Ketua Pemuda Umno Maut, Kereta Berpusing Kerana Mengelak BABI !!!

| April 3, 2016 | 0 Comments

Ketua Pemuda Umno Maut, Kereta Berpusing Kerana Mengelak BABI !!! SEGAMAT – Ketua Pemuda Umno Cawangan Bukit Senggir, di sini, maut dalam kemalangan selepas kenderaan dipandunya terbabas ketika cuba mengelak bangkai babi hutan di Kilometer 170 Johor Bahru-Seremban di sini, malam kelmarin.

image

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Mohd Kamil Sukarmi berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa, Anuar Jantan, 39, yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Harrier dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

“Bagaimanapun, sewaktu tiba di kawasan kejadian, mangsa yang terkejut melihat bangkai babi hutan di atas jalan raya cuba untuk mengelak sebelum kenderaannya hilang kawalan dan terbabas.

“Kereta dipandunya juga berpusing beberapa kali sebelum merempuh pokok kelapa sawit di bahu jalan. Mangsa juga sempat keluar daripada keretanya untuk meminta bantuan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, mangsa bekerja sebagai kontraktor juga dipercayai sempat menghubungi beberapa kenalannya untuk memaklumkan mengenai kemalangan itu, sebelum orang awam yang melalui jalan tersebut menghubungi ambulans.

Katanya, pasukan perubatan tiba di kawasan kejadian juga kemudian mendapati mangsa sudah meninggal dunia kerana kehilangan banyak darah, selain beberapa kecederaan di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Bilik Mayat Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk dibedah siasat.

“Mayat mangsa juga dituntut ahli keluarganya pagi ini (semalam) untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tekam.

“Hasil siasatan awal mendapati, bangkai babi itu telah mati lebih awal dipercayai dilanggar kenderaan lain, sebelum mangsa yang tiba di kawasan kejadian tidak sempat untuk mengelak bangkai tersebut,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

Tags: , , , ,

Category: Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *