Selepas Lama BERDIAM DIRI. Jiran Dedah PUNCA UTAMA Budak 9 Tahun Jatuh Maut Dari Tingkat 20 !!!

| March 29, 2016 | 0 Comments

Selepas Lama BERDIAM DIRI. Jiran Dedah PUNCA UTAMA Budak 9 Tahun Jatuh Maut Dari Tingkat 20 !!! | Seorang budak lelaki berumur 9 tahun maut apabila terjatuh dari balkoni rumah keluarga di tingkat 20, Kondominium Palm Spring, Kota Damansara di sini malam tadi.

1

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dalam kejadian yang berlaku pada jam 8 malam itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, siasatan mendapati hanya kakak dan abang mangsa yang berusia 17 dan 16 tahun berada di rumah.

“Mangsa terjatuh dari balkoni bahagian belakang dan mengalami kecederaan parah di kepala.

“Pasukan perubatan mengesahkan mangsa maut sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan susulan,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Sementara itu, BH Online melaporkan, jiran mangsa yang enggan dikenali berkata ibu bapa kanak-kanak terbabit tiada di rumah ketika kejadian kerana sedang bekerja.

“Saya diberitahu kanak-kanak terbabit ingin melihat sama ada ibu bapanya sudah pulang atau tidak kerana kereta dinaiki pasangan itu sering diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan menghadap kediaman mereka.

“Ketika kejadian, saya dan beberapa jiran lain terdengar bunyi kuat sebelum melihat mayat kanak-kanak terbabit terbaring di atas permukaan tempat letak kenderaan berkenaan,” katanya. Mayat kanak-kanak itu dihantar itu ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat. KREDIT BERITAHARIAN.

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

Tags: , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *