Gambar-Gambar NGERI Pekerja Warga Cina MAUT Akibat Kren TUMBANG Di Damansara !!!

| January 12, 2016 | 0 Comments

Gambar-Gambar NGERI Pekerja Warga Cina MAUT Akibat Kren TUMBANG Di Damansara !!!Petaling Jaya: Seorang pekerja pembinaan warga China maut manakala tiga lagi cedera dalam kejadian kren tumbang ketika kerja pembinaan sebuah jejambat menghubungi Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di Damansara di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR, 12 Jan -- Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat pekerja buruh binaan yang terbabit dalam kejadian kren tumbang di Jalan Damansara hari ini. Tiga lagi buruh binaan turut cedera dalam kejadian 4.50 petang tadi. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

Komander Operasi Kanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur Muhammad Firdaus Khan Anwat Khan, berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Li Yi Jia, 50, manakala identiti tiga lagi yang cedera iaitu warga tempatan, China dan Myanmar masih belum diketahui.

Beliau berkata Li bersama dua lagi sedang melakukan kerja pembinaan tiang jejambat menghubungkan LDP dengan pusat komersial Empire yang sedang dibina di Jalan Bukit Lanjan 8, dekat sini, apabila kren yang dinaiki tumbang dipercayai terlebih muatan.

“Li maut akibat tergantung dan tersepit di celah besi kren yang tumbang dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.50 petang tadi, manakala dua rakannya terjatuh dan mengalami cedera ringan dihempap besi kerangka,” katanya.

Muhammad Firdaus berkata seorang lagi mangsa warga tempatan yang juga pemandu kren, turut cedera ringan selepas kren dipandunya terbalik.

“Mayat Li dan ketiga-tiga mangsa yang cedera dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya.

Beliau berkata tiga jentera dengan 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cawangan Taman Tun Dr Ismail, Sri Hartamas dan Hang Tuah dikejarkan ke tempat kejadian.

Bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk menurunkan mangsa yang tersepit, iaitu kira-kira pukul 7.18 petang kerana kesukaran untuk mengeluarkan mayat yang tergantung.

3782_933981046651112_2693947467748050863_n 1919311_933981113317772_9150547348053813576_n 12439088_933981093317774_5793749110950126227_n 12508759_933981129984437_1440530036014096448_n 12508931_933980966651120_4257101453091515759_n 12540582_933981079984442_4696816316979440006_n kren22.jpg.transformedKUALA LUMPUR, 12 Jan -- Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat pekerja buruh binaan yang terbabit dalam kejadian kren tumbang di Jalan Damansara hari ini. Tiga lagi buruh binaan turut cedera dalam kejadian 4.50 petang tadi. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

Gambar-Gambar : DAily TRaffic REport

P.S. 1 – TAHNIAH Marsha Dan Pasangan…11 GAMBAR Majlis Pernikahan Marsha Yang Buat Ramai Kata WOW !!!
P.S. 2 – Inilah KOMEN Tan Sri Annuar Musa Setelah Dua Syarat Qu Puteh Untuk Menaja The Red Warriors Jadi VIRAL Hari Ini !!!
P.S. 3 – Inilah Dua Syarat PENTING Qu Puteh Sebelum Menaja Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Bakal Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 4 – Puisi Yang Bertajuk “Wasiat Buat Tauke” Ini Bakal Buat Kita MENANGIS !!!
P.S. 5 – “Kak Bagi Acc No Nanti Saya Bank In Kan” Inilah Perkongsian Rakan Artis Tentang Arwah Yus Yang Buat Kita SEBAK !!!

Tags: , , , , ,

Category: Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *