TERBAIK !!! Kini Suzuki Akan Muncul Dengan Superbike Berkuasa Turbo !!!

| April 13, 2016 | 0 Comments

TERBAIK !!! Kini Suzuki Akan Muncul Dengan Superbike Berkuasa Turbo !!! |Selepas kejayaan Kawasaki H2 dan H2R 2016 yang menampilkan teknologi enjin dengan induksi paksaan pada motosikal, Suzuki juga dikhabarkan mungkin akan menggunakan konsep yang sama untuk superbike GSX-R mereka seterusnya. Menurut laporan autoevolution, sebuah lukisan paten didedahkan menyaksikan sebuah motosikal sport dengan rekaan pada sistem kemasukan udara yang kelihatan bersedia bekerjasama dengan sistem induksi paksaan.

Suzuki-turbo-bike-patent-drawings3_BM-850x565

Enjin dengan induksi paksaan bukan perkara baharu bagi Suzuki. Mereka sebelum ini telah pun membina model XN-85 untuk pasaran pada era 80’an dengan dilengkapi enjin GSX 673 cc empat silinder sebaris DOHC dengan bantuan pengecas turbo, menghasilkan kuasa sejumlah 85 hp – dimana angka tersebut diabadikan pada namanya.

Berikutan standard emisi yang semakin meningkat di serata dunia, kebanyakkan pengeluar sedang giat membina enjin yang lebih berkuasa dan efisien dengan kapasiti lebih kecil. Trend ini sedang berleluasa pada industri pembuatan kereta kini, dan mula menular pada industri motosikal.

1983-Suzuki-XN-85-Turbo-e1460518210783_BM

Selain dari lukisan paten ini, tiada lagi maklumat ataupun pengumuman rasmi dari Suzuki berkenaan enjin dengan teknologi induksi paksaan untuk produksi motosikal jalanan. Khabar angin pada awal tahun ini juga menyaksikan gambar sebuah motosikal seperti Hayabusa dengan enjin 1,400 cc didesak dengan pengecas turbo, tetapi tiada lagi apa-apa berita kedengaran selepas itu.

Suzuki-turbo-bike-patent-drawings2_BM-850x583

Suzuki-turbo-bike-patent-drawings4_BM-850x552

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

Tags: , , , ,

Category: Automotif

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *