itu mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

Tags: , , , ,

Category: Fakta dan Informasi, Luar Negara

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *