“Ayah Kita Dah Sampai Malaysia..Jom Kita Balik Rumah Kita Pula” Inilah Kata-Kata SAYU Salah Seorang Anak Mangsa Nahas Bas Di Thailand !!!

| December 22, 2015 | 0 Comments

“Ayah Kita Dah Sampai Malaysia..Jom Kita Balik Rumah Kita Pula” Inilah Kata-Kata SAYU Salah Seorang Anak Mangsa Nahas Bas Di Thailand !!!PETALING JAYA – “Ayah, jom kita balik rumah,” kata Lum Ker Sin, sebaik sahaja jasad bapanya, Lum See Seng, 63, yang terkorban dalam nahas bas di Chiang Mai, Thailand pada Ahad lalu, tiba di Pangkalan Udara TUDM Subang di sini, awal hari ini.

12391845_10153558790744998_6768189735796437697_n

Anak perempuan See Seng itu merupakan antara anggota keluarga 13 rakyat Malaysia yang maut dalam nahas tragik itu yang diterbangkan ke Chiang Mai untuk urusan pengecaman mayat sebelum dibawa pulang ke tanah air hari ini.

Mereka diterbangkan dengan pesawat Hercules C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Udara Diraja Thailand yang mendarat di Pangkalan Udara TUDM Subang di sini masing-masing pada 3.32 pagi dan 3.38 pagi ini.

Ker Sin, 23, mengiringi keranda bapanya yang diusung keluar dari pesawat Hercules C-130 milik Tentera Udara Diraja Thailand bersama-sama 12 keranda jasad mangsa yang lain.

Ketika keranda bapanya hendak dimasukkan ke dalam kereta jenazah, Ker Sin yang berkemeja-T putih dan berseluar jeans biru, memegang keranda itu dan kedengaran
mengungkapkan:

“Ayah, kita sudah sampai ke Malaysia. Jom kita balik rumah kita di Batu Pahat pula,” dalam bahasa Mandarin dengan penuh hiba dan sayu.

Ketika ditemui pemberita, Ker Sin berkata mayat bapanya, seorang penjual teh herba di Batu Pahat, akan dibakar terlebih dahulu mengikut upacara agama Buddha sebelum disemadikan di Batu Pahat.

Selain jasad 13 rakyat Malaysia yang maut dalam nahas itu, turut dibawa pulang ialah seorang daripada lapan mangsa yang cedera iaitu Lee Siew Kim, 61, serta waris mangsa yang terlibat.

Ketibaan mereka disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Keong dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun.

Siew Keong, yang juga Presiden Gerakan, berkata pihaknya sedia menghulurkan bantuan dari segi pengangkutan dan khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa nahas bas itu.

“Kami akan bekerjasama dengan MCA dari segi memberi khidmat kaunseling kepada mangsa dan anggota keluarga mereka yang masih trauma dengan kejadian nahas itu,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Pengurus Besar Chiu Travel Sdn Bhd Terence Young berkata kesemua kenderaan jenazah itu dijangka tiba di Batu Pahat pada 8 pagi ini.

Beliau berkata, turut berada dalam konvoi 13 kereta jenazah itu adalah sebuah bas yang membawa waris mangsa, sebuah ambulans, dan kereta satu daripada keluarga mangsa, diiringi tiga kenderaan polis.

“Kesemua jasad akan dibawa ke beberapa buah rumah urus mayat sebaik tiba di Batu Pahat,” katanya kepada Bernama semasa dihubungi hari ini.

Tiga belas orang terkorban apabila bas yang membawa 22 rakyat Malaysia terbabit dalam kemalangan pada 11.30 pagi waktu tempatan (12.30 tengah hari waktu Malaysia) pada Ahad.

Laporan berita sebelum ini menyebut bas itu terbabas selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan pikap ketika dalam perjalanan dari wilayah Chiang Rai ke wilayah Chiang Mai.

Lapan lagi rakyat Malaysia yang cedera masih dirawat di hospital di Chiang Mai, termasuk lima yang cedera parah. – Bernama

1497340_10153558790679998_6168199033859554482_n 10295806_10153558790669998_5603472974898744132_n 10381998_10153558790659998_3376138294037181551_n 12366365_10153558790869998_5618197306537906203_n

P.S. 1 – Polis Pengiring KALUT Bila Kenderaan Orang Ramai Tidak Beri Laluan Kepada Kereta Perdana Menteri !!!
P.S. 2 – ‘””Saya Boleh HANCURKAN Umno Tapi Saya Tak Buat” Ini Ucapan Dan PENDEDAHAN Tun Mahathir Yang Buat Ramai Ahli UMNO TERKEJUT !!!
P.S. 3 – Ini Jawapan Tun Mahathir Kepada Najib Razak Setelah ‘Menghentam’ Beliau Di Dalam Taklimat Presiden Baru-Baru Ini !!!
P.S. 4 – Puisi Yang Bertajuk “Wasiat Buat Tauke” Ini Bakal Buat Kita MENANGIS !!!
P.S. 5 – “Kak Bagi Acc No Nanti Saya Bank In Kan” Inilah Perkongsian Rakan Artis Tentang Arwah Yus Yang Buat Kita SEBAK !!!

Tags: , , , , ,

Category: Kisah Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *