Ketahui PUNCA SEBENAR Kemalangan 3 Kenderaan Di Petronas Indera Mahkota !!!

| April 18, 2016 | 0 Comments

Ketahui PUNCA SEBENAR Kemalangan 3 Kenderaan Di Petronas Indera Mahkota !!! |KUANTAN- Empat individu cedera selepas kereta dipandu seorang warga emas merempuh dua kenderaan yang sedang mengisi minyak di Indera Mahkota 2 di sini, pagi semalam.

Insiden pada kira-kira jam 10.55 pagi itu turut menyebabkan sebuah pam minyak mengalami kerosakkan.

13015508_726791787463908_3500727826693785801_n (1)

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, ketika kejadian, Amran Basir, 64, dari Jalan Sungai Soi, Kampung Kempadang di sini yang memandu kereta Proton Waja tertekan pedal minyak lalu terlanggar dua kereta lain.

Menurutnya, akibat rempuhan kuat, pemandu kereta Perodua Myvi, Nor Nashrudin Mohd Noor dan penumpangnya, Safura Ainy Mohd Taha, 40, cedera.

12976967_726791904130563_2501269672086630164_o

13010658_726791840797236_6796647871762085463_n

Sementara itu, warga emas terbabit yang mengalami masalah kesihatan dan pekerja stesen minyak warga Bangladesh, Mohsin Taludar, 42, turut mengalami kecederaan.

“Tiga mangsa termasuk pemandu dan penumpang Perodua Myvi serta pekerja yang terbabit kemalangan itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menerima rawatan.

“Manakala Amran dihantar untuk menerima rawatan ke sebuah hospital swasta di Indera Mahkota 2,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata, berdasarkan laporan pengusaha stesen minyak berkenaan, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Waja dipandu Amran yang datang dari arah Indera Mahkota masuk ke stesen minyak terbabit untuk mengisi minyak.

13041053_726791930797227_6686418875738460452_o

13055568_726791857463901_7447610190151580300_n

Katanya, pemandunya yang dipercayai mengalami penyakit tekanan darah rendah, tertekan pedal minyak menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan dan melanggar kereta Proton Saga dan Myvi  yang sedang mengisi minyak.

“Pada masa sama, seorang pekerja stesen minyak yang pada masa itu berada di pam minyak turut menjadi mangsa,” katanya.

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

Tags: , , , , ,

Category: Kisah Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *