TERKINI !!! Harga Kenderaan Dijangka Turun 30%, Tol Dalam Rundingan – Azalina Othman Said.

| April 6, 2016 | 0 Comments

TERKINI !!! Harga Kenderaan Dijangka Turun 30%, Tol Dalam Rundingan – Azalina Othman Said. Harga kenderaan dijangka akan turun sebanyak 30% menjelang 2018, ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Azalina Othman

 

Kata Azalina, penurunan harga kenderaan ini adalah secara berperingkat-peringkat iaitu dari 20%, laporan News Strait Times.

“Terdapat pelbagai langkah yang dilakukan termasuk memberikan geran insentif bagi mengurangkan jumlah duti eksais kepada syarikat pengeluar kenderaan dan juga termasuk nilai-tambah bagi komponen automotif tempatan.

“Insentif ini dilihat dapat memberikan kesan terhadap pengurangan harga jualan yang pernah direkodkan pada tahun 2013 iaitu sebanyak 3%, diikuti dengan 7% pada 2014 dan 2.7% pada 2015,” ujarnya.

 

tolll

 

Berkenaan dengan kadar tol pula, Azalina memberitahu sejak tahun 2008, kerajaan telah berunding dengan syarikat konsesi lebuhraya untuk mengurangkan beban kadar tol yang ditanggung oleh pengguna. “Rundingan ini adalah bagi mencari mekanisme terbaik bagi mengurangkan kadar tol dengan situasi ‘menang-menang’ untuk semua pihak yang terlibat, termasuk kerajaan, konsesi, pelabur dan pengguna,” jelasnya.

Katanya lagi, “Hasil rundingan tersebut, keputusan untuk menaikkan kadar tol lebuhraya ditangguhkan sejak lapan tahun yang lalu, dari 2008 hingga 14 Oktober 2015.”

Ini turut melibatkan keputusan lain termasuklah menghapuskan kutipan tol dan penutupan lapan plaza tol di enam buah lebuhraya, mengurangkan kadar tol yang melibatkan tiga konsesi lebuhraya, menstruktur semula kadar tol di lebuhraya dan menyemak semula klausa dalam perjanjian konsesi, termasuk klausa semakan mekanisma tol.

Kenyataan ini adalah bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang bertanya janji kerajaan dalam Pilihanraya lalu untuk mengurangkan harga kereta dan mengurangkan kadar bayaran tol.

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

Tags: , , , ,

Category: Automotif, Fakta dan Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *