Inilah 15 GAMBAR Proton Persona 2016 Baru Yang Buat Ramai Kata WOW !!!

| March 2, 2016 | 0 Comments

Inilah 15 GAMBAR Proton Persona 2016 Baru Yang Buat Ramai Kata WOW !!! | Proton Persona 2016 sekali lagi dijumpai sedang diuji diatas jalan raya Malaysia, kali ini oleh pembaca Pdud Kronos dan kemudian menghantar gambar tersebut kepada kami. Sedan segmen-B yang diasaskan dari Proton Iriz tersebut dilihat tampil dengan penyamaran yang lebih ringan. Ini membolehkan rupa paras sebenar kereta ini dilihat dengan lebih jelas.

1

Rekaan lampu hadapan jelas kelihatan. Berbanding dengan Iriz, lampu Persona ini direka dengan lebih nipis, diserasikan dengan gril hadapan. Rekaan signatur “Sayap Proton” yang ditampilkan pada gril krom bahagian atas menghubungkan kedua-dua lampu hadapan turut jelas kelihatan dalam gambar ini. Rekaan tersebut seiras dengan lakaran imaginasi pakar perisian Photoshop Theophilus Chin dan pemenang Pertandingan Rekaan Proton 2014 Pow Ying Hern

Bampar hadapan yang direka dengan gril bahagian bawah menonjolkan rekaan seiras Iriz, tetapi lampu kabus pada Persona ini berbentuk bulat berbanding Iriz yang berbentuk tiga segi. Pada bahagian sisi, kereta ini kelihatan seiras dengan Iriz, cuma dibezakan pada bahagian tiang-C.

2
Lakaran Proton Persona 2016, oleh Theophilus Chin (atas) dan Pow Ying Hern (bawah)

Perbezaan terbesar tentulah pada bahagian belakang kereta ini yang direka sebagai sedan berbanding Iriz sebagai sebuah hatchback. Imej yang dihantar ini menunjukkan dengan jelas lampu belakang yang berbentuk badam. Penutup but belakang menampilkan trim melintang yang menghubungkan kedua belah lampu belakang – seiras dengan lakaran milik Pow.

Berdasarkan dimensi Iriz yang 75 mm lebih tinggi dari Honda City dan Toyota Vios, Persona kelihatan lebih tinggi dari pesaing terdekatnya. Ini merupakan penyebab mengapa Persona ini nampak sedikit ‘pelik’ berbanding sedan segmen-B yang lain.

Persona serba baharu ini dikhabarkan akan muncul selepas pelancaran Proton Perdana 2016 tetapi sebelum kemunculan Proton Saga serba baharu. Enjin 1.3 liter VVT dan 1.6 VVT dijangka akan menjana kereta ini sama seperti Iriz semasa pelancarannya nanti. Kereta ini juga mungkin akan dikuasakan dengan enjin baharu 1.3 liter dan 1.6 liter pancitan bahan api terus (GDI/TGDI) Proton apabila program pembinaan enjin tersebut lengkap dan mula memasuki produksi penghujung 2017. KREDIT PAULTAN.

5
3
6
7
8
9
10

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

Tags: , , , , , , , ,

Category: Automotif

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *