Mei 2016. Lagi KEJUTAN Dari Kerajaan Yang Buat Ramai Pemandu Malaysia CUAK !!!

| March 17, 2016 | 0 Comments

Mei 2016. Lagi KEJUTAN Dari Kerajaan Yang Buat Ramai Pemandu Malaysia CUAK !!! | Pertengahan Februari lalu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan sistem pemberian mata demerit Kejara kini lebih dikenali dengan nama baharu iaitu Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS).

1

Hari ini pula, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi mengesahkan AWAS dijangka akan dilaksanakan mulai Mei ini, laporan Bernama.

Beliau berkata pindaan bagi Akta Jabatan Pengangkutan Jalan berkaitan penggabungan sistem itu dijangka dibentangkan di Parlimen pada sesi ini.

“Kita akan laksanakan dalam waktu yang terdekat setelah kita pinda Akta Pengangkutan Jalan yang akan kita bentangkan bulan depan di Parlimen. Kita jangka dalam bulan April dan mudah-mudahan dapat dilaksanakan menjelang Mei,” katanya.

Beliau berkata berikutan pelaksanaan sistem itu, kementeriannya mencadangkan agar kadar saman AES dikurangkan namun ia tertakluk kepada keputusan kerajaan.

Ab Aziz berkata pemasangan kamera AES akan ditambah secara berperingkat di lokasi yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan termasuk di lebuh raya dan jalan persekutuan serta lampu isyarat.

Melalui AWAS, pemandu yang melakukan kesalahan sehingga mengumpul 60 mata demerit di bawah Kejara akan dikenakan tindakan pembatalan lesen memandu.

2

“Sistem demerit ini akan bermula bila pemandu kumpul 20 mata demerit pertama, dia akan diberikan amaran, 20 mata demerit seterusnya akan digantung lesen manakala 20 mata demerit ketiga akan dibatalkan lesen memandu.

“Sebagai contoh empat mata demerit akan diberikan kepada pemandu yang melanggar had laju, empat mata juga kepada pesalah yang gagal patuhi lampu isyarat dan empat mata seterusnya diberikan kepada pemandu yang memotong di garisan kembar,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Ia adalah bagi menjawab soalan tambahan Datuk Juslie Ajirol (BN-Libaran) berhubung penguatkuasaan undang-undang terhadap pemandu.

Ab Aziz berkata sistem AWAS juga akan menawarkan program rehabilitasi kepada pemandu yang telah digantung lesen mereka yang akan dikendalikan Jabatan Pengangkutan Jalan.

“Sekiranya pemandu yang digantung lesen hadir program rehabilitasi itu, tempoh penggantungan lesen mereka akan dikurangkan kepada antara tempoh enam bulan hingga setahun,” katanya.

Beliau berkata pelaksanaan sistem AWAS juga akan merakam gambar pemandu dan kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya dari sudut belakang supaya ia lebih memberi kesan termasuk kepada kenderaan jenis motosikal.

Ab Aziz turut berkata analisis Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) menunjukkan purata pematuhan had laju di enam lokasi pemasangan kamera AES meningkat daripada 63% kepada 91% selepas lapan bulan pelaksanaan sistem itu.

Katanya kadar kemalangan maut bagi tempoh sama juga menurun daripada 19 kes kepada 12 kes di 14 lokasi pemasangan kamera AES di seluruh negara. KREDIT PAULTAN.

P.S. 1 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

Tags: , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *