PANAS !!! Penyiasat Dedah Punca Sebenar Kemalangan Paul Walker !!!

| April 6, 2016 | 0 Comments

PANAS !!! Penyiasat Dedah Punca Sebenar Kemalangan Paul Walker !!! Hakim telah memutuskan Porsche tidak bersalah menyebabkan kematian dalam satu nahas jalan raya membabitkan pelakon Fast & Furious, Paul Walker, lapor Associated Press. Kekurangan bukti yang difailkan oleh Kristine Rodas – isteri kepada Roger Rodas, pemandu Porsche Carrera GT yang terlibat dalam kemalangan tersebut – merupakan sebab utama dakwaannya terhadap Porsche gagal untuk dibuktikan.

paul-walker-fnf-screengrab-630x415

Tidak cukup bukti untuk membuktikan dakwaan kematian suami Rodas adalah disebabkan Carrera GT tidak dilengkapi dengan ciri keselamatan yang mencukupi, perintah hakim daerah, Philip S. Gutierrez. Tiada juga bukti yang menunjukkan sistem suspensi kereta berkenaan gagal untuk berfungsi sebelum kemalangan itu berlaku, jelas Gutierrez.

Kristine Rodas mendakwa dalam tuntutan beliau, kereta tersebut sepatutnya dilengkapi dengan roll cage dan sel bahan api. “Plaintif menyediakan bukti yang tidak kompeten untuk menyatakan kematian Rodas adalah disebabkan oleh apa-apa kecuaian dari pihak defenden,” tulis hakim berkenaan. Mark Geragos, peguam kepada Kristine Rodas walau bagaimanapun berkata, rayuan akan dikemukakan atas keputusan tersebut.

Di sudut lain, Gutierrez turut menyalahkan tindakan Rodas yang bersandarkan pada analisa kesan tayar yang diambil sebulan setengah selepas kemalangan itu berlaku, berbanding pada gambar yang diambil oleh para penyiasat ditempat kejadian tersebut.

Porsche-Carrera-GT-e1443503091971-630x354

Porsche Carrera GT

Walau bagaimanapun, pihak mahkamah tidak boleh mengaitkan keputusan ini dengan dua kes lagi yang difailkan oleh ayah dan anak perempuan Paul Walker terhadap Porsche. Kedua-dua kes berkenaan masih lagi tertangguh di Mahkamah Tinggi Los Angeles.

Porsche telah menafikan apa-apa kesalahan pada rekabentuk, pengeluaran atau pemasaran Carrera GT. Syarikat tersebut walau bagaimanapun telah mencabar tuntutan yang difailkan oleh anak perempuan Walker (Meadow Walker), dan menyatakan kereta tersebut telah diubahsuai dan tidak diselenggara dengan betul yang menyumbang kepada sebab kemalangan itu berlaku. Para jurutera dari Porsche turut membantu penyiasatan, dengan mentasir kerosakan pada kereta tersebut.

Penyiasatan yang dilakukan oleh pihak Jabatan Sheriff Daerah Los Angeles dan Peronda Lebuhraya California menyimpulkan kelajuan adalah punca kemalangan itu, dan bukannya masalah mekanikal. Semua kes yang diketengahkan menentang Porsche memberi hujah menyatakan Carrera GT tersebut dipandu pada kelajuan yang lebih perlahan, iaitu sekitar 100-115 km/h, berbanding 130-150 km/j yang dilaporkan oleh pihak penyiasat.

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Kemalangan, Luar Negara

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *