“Saya Nampak Depan Mata Macam Mana Kaki Adik Digilis Lori” Kakak Mangsa Menceritakan Detik NGERI Kaki Adiknya Digilis Lori !!!

| January 19, 2016 | 0 Comments

“Saya Nampak Depan Mata Macam Mana Kaki Adik Digilis Lori” Kakak Mangsa Menceritakan Detik NGERI Kaki Adiknya Digilis Lori !!!SUNGAI PANJANG – “Saya nampak depan mata macam mana kaki adik digilis lori dan peristiwa itu amat mengerikan,” kata kakak tiri mangsa, Shamim Amira Roslan, 14, selepas mereka terlibat dalam kemalangan di Parit 16 Sungai Panjang hingga mengakibatkan adiknya,  Siti Nuraisyah Sahrin, 13, putus kedua-dua kaki.

image

Shahmim berkata, perasaannya sebak setiap kali mengenangkan kejadian kemalangan itu dan tidak menyangka adik tirinya itu nyaris terkorban akibat dirempuh lori membawa muatan pasir.

“Kejadian berlaku dalam sekelip mata. Masa tu saya sempat jerit panggil adik, adik. Lepas lori tu langgar, saya tergamam tapi dalam hati saya tak henti-henti doa supaya dia selamat,” katanya kepada Sinar Harian.

Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap itu berkata, dia dan Siti Nuraisyah sempat membaca doa naik kenderaan sebelum bertolak dari sekolah untuk pulang ke rumah mereka di Kampung Belia 2 Sungai Panjang.

“Syukur ALLAH masih sayangkan kami dua beradik, walaupun adik mengalami detik ngeri apabila kedua-dua kakinya putus. Alhamdulillah berkat baca doa kami berdua selamat dalam kejadian ni,” katanya.

Shahmim memberitahu, dia tidak sabar untuk berjumpa dengan adik tirinya itu dan berharap agar Siti Nuraisyah segera sembuh.

“Saya harap dia kuat tempuhi dugaan ini. Kalau dia dah pulih, saya nak peluk dia erat-erat. Walaupun kami beradik tiri, tapi kami memang rapat antara satu sama lain,” katanya.

Bapanya, Roslan Sardi, 40, berkata, dia tergamam sebaik mengetahui dua beradik tiri itu kemalangan selepas salah seorang jirannya datang ke rumahnya.

“Masa kejadian saya kat kebun cili. Saya terkejut apabila jiran kata dua anak saya kemalangan. Saya terus ke tempat kejadian dan terkejut tengok anak tiri dah terduduk dengan kedua-dua kakinya dah tak ada,” katanya.

Roslan yang mengahwini ibu mangsa sejak 11 tahun lalu berkata, kejadian berlaku apabila dia dan keluarganya baharu sahaja berpindah dari Klang ke kampung itu kira-kira sebulan lalu.

Menurut Roslan, hubungan dia dan empat beradik mangsa amat akrab, malah hatinya tersentuh mengenangkan masa depan Siti Nuraisyah.

“Dia dilahirkan sihat, tiba-tiba jadi macam ni, tak boleh nak cakap apa dah. Saya hanya mampu  sedih dan menangis tengok keadaan dia macam tu,” katanya.

P.S. 1 – Selepas 50 Jam VIRAL..Akhirnya Rashid Dedahkan Siapa Dirinya Yang Sebenar !!!
P.S. 2 – Gadis TIPU Diculik : Inilah PERASAAN Ibu Gadis Yang TIPU Diculik Setelah Mengetahui Kisah Sebenar !!!
P.S. 3 – “First Time Naik Rayani Air,Ini Cara Layanan Mereka”Inilah Luahan Seorang Penumpang Rayani Air Yang Bakal Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 4 – “Suamiku Berubah 100% Selepas Kerja Kerajaan “
P.S. 5 – “SILA JANGAN BELI TIKET/NAIK BAS SHAMISHA HOLIDAY EXPRESS”Inilah Luahan KECEWA Dan MARAH Penumpang Bas Berkenaan !!!

Tags: , , ,

Category: Kisah Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *