Punca Tunku Mizan MURKA Kepada MB Terengganu Didedahkan !!! Razif Bagai Telur Di Hujung Tanduk ???

| April 23, 2016 | 0 Comments

Punca Tunku Mizan MURKA Kepada MB Terengganu Didedahkan !!! Razif Bagai Telur Di Hujung Tanduk ??? |Khabar angin yang bertiup kencang ini kami peroleh daripada sebuah laman facebook politik dimana ianya berbunyi “Terengganu dalam krisis, Istana tarik balik semua gelaran MB.”

Ini menjawab kehadiran Ahmad Zahid Hamidi yang disogok jawatan TPM di Terengganu siang tadi. Adun Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman kini tidak mempunyai sebarang gelaran kebesaran lagi selepas semuanya ditarik balik petang Jumaat kelmarin, kata satu sumber dari Kuala Terengganu.

Ahmad-Razif-563x320

Ia akan memungkinkan beliau menjadi Menteri Besar paling singkat dalam sejarah Terengganu apabila beliau kini berkrisis dengan istana selepas tidak sampai setahun dilantik menjadi menteri besar bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said Mei tahun lepas (2015).

Menurut sumber, Razif menyerahkan semua darjah dan bintang kebesarannya petang semalam (Jumaat) selepas dimurkai oleh pihak Istana ketika beliau mengiringi Tuanku Sultan Terengganu menunaikan solat Jumaat.

Ketika dihubungi, seorang pemimpin Umno dari Terengganu yang mempunyai hubungan yang baik dengan Istana mengesahkan berita ini.

“Comfirm. Cuma belum ada kenyataan rasmi dari istana sahaja.

“Tuanku murka dengan ucapan MB ketika mengiringi Baginda solat Jumaat semalam. Lepas Jumaat beliau serah semua darjah kebesaran,” kata beliau ketika di hubungi.

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan berada di Terengganu bagi menguruskan perkara ini. Zahid dilihat berada di lapangan terbang Kuala Terengganu.

Dengan apa yang berlaku sekarang, sumber Umno itu berkata, Umno mempunyai tiga pilihan untuk dibuat.

“Pertama bubarkan Dun dengan mengadakan pilihan raya semula. Yang kedua menukar MB kepada Adun yang lain.

“Ketiga adalah Umno membuat kerajaan perpaduan dengan PAS di Terengganu,” kata beliau kepada Malaysia Dateline dengan menyifatkan ia adalah pilihan yang dikehendaki oleh Datuk Seri Najib Razak, Presiden Umno bagi menstabilkan kerajaan negeri.

Umno mempunyai 17 Adun di Terengganu manakala PAS (14) dan PKR (1).

8 Mac lalu, bekas MB yang juga Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said membuat usul tidak percaya kepada Razif namun ditolak usul itu oleh Speaker, Datuk Mohd Zubir Embong.

Dua hari lepas, sumber dari Terengganu mendakwa, dua lagi Adun Umno akan menyertai Ahmad Said untuk menjadi Adun Bebas.

Ini menjadikan Umno (BN) mempunyai 14 Adun, PAS (14), Bebas (3) dan PKR (1).

Jika kumpulan Ahmad Said bergabung dengan pembangkang (PAS dan PKR), kerajaan negeri Terengganu yang ada akan jatuh.

Namun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini meminta Adun-adun PAS tidak campur tangan atau memihak dalam isu ini.

Ini menjadikan besar kemungkinan PAS akan bersama Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan di Terengganu. Kredit-Demi Negara

Menurut Berita Harian beliau enggan mengulas berkenaan berita perlucutan gelaran datuk seri yang diperolehinya. walau apapun kita tunggu berita selanjutnya.

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *