Seorang Artis Lelaki Cedera Selepas Terlibat Dalam Kemalangan Di Terowong Menora !!!

| December 21, 2015 | 1 Comment

Seorang Artis Lelaki Cedera Selepas Terlibat Dalam Kemalangan Di Terowong Menora !!!Kuala Lumpur: Pelakon Redza Rosli, 23, luka di bahagian muka, tangan dan kaki selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Terowong Menora, dekat Ipoh, awal pagi tadi.

Untitled

Dalam kejadian 2.45 pagi itu, kereta dipandu Redza rosak teruk selepas terbabas ke bahagian kiri lebuh raya.

Redza ketika dihubungi berkata, ketika kejadian dia memandu dengan kelajuan kira-kira 80 kilometer sejam berhampiran terowong berkenaan.

221215riadz1.transformed

“Kejadian berlaku terlalu pantas sebelum kereta saya terbabas.Saya mengalami luka di bahagian muka, tangan dan kaki manakala kereta pula rosak teruk,” katanya.

Menurut Redza, dia dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Perlis selepas selesai menjalani penggambaran drama Kak Mar.

Turut berada di tempat kejadian ialah pelakon Izreen Azminda dan Sherry Ibrahim yang berkonvoi bersama pelakon itu.

Redza yang popular dalam drama bersiri MAID kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Kangsar.

P.S. 1 – Polis Pengiring KALUT Bila Kenderaan Orang Ramai Tidak Beri Laluan Kepada Kereta Perdana Menteri !!!
P.S. 2 – ‘””Saya Boleh HANCURKAN Umno Tapi Saya Tak Buat” Ini Ucapan Dan PENDEDAHAN Tun Mahathir Yang Buat Ramai Ahli UMNO TERKEJUT !!!
P.S. 3 – Ini Jawapan Tun Mahathir Kepada Najib Razak Setelah ‘Menghentam’ Beliau Di Dalam Taklimat Presiden Baru-Baru Ini !!!
P.S. 4 – Puisi Yang Bertajuk “Wasiat Buat Tauke” Ini Bakal Buat Kita MENANGIS !!!
P.S. 5 – “Kak Bagi Acc No Nanti Saya Bank In Kan” Inilah Perkongsian Rakan Artis Tentang Arwah Yus Yang Buat Kita SEBAK !!!

Tags: , , , ,

Category: Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *