Inilah Keadaan Kanak-Kanak Dua Tahun Yang Kehilangan Ibu Bapanya Akibat Kemalangan MAUT Yang Bakal Buat Kita Semua TERSENTUH !!!

| November 30, 2015 | 0 Comments

Inilah Keadaan Kanak-Kanak Dua Tahun Yang Kehilangan Ibu Bapanya Akibat Kemalangan MAUT Yang Bakal Buat Kita Semua TERSENTUH !!!..Seremban: “Pagi tadi (semalam), Muiz menunjukkan bilik arwah umi dan ayahnya. Apabila saya membawanya masuk, dia terus menangis,” kata Rohani Adam, 62, menceritakan gelagat cucunya Muhammad Khair Muizzuddin, 2, yang kini yatim piatu selepas kehilangan kedua-dua ibu bapa dalam nahas di Kilometer 14.7, Jalan Seremban-Tampin berhampiran Ladang Hentian Tinggi, Rembau, kelmarin.

INTERVIEW KELUARGA NAHAS JALANRAYA12246762_914218841960666_5800962988629847460_n

Dalam kejadian itu, ibu bapa Muiz, Khairul Anwar Tajuddin, 34, dan Murni Muhamat, 26, meninggal dunia di tempat kejadian selepas Proton Persona yang mereka naiki bertembung dengan Honda Civic yang terbabas dan memasuki laluan bertentangan, jam 6 pagi.

Menurut Rohani, cucunya itu masih terlalu kecil menyebabkan dia tidak tahu bagaimana mahu menceritakan kejadian sebenar menimpa kedua-dua ibu bapanya.

“Naluri saya dapat merasakan yang Muiz masih trauma dan merindui kedua ibu bapanya. Muiz sudah dibenarkan keluar wad petang semalam (kelmarin) selepas pemeriksaan doktor mendapati keadaannya baik, cuma luka ringan di perut.

“Dia lebih banyak tidur dan tidak bercakap, kemungkinan trauma. Saya terpaksa meriba Muiz supaya dia dapat menatap wajah umi dan ayahnya untuk kali terakhir sebelum dikebumikan, malah dia juga tidak memanggil nama umi dan ayahnya, sebaliknya hanya menangis selepas melihat jasad mereka,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Jiboi Baru, Ampangan di sini, semalam.

P.S. 1 – Inilah Kisah SEBENAR Video Bapa Menyimbah Air Dan Halau Anak-Anaknya Yang Jadi VIRAL Baru-Baru Ini !!!
P.S. 2 – ‘”Rangka Ayam Ini Boleh Dikongsi Sorang Sikit Dengan Anak-Anak” Inilah Luahan SEDIH Seorang Ibu Yang Bakal Buat Kita Semua TERSENTUH !!!
P.S. 3 – Apa Yang Pemuda Bermotor Merah Ni Buat Di Tengah Jalan Bakal Buat Kita Semua TERKEDU !!!
P.S. 4 – Gambar Dan Video….”Pemergian Pak Yus MENGEJUTKAN Kami” – Rakan Artis
P.S. 5 – “Saya Sedih Melihat Keadaan Isteri Saya” Inilah Diantara Luahan SEDIH Suami Arwah Pembunuhan KEJAM Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!

Tags: , , , , , ,

Category: Kisah Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *