Kes Myvi Kuning… Ini Cerita SAKSI Kejadian Yang Buat Semua Dalam Mahkamah TERDIAM !!!

| March 3, 2016 | 0 Comments

Kes Myvi Kuning… Ini Cerita SAKSI Kejadian Yang Buat Semua Dalam Mahkamah TERDIAM !!! | Seorang saksi hari ini menjelaskan di Mahkamah Trafik Kuala Lumpur bahawa maksud sebuah kereta Myvi kuning dipandu dalam keadaan ‘melayang-layang’ dalam kemalangan tragis di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) ialah kereta itu seperti hilang kawalan.

1

Eksekutif Insurans Rosmaliza Mazalan, 42, berkata kereta itu bergerak “melayang-layang” seperti hilang kawalan di lorong kanan sebelum melanggar sebuah Pajero.

Beliau berkata demikian ketika diminta menjelaskan maksud perkataan “melayang-layang” oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim dalam keterangannya semalam.

Saksi itu memberi keterangan pada perbicaraan kes dua pemandu Myvi, Siti Noor Aini Mohd Said, 37, dan Mohammad Fizal Reza Jamauddin, 32, yang didakwa memandu secara berbahaya kepada orang awam dan menyebabkan kematian tiga beranak iaitu Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 27, dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa, berumur enam bulan.

Siti Noor Aini dan Mohammad Fizal Reza didakwa melakukan kesalahan itu di KM6 Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta antara 12.31 tengah malam dan 12.35 tengah malam pada 2 Mei 2015.

Rosmaliza merupakan saksi kesembilan pendakwaan yang merupakan antara individu pertama berada di tempat kemalangan itu.

Ketika menjawab pertanyaan Suhaimi mengapa beliau memberi laluan kepada sebuah Myvi putih yang berada di belakangnya di Lebuhraya Duke, saksi itu berkata ianya bagi mengelakkan berlaku pelanggaran kerana Myvi itu berada terlalu dekat dengan keretanya.

“Ketika itu (kereta Myvi putih) ‘mencucuk-cucuk'(merapati) belakang kereta saya, saya memberi laluan supaya tidak dilanggar Myvi putih itu,” katanya.

Kereta Myvi kuning dipandu oleh Siti Noor Aini manakala Myvi putih dipandu Mohammad Fizal Reza.

Terdahulu, semasa pemeriksaan balas peguam S N Seelan yang mewakili Mohammad Fizal Reza, saksi itu memberitahu antara sebab lain beliau terlalu marah kepada pemandu Myvi putih itu kerana pemandu itu tidak mengaku membawa dalam keadaan laju dan ‘mencucuk’ (merapati) keretanya.

“Dia juga seperti tidak memikirkan keselamatan anak-anak saya yang berada dalam kereta di hadapannya,” katanya.

Dalam perbicaraan hari ini Siti Noor Aini diwakili peguam Omar Bakhi Ahmad.

Perbicaraan di hadapan Majistret Zilfinaz Abbas bersambung pada 30 Mac. KREDIT MALAYSIA KINI.

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

Tags: , , , , , ,

Category: Kisah Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *