Ikuti Luahan Hati Seorang Pemilik Proton Saga Yang Bakal Membuat Anda BANGGA !!!

| April 17, 2016 | 0 Comments

Ikuti Luahan Hati Seorang Pemilik Proton Saga Yang Bakal Membuat Anda BANGGA !!! |Pertandingan Proton Search sedang berlangsung yang baru memasuki minggu ke-6 mendapat sambutan yang hangat dari pemilik-pemilik Proton. Tak sangka masih ramai menyimpan Saga pertama itu di dalam keluarga mereka. malah, walaupun jumlah perbatuan (mileage) kereta mereka sudah tinggi, Saga mereka masih kekal seperti mana ia dibeli dahulu.

 Steven-Main

Careta turun bersama pasukan Proton untuk berjumpa dengan Steven Oorjitham, pencetus idea untuk Proton mewujudkan pertandingan The Proton Search.

Steven, berusia awal 50-an, berasal dari Pulau Pinang. Seorang yang pelembut, dan sangat mudah untuk mesra, beliau ialah seorang graduan dalam bidang pendidikan dari USM. Steven memulakan karier beliau di sebuah kilang di Pulau Pinang, dan kemudian berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja dengan syarikat jualan langsung Amway.

“Saya membeli Proton Saga saya pada tahun 1988, dari pengedar Proton di Taman Tun Dr Ismail,” ujar beliau. “Semasa itu, isteri saya masih menjadi teman wanita saya!” sambung Steven. Proton Saga 1.5 S Magma itu menjadi pengangkutan utama Steven. Selepas berkahwin, Steven tetap tidak membeli kenderaan lain. “Saga itulah menjadi kenderaan utama kami,” terang Steven.

 01-Steven-Proton-Search-1

02-Steven-Proton-Search-2

Proton Saga itu menghantar mereka suami isteri ke tempat kerja, dan kemudian setelah mendapat anak-anak, ia dikongsi bersama untuk ke sekolah, pergi membeli belah, melawat saudara malah ia menjadi tunjang utama keluarga Steven. Steven juga membawa keluarganya berjalan ke merata lokasi di dalam negara bersama ibunya. Tahun 2005 menjadi tahun bermakna untuk Steven kerana dia membawa keluarga dan ibunya bercuti ke Cherating.

“Itulah kali terakhir ibu bersama kami untuk bercuti. Beliau meninggal setahun selepas itu,” tambah Steven.

Malah Steven juga sudah kehilangan isterinya. “Selama enam bulan isteri saya menderita kerana kanser, dan saya melihat beliau dari sihat sehingga jatuh sakit teruk. Saya sibuk menguruskan anak-anak, menguruskan pekerjaan dan menjaga isteri saya sehingga beliau meninggal dunia.”

Sepanjang masa itu, Steven bersyukur kerana Proton Saganya tidak memberi sebarang masalah, walaupun sudah berusia. Menurut Steven, enjinnya masih asli.”Dia tak pernah meragam dan menyebabkan saya terkandas semasa perjalanan. Nasib saya selalu baik, jika rosak pun, selalunya di rumah atau berhampiran dengan stesen minyak tetapi ia sangat-sangat jarang berlaku!”

 03-Steven-Proton-Search-3

05-Steven-Proton-Search-5

06-Steven-Proton-Search-6

Sehingga kini, Proton Saga Magma putih ini menjadi satu-satunya kereta keluarga tiga beranak itu. “Sampaikan anak sulung saya, Sarah, mahu menggunakan Saga itu sebagai kereta pengantinnya. Begitu penting Saga itu kepada kami dan saya sendiri setiap hari berdoa kepada Tuhan agar Saga kami akan terus menyumbang tenaga kepada keluarga kami dan tidak memberikan masalah.”

 09-Steven-Proton-Search-9

10-Steven-Proton-Search-10

11-Steven-Proton-Search-11

Steven kini mengadakan kelas-kelas tuisyen di rumahnya. Beliau tinggal dengan dua orang anak gadisnya dan dua ekor anjingnya. Saga itu pula dalam proses restorasi. “Saya sekarang perlu membaiki keadaan luaran dan kabin sahaja. Enjin memerlukan “top overhaul”, memadai dengan jarak perbatuannya yang sudah melepasi 430,000 km. Pendingin hawa juga sudah dibaiki, transmisi pernah di “overhaul” dahulu dan sistem gantungan dan brek sentiasa dijaga. ”

 12-Steven-Proton-Search-12

13-Steven-Proton-Search-13

“Inilah keluarga kami. Dan Saga itu sebahagian dari kami.”

Untuk semua, pertandingan Proton Search ini akan berakhir pada 8 Jun 2016. Untuk maklumat lanjut sila layari www.proton.com. Kredit to Careta

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

Tags: , , , ,

Category: Automotif

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *