GEMPAR !!! Tun M Dedahkan Punca Sebenar Beliau Tinggalkan Proton !!!

| April 5, 2016 | 0 Comments

GEMPAR !!! Tun M Dedahkan Punca Sebenar Beliau Tinggalkan Proton !!! Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau memutuskan untuk meninggalkan Proton kerana tidak mahu menjadi punca kepada ketidakmampuan syarikat kereta nasional itu untuk kembali pulih “kerana kehadirannya”. Malah, katanya, beliau sebenarnya mahu melihat Proton kembali pulih dan maju.

mahathir

Oleh itu, beliau menyeru kepada pemilik dan pembeli Proton, supaya tidak menjadikan Proton sasaran kerana beliau tidak lagi menjadi pengerusinya dan menggesa mereka supaya terus menyokong Proton.

Dalam catatat di blog beliau semalam, Dr Mahathir menjelaskan bahawa beliau tidak dipecat oleh pihak pengurusan atau pemilik Proton.

“Saya buat keputusan saya sendiri, demi Proton, saya harus meninggalkannya,” kata Dr Mahathir sambil menambah bahawa beliau tiada dendam terhadap Proton atau pun beliau mahu ia gagal selepas meninggalkannya.

Katanya, Proton dilihat seolah-olah mempunyai masalah dengan kerajaan dan atas sebab-sebab yang tidak diketahui, jualan kereta Proton telah menjunam secara drastik.

“Saya tahu saya persona non grata dengan kerajaan. Saya tidak mahu menjadi punca kepada ketidakmampuan Proton untuk kembali pulih kerana kehadiran saya,” katanya lagi.

Beliau berkata, Proton mempunyai idea-idea yang hebat mengenai memperkenalkan model-model baru yang mempunyai kualiti yang baik.

Menurutnya, pada bulan ini Proton akan melancarkan Perdana baru dan kemudian pada tahun ini, syarikat itu akan melancarkan Persona dan Saga baru.

Bekas perdana menteri itu berkata, Proton tidak boleh mengharapkan apa-apa bantuan daripada kerajaan.

“Hanya pemilik dan peminat Proton boleh membantu Proton. Oleh itu, bantulah Proton, pembuat kereta nasional anda,” tegasnya.

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

Tags: , , , ,

Category: Automotif, Fakta dan Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *