Saya Sudah Malas Hendak ‘Melayan’ Karenah Ruhainies…Kenyataan Baru Janna Nick Yang Buat Pertelingkahan Semakin PANAS !!!

| April 23, 2016 | 0 Comments

Saya Sudah Malas Hendak ‘Melayan’ Karenah Ruhainies…Kenyataan Baru Janna Nick Yang Buat Pertelingkahan Semakin PANAS !!!  |KUALA LUMPUR: Babak pertelingkahan antara dua artis baharu ini nampaknya terus ‘panas’ dan belum ada tanda-tanda bakal berakhir. Terbaharu, Janna Nick tampil menjawab dakwaan Ruhainies berhubung isu rakaman video yang dimuat naik dan keterangan gambar yang dikatakan mencemuh dirinya itu.

jn31 (1)

Meluahkan isi hatinya kepada BH Online, Janna Nick mempertahankan tindakannya memuat naik rakaman video berkenaan. “Saya muat naik video itu sebab hendak menjelaskan keadaan sebenar. Ini kerana terlalu banyak kenyataan yang dikeluarkan Ruhainies adalah tidak betul. “Dia nampaknya tak henti-henti meneruskan agendanya itu. Sebenarnya, sebelum isu ini jadi besar, saya cuba untuk menghubunginya dan ajak berjumpa. Tapi dia seakan memilih untuk tidak memaafkan dan nak memanjangkan pergaduhan,” katanya.

Isu antara dua calon Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-29 ini bermula apabila Janna dikatakan menghasut pengarah Michael Ang untuk menyingkirkan Ruhainies sebagai antara teraju filem pertama arahannya, Kimchi Untuk Awak. Ketika ini, Janna masih berada di Korea melunaskan baki penggambaran filem arahan Ang itu.

3-Ruhainies-Anggap-Janna-Nick-Tidak-Matang-jpeg-700x482

Janna berkata, dia memilih untuk berdiam diri pada mulanya kerana menyangka isu itu tidak berpanjangan. “Saya diam sebelum ini sebab ingat cuma satu kenyataan saja yang dikeluarkan Ruhainies. Tapi lama-kelamaan kenyataan yang dikeluarkan dia semakin mengarut. “Sebelum saya muat naik video itupun saya ada menghantar WhatsApp kepadanya. Tapi dia masih menidakkan penjelasan Michael dan Natasha yang turut berlakon dalam filem itu. “Dia masih tak mahu berbaik. Saya terpaksa muat naik video itu untuk penjelasan umum dengan harapan benda itu takkan berpanjangan,” katanya.

Janna berkata, dia bersyukur orang ramai sudah tahu keadaan sebenar. “Jadi saya malas hendak panjangkan (isu) dan bergaduh. Jadi, saya memilih untuk memadamkan video berkenaan dan anggap sampai setakat itu saja pergaduhan kami,” katanya. Akui Janna, dia sudah malas hendak ‘melayan’ karenah Ruhainies lagi. “Dalam media, nampak macam dia sudah memaafkan saya. Tapi menerusi medium WhatsApp, sebenarnya tidak. Sampai masa saya sudah penat menjawab kenyataan yang dikeluarkannya. “Saya pilih untuk berdamai dan harap dia juga begitu,” katanya. Kredit :- Berita Harian.

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

Tags: , , , ,

Category: Hiburan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *