Inilah CARA BETUL “Adjust” Cermin Sisi Yang Ramai TIDAK TAHU !!!

| April 3, 2016 | 0 Comments

Inilah CARA BETUL “Adjust” Cermin Sisi Yang Ramai TIDAK TAHU !!! Antara aksesori paling penting dalam sesebuah kenderaan ialah cermin sisi.

Walaupun ramai penunggang motosikal membuang cermin sisi mereka atau memasang cermin sisi sebesar siput sedut atas alasan cermin sisi itu hodoh dan mereka sanggup mati dari motosikal mereka kelihatan hodoh, cermin sisi bertanggung-jawab mengelakan kemalangan ketika memandu. Malah, ramai pemandu kereta yang berkata mereka tidak boleh memandu tanpa cermin sisi.

sisi-1

Dalam tahun 1995, Persatuan Jurutera Automotif (SAE) telah menghasilkan satu kertas kerja mengenai kedudukan cermin sisi yang mampu mengelakan titik buta (blind spots).

Menurut kertas kerja tersebut, pemandu sepatutnya memastikan pemandangan dalam cermin sisi itu bersambung dengan pemandangan yang diberika oleh cermin pandang belakang di dalam kereta kita.

Ini bermakna, posisi cermin sisi perlu jauh ke luar dan tidak menampakan badan kereta kita sendiri. Sememangnya cara ini perlu dibiasakan kerana bila kita tidak dapat melihat badan kereta kita sendiri, secara automatik kita rasakan wujud ruang atau titik buta di situ. Sebenarnya tidak kerana ruang itu boleh dilihat dengan cermin pandang belakang.

Apapun, bagi mereka yang telah mencubanya dan sudah biasa dengannya, ia adalah posisi cermin sisi terbaik.
Sekiranya kenderaan anda tiada sistem BLISS (Blind-spot Indication System) seperti di dalam Volvo atau jenama premium lain, mungkin kita boleh mencuba cara ini.

Gambarajah di bawah di ambil dari laman web Car and Driver

cleanup-blindspots-photo-519796-s-original-copy

Fig 1 (cara SAE)
Bila cermin sisi diubah untuk menyambungkan pemandangan belakang yang diberikan oleh cermin Fig 3, gambar kereta sendiri yang berwarna biru tidak kelihatan. Tetapi yang penting, kereta merah di belakang jelas kelihatan.

Fig 2 (cara lama)
Ini ialah cara posisi cermin sisi yang dilakukan oleh hampir semua pemandu dan seperti yang anda lihat, kereta merah di belakang tidak kelihatan.

Fig 4 (cara SAE)
Posisi SAE membuktikan walaupun cermin sisi diletakkan jauh keluar, kereta hijau di belakang masih kelihatan.

Fig 5 (cara lama)
Sama seperti dalam posisi cermin sisi lama yang biasa kita gunakan. Tetapi jika kereta hijau itu semakin hampir, ia akan hilang dari pandangan.

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

Tags: , , , ,

Category: Automotif, Fakta dan Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *