VIRAL.. Gadis 14 Tahun.. “Tolong. Aku Nak Balik. Diorang CULIK Aku” !!!

| December 29, 2015 | 0 Comments

VIRAL.. Gadis 14 Tahun.. “Tolong. Aku Nak Balik. Diorang CULIK Aku” !!! | Seorang gadis berusia 14 tahun dilaporkan diculik ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang, petang semalam.

1

Mangsa, Nor Amira Atirah binti Abdul Majid, dilaporkan hilang, setelah ibunya mendapati anak gadisnya itu tidak berada di rumah sehingga jam 10.00 malam.

“Saya cuba menghubungi anak saya melalui telefon, tetapi tidak dapat. Saya juga cuba mencari di merata-rata tempat, juga tiada. Saya risau dengan keselamatan anak saya, takut terjadi perkara yang tidak diingini,” katanya dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Bandar Sultan Sulaiman.

Susulan itu, sumber yang menghubungi kami juga turut memberikan rakaman audio perbualan dengan mangsa yang menangis sayu meminta pertolongan.

Berdasarkan rakaman tersebut, mangsa mendedahkan dia telah diculik oleh sebuah van berwarna putih, namun tidak sempat mengingat nombor pendaftaran kenderaan itu kerana kepalanya ditekup dengan kain sebelum pengsan.

Mangsa hanya tersedar dan ternampak papan tanda menuju ke Johor Bahru dan memaklumkan perkara itu kepada ahli keluarganya melalui panggilan telefon yang dibuat tanpa pengetahuan penculik terbabit.

Menurut mangsa, ramai lagi gadis-gadis yang lain turut berada dalam tahanan mereka yang dipercayai diculik untuk dijual.

Bagaimanapun, perbualan itu terputus apabila telefon mangsa kedengaran seperti dirampas oleh seseorang yang dipercayai penculik terbabit.

Pihak Polis Diraja Malaysia sehingga kini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan untuk mengesahkan kejadian culik ini namun waris mangsa sudah giat menyebarkan maklumat bagi tujuan mengesan mangsa. – THEHYPEMEDIA.COM

P.S. 1 – Suami Mundar Mandir Menanti Isteri Yang Sedang BERSALIN… Jururawat Keluar Dan… (Sediakan Tisu) !!!
P.S. 2 – Di Tempat Misteri Ini… TELUR Boleh Masak Dengan Sendiri Di Atas BATU !!!
P.S. 3 – Misteri di Gunung Baling Kedah Yang Ramai Tak Tahu…
P.S. 4 – Anda PASTI Terkejut Apabila LIHAT Apa Yang Telah Dilakukan Kepada WANITA Ini !!!
P.S. 5 – Gambar Seram Di Air Terjun Sekayu Yang Akan Anda Tengok 2x !!!

Tags: , , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *