Senarai Nama Penumpang Bas Dari Johor Yang Terlibat KEMALANGAN Chiang Mai Thailand !!!

| December 20, 2015 | 7 Comments

Senarai Nama Penumpang Bas Dari Johor Yang Terlibat KEMALANGAN Chiang Mai Thailand !!!Kuala Lumpur: Nahas bas di Chiang Mai, Thailand tengah hari tadi membabitkan rombongan rakyat Malaysia dari Batu Pahat, Johor.

CHIANG MAI. 20 DECEMBER 2015.Thai rescue workers evacuting injured passengers from the wreckage of a tourist bus after it crashed on a mountain roadside in Doi Saket district, Chiang Mai. NSTP/ EHSAN PEMBACAchiang.png.transformed

Jumlah terkini yang terbunuh dalam nahas itu adalah 13 orang, manakala yang parah empat orang dan lima lagi cedera.

Agensi pelancongan yang menguruskan rombongan itu, Chiu Travel Sdn Bhd mengesahkan perkara itu, namun identiti yang terbunuh belum dapat didedahkan buat masa ini.

Pengurus Besarnya Terence Yung berkata, 13 yang terbunuh terdiri daripada lima lelaki dan lapan wanita berusia lingkungan 20-an hingga 80-an.

Katanya mereka berasal dari Batu Pahat.

“Kami juga sedang berusaha mengenal pasti identiti mangsa yang dilaporkan terselamat melalui wakil syarikat di sana.

“Ahli keluarga yang terbabit boleh menghubungi pejabat kami ditalian 07-4335599/4335588/4315797, “katanya.

Dalam kejadian 12.20 tengah hari (1.20 tengah hari waktu Malaysia) itu, bas pelancong dinaiki terbabas selepas merempuh dua kereta dan tiang elektrik dalam kejadian di Jalan Chiang Mai-Chiang Rai (Lebuh raya 118) di Tambon Pamieng, daerah Doi Saket, 700 kilometer di utara Bangkok, Thailand.

Sementara itu, Duta Malaysia ke Thailand Datuk Nazirah Hussain ketika dihubungi Harian Metro, di sini, hari ini mengesahkan jumlah sebenar rakyat Malaysia yang terkorban adalah 13 orang.

“Dalam kejadian itu, kita dapat sahkan bahawa 13 mangsa (rakyat Malaysia) terkorban, empat parah dan lima cedera. Kita sudah menghantar dua pegawai kedutaan ke wilayah berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut terutamanya pengesahan identiti semua mangsa.

“Buat masa ini, kita sedang giat berusaha untuk mendapatkan pengesahan butiran identiti mangsa. Kelewatan pengesahan ini berlaku memandangkan kita tidak mempunyai wakil di wilayah itu.

“Bagaimanapun, kita dimaklumkan bahawa senarai mangsa yang terkorban tidak dapat dikeluarkan pada hari ini memandangkan usaha untuk mengenalpasti identiti mangsa masih dilaksanakan pihak polis,” katanya.

Berikut senarai penumpang bas berkenaan, namun belum dapat dipastikan siapa yang terbunuh atau cedera.

1. TAN YANG SOOON

2. TAN THIN THIN

3. TAN SUI HENG

4. KER BONG NGWANG

5. LOW CHEE LAN

6. KER SHIN HUI

7. ONG CHAI HONG

8. GOH BAK CHAI

9. ONG PEK MING

10. CHUA AH KIM

11. LUM SEE SENG

12. NG TOO HIYOK

13. LUM JIA MIEM

14. LIM AH GEK

15. LEE SIEW KIM

16. TEO TIEN CHOR

17. ONG CHUI HOE

18. KER AH HWEE

19. LIM GUAT HUAY

20. TENG KIAN MIN

21. WONG YOKE YING

22. PNG EE TING

via : mymetro

Tags: , , , , , , ,

Category: Kemalangan

About the Author ()