(Gambar2) NGERI Apabila ‘Ekor’ Sebuah Lori Kontena TERJATUH Jejambat Bertingkat !!!

| November 7, 2015 | 0 Comments

(Gambar2) NGERI Apabila ‘Ekor’ Sebuah Lori Kontena TERJATUH Jejambat Bertingkat !!!Pelabuhan Klang: Pemandu lori kontena selamat walaupun bahagian ‘ekor’ kenderaannya merempuh tembok jejambat bertingkat Pelabuhan Klang sehingga terjatuh pada ketinggian kira-kira 10 meter tengah hari ini.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari, pemandu berusia 30-an itu dikatakan dalam perjalanan menuju ke Pelabuhan Utara dekat sini.

Setibanya di tempat kejadian bahagian ‘ekor’ lori terbabit yang membawa kontena merempuh tembok sebelum terjatuh dari jejambat berkenaan

Bagaimanapun, kepala lori tersangkut di jejambat terbabit.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang Pegawai Bomba Kanan II, Shaharman Shahadan, berkata pihaknya menerima panggilan pada 12.32 tengah hari.

Beliau berkata, enam anggota terbabit dalam operasi berkenaan.

“Pemandu lori hanya mengalami cedera dan tiada mangsa lain terbabit dalam kejadian ini,” katanya.

Katanya, pemandu lori berkenaan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.

Gambar : Traffic Info Crew

Tags: , , , , ,

Category: Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *